Showing posts with label smktp. Show all posts
Showing posts with label smktp. Show all posts

Wednesday, May 1, 2019

MENGIMBAU KENANGAN JURUHEBOH PADA HARI BURUH

1 MEI merupakan hari cuti umum kepada semua pekerja.  Pagi ini tiada apa-apa yang hendak dibuat.  Sarapan sudah disediakan.  Cucuanda ke rumah Mama pengasuhnya.  Nak mengemas rumah, tak berapa rajin.  Bersantailah di depan laptop ni...


Terkenang 4 tahun lepas,  kami warga SMKTP 'bekerja' @ bertugas untuk satu program sekolah yang agak besar juga yang jatuh pada hari JUMAAT 1 MEI 2015.  Kami tiada pilihan kerana hanya pada pada tarikh tu VVIP yang dijemput merasmikan program itu kelapangan.


Tugasan saya adalah sebagai JURUHEBOH...hihihi... tak lena tidur jg kerana melibatkan VVIP dan pihak Istana... Tp amanah yang diberi  perlu diambil dengan penuh tanggungjawab... biarlah itu menjadi kenangan pertama dan terakhir.


Sebenarnya, sebelum bertugas di SMKTP mulai 2006, saya tidak pernah terlibat dengan tugasan sebagai juruacara majlis / Juruhebah  / Juruheboh.  Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya akan diberi tugasan itu.   Saya rasa saya tidak berbakat dan tidak berkebolehan.  Berbeza dengan Kakanda saya CIKGU ROSLENA dan juga adinda saya CIKGU NORBANILAWATEY, mereka memang selalu menjadi juruacara majlis bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat PPD dan JPN.

Segalanya bermula pada tahun 2006.  AJK Kelab Staf yang diketuai oleh Cikgu Awang Mahadi telah memberi tugasan sebagai juruacara kepada saya untuk majlis persaraan Pn. Kan, Penyelia Petang pada masa itu.    

Saya ketika itu merupakan guru baharu di SMKTP dan bertugas di sesi petang.  Agaknya kerana saya guru baharu, agak senior pula tu, jadi saya menjadi 'mangsa' utk tugasan tersebut.  Sudahlah itu merupakan pengalaman pertama, malah solo pula tu.  Tak ada partner.   Saya tak tahu nak rujuk kepada siapa.  Tapi saya terima dengan positif.  Saya terus menghubungi kakak saya yang biasa menjadi pengacara majlis untuk mendapat panduan dalam mengacarakan sesuatu majlis.

Begitulah asalnya.... hmmm rupa-rupanya berbakat juga, bakat terpendam dalam lumpur...hahaha...

Selepas itu, bermulalah beberapa siri  pengacaraan majlis.  Ada yang memang dilantik dlm AJK awal, ada yang secara bidan terjun.  Terima sahajalah.  ALAH BISA TEGAL BIASA.


Sepanjang menjadi pengacara majlis itu, saya digandingkan dengan beberapa orang rakan guru yang lain.  Secara solo hanyalah semasa persaraan Pn. Kan dan Malam Juara-Juara kali ke-2.  Saya diminta  menggantikan Pn. Rohani Deraman pada saat-saat akhir kerana beliau terpaksa hadir kursus pada tarikh tersebut, yg tinggal 2 hari sebelum Malam Juara-Juara.


Berganding suara dengan        Pn. Fauziah Abu Hassan dan    Pn. Chan Mee Lan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKTP 2007.












1) Bersama Pn. Surani Awang - Kejohanan Sukan Tahunan 2010 di Stadium Darul Makmur. Masa RUMAH BIRU menjadi Juara Keseluruhan.
Kebetulannya pula pada masa yang sama di luar stadium ada program JOM HEBOH

2) 2012 - Bersama Cikgu AB Malek di Mini Stadium UIAM.  Partner hilang tinggalkan saya seorang mengendalikan majlis.  Muncul setelah majlis bersurai... Macam-macam ragam...hahaha...

3) 2013 - Sekali lagi berganding dengan Pn. Suriani Awang di Mini  Stadium UIAM jg.

Begitulah antara memori menjadi pengacara majlis di SMKTP.  Kenangan yang mewarnai perjalanan hidup seorang guru biasa di sekolah harian biasa; yang menyimpan segala ragam citra watak yg menghidupkan cerita...  

Friday, April 26, 2019

RAIKAN GURU 2019 : KEMBAR SANTAI




Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang  telah memperkenalkan Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu:

Tema Hari Guru 2019
“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”

Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.
Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan sambutan yang paling bermakna buat  semua guru dan muridnya.

Pengorbanan dan jasa guru sebenarnya tidak pernah padam dalam hati sanubari murid-muridnya. Memandangkan tahun ini Hari Guru jatuh pada Bulan Ramadan maka sambutan Hari Guru du peringkat sekolah diawalkan.  

SMJKTP meraikan dan merayakan Hari Guru:
🌐 : 26/04/2019 (JUMAAT)
: 8.00 - 12.00 th 
🏠 : Dewan Wawasan SMJKTP
👩👩👧👧 : Tetamu - YDP PIBG dan AJK, Pengerusi ALUMNI dan AJK
Tema - Kembar 
Konsep - Santai



Istimewanya tahun ini ialah selepas ucapan Pengetua, tiada bacaan perutusan kerana belum 'muncul' dalam mana-mana siaran....

Satu lagi selepas bacaan ikrar keramat Hari Guru yang saban tahun dilafazkan, kami menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dengan penuh jiwa.  

https://najmi-faiq.blogspot.com/2019/04/tema-hari-guru-dan-lirik-lagu-kami-guru.html

Tiada lagu tema Hari Guru, penganjur gantikan dengan lagu yang sangat bermakna dan menusuk kalbu... 
"Biarku Menjadi Lilin"  Pelangi

https://www.youtube.com/watch?v=W2-SBimSAfk


Yang paling best ... prinsip Pengerusi Kelab Staf dan AJK 2019 tidak mahu menyusahkan guru pada hari meraikan guru ini.  Tiada persembahan mengikut bidang sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.   Jadi KB tak perlu fening memikirkan konsep persembahan dan latihan.... 

Sebaliknya, guru-guru dihiburkan dengan nyanyian oleh 'penyanyi residens' yang rupa-rupanya ramai yang berbakat besar di SMJKTP... 

Syabas tim Kelab Staf 2019





Aksi berdasarkan Lagu yang dipersembahkan oleh murid Tingkatan 1 di bawah bimbingan Pn. Jannah juga sangat menghiburkan dan terkesan di jiwa.

https://www.facebook.com/KTCHidayah/videos/278911909656583/UzpfSTEwMTI1NjU1NzA6MTAyMTU3OTg1MzM4MDg5NTA/


sedikit tanda ingatan, semoga berbekas di hati....

Sunday, March 3, 2019

Konsert Pancaragam SMJKTP

Tahun ini saya begitu teruja untuk menonton konsert Pasukan Pancaragam SMJKTP.  Tahun lepas saya hanya membeli tiket  daripada anak murid yang merupakan salah seorang anggota pancaragam sekolah, sebagai tanda sokongan saya terhadap projek ini.  


Tertarik dengan konsep Radio FM serta lagu-lagu malar segar @ oldies yang akan dimainkan nanti, aku awal-awal lagi telah membeli tiket PREMIUM.  



 Aku begitu kagum dengan semangat semua ahli pasukan pancaragam yang terlibat yang telah berlatih siang dan malam setiap hari semata-mata untuk memastikan para penonton terhibur dengan persembahan mereka



Cikgu bangga dengan semua ahli pasukan pancaragam yang telah mempersembahkan satu pertunjukan yang sangat istimewa dan mempunyai kelas yang tersendiri.  Masa berlalu tanpa disedari sehingga lah ke alunan muzik yang terakhir. 

Syabas dan tahniah.  Tahun hadapan boleh dimasukkan juga lagu-lagu malar segar Alahyarham Tan Sri P.Ramlee secara medley dalam persembahan konsert seumpama ini.   












Thursday, January 17, 2019

Mesyuarat Agung PIBG dan Penyerahan BAP 2019

TARIKH : 17 JANUARI 2019 (KHAMIS)
MASA : 9.00 - 12.00
TEMPAT : DEWAN WAWASAN

Biarlah gambar berbicara.... simpan di sini sebagai kenangan suatu waktu kelas... setelah aku melangkah pergi meninggalkan SMJKTP








Monday, January 14, 2019

JOM KE SEKOLAH (1)

Hari ini, 14 JANUARI 2019 (Isnin) telah diadakan majlis pelancaran program Jom Ke Sekolah.  Progam ini merupakan aktiviti rutin yang diadakan pada setiap awal tahun.  Program ini dianjurkan oleh UBK SMJKTP.   


Februari nanti akan ada satu lagi program Jom ke Sekolah, kolaborasi KPM dan PDRM.   

Tunggguuuuu.....

Saturday, October 13, 2018

13 OKTOBER (2) Aktiviti Sukan Negara di SMJKTP







Hari Sukan Negara dijalankan di seluruh negara pada tarikh 13 OKTOBER 2018, sama ada di peringkat sekolah, negeri atau pun di peringkat nasional.









Beberapa aktiviti dirancang dan dilaksanakan pagi tadi.   
Antara aktiviti sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ialah :
1) Senamrobik
2) Perlawanan Bola Tampar
3) Perlawanan Futsal



 Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

Oleh hal yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada setiap tahun di seluruh negara, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelosok tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.  


Pihak penganjur di bawah pimpinan ENCIK TAN KA KEONG (GPK Koku) dan AJK pertandingan telah menetapkan kombinasi peserta dalam setiap pasukan yang bertanding hendaklah terdiri daripada mereka yang berkemahiran tinggi dan biasa, dan daripada pelbagai kaum.  Satu usaha yang murni demi mengukuhkan integrasi dalam kalangan murid SMJKTP.  Tahniah. 




Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Berikut merupakan objektif Hari Sukan Negara
  • Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  • Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
  • Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  • Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi
Semoga program seumpama ini terus berkembang di SMJKTP demi kemaslahatan warganya. 



Sunday, October 7, 2018

Glam & Glitter

Agenda tahunan di mana-mana sekolah.... Jamuan Akhir Tahun SMJKTP berlangsung malam tadi dengan penuh meriah dan harmoni.


Acara makan-makan, sembang santai... rehat minda kukuhkan ukhuwah keluarga besar SMJKTP. Bermula dengan barisan tertinggi pentadbir sekolah, guru-guru, staf pejabat, pembantu makmal, pengusaha kantin, pekerja swasta yang sentiasa menjaga kebersihan sekolah, sehinggalah pengawal keselamatan yang sentiasa memastikan SMJKTP berada dalam keadaan selamat.... 

Turut bersama memeriahkan majlis ini ialah 3 badan tonggak penyalur dana membangunkan SMJKTP dalam semua aspek, kemudahan fizikal, kemajuan kurikulum, kokurikulum dan bina insan - Lembaga Pengelola, PIBG dan Alumni.   Ketiga-tiga badan inilah juga yang menaja majlis jamuan tahunan ini.  

Majlis anjuran Kelab Staf SMJKTP di bawah pimpinan pengerusinya, Cikgu Mad dan AJK yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam setiap program yang dijalankan.  TAHNIAH diucapkan.

Gimik yang menjadi, persembahan  nyanyian pembuka majlis daripada 2 orang murid SMJKTP, ucapan daripada Pengetua, Pengerusi Kelab Staf, Pengerusi Lembaga Pengelola, Pengerusi PIBG dan Pengerusi Alumni dikuti doa makan oleh Cikgu Fakri.

Alhamdulillah....
Sambil makan-makan juadah yang terhidang, acara cabutan bertuah dilangsungkan.  

Alhamdulillah, nombor 62 sempena tahun kelahiranku sentiasa bertuah. 

Hadiah penghargaan kepada guru yang berkhidmat 10 dan 20 tahun di SMJKTP diberikan kepada beberapa orang guru.  

 



Queen vs King of The Night....

Tidak banyak gambar yang dapat dirakam bersama-sama rakan sekerja sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.   Hmmmm.....

Majlis bersurai menghapiri 11.30 malam.   


Semoga dapat bertemu lagi dalam majlis yang sama pada tahun hadapan.  In shaa Allah.