Saturday, January 2, 2021

Bermulalah fasa baharu 2121



Hari ini, 2.1.21, secara rasmi tibalah saatnya.. Bermulalah fasa baharu sebagai pesara penjawat awam. 

Alhamdulillah, berakhir sudah perkhidmatan selama 34 tahun 7 bulan...

Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan, kesihatan yg baik serta  ilham yg tak pernah putus kepada hamba-Nya yg serba kekurangan ini dlm melunaskan tanggungjawab sebagai pendidik dlm tempoh tersebut.

Terima kasih yg tidak terhingga buat ahli keluarga terdekat yg sentiasa memberi sokongan, sabar walaupun sentiasa bekerja di luar waktu pejabat dan sentiasa ada di sisi dalam apa-apa jua keadaan sekalipun. 

Buat semua sahabat dan anak-anak didik, terima kasih dan setingi-tinggi penghargaan atas ucapan serta doa.  Kalian sentiasa dalam ingatan. Insya-Allah.

#I❤️SMKAhmad, Pekan

#I❤️SMKPuteri, KB

#I❤️SMKTaman Maluri, KL

#I❤️SMKJengka2, Maran

#I❤️SMKSultanIsmail, KB

#I❤️SMJKTanahPuteh, Kuantan

1986 - 2020 terpatri banyak kenangan indah. Syukur alhamdulillah, Ya Rabb.



 

No comments: