Mereka juga turut mewarnakan pertemuan 'budak-budak' sekolah SRJK (I) & SM Kota 6974/7577....
Ramai ahli grup yang hadir bersama pasangan atau keluarga masing-masing. Kehadiran mereka sebagai tanda sokongan dan semangat sporting, amatlah
dihargai. Semoga semangat ini akan terus kukuh bagi mengeratkan ukhwah
yang sudah terjalin ini.
Ahli yang datang solo pula atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, diharap dapat menyertai pertemuan yang akan
datang bersama-sama pasangan atau keluarga....
Berry
yang dihantar oleh Petronas Carigali Iraq BV, kononnya menjadi penjaga ladang unta dan khurma di Wilayah Thi Qar IRAQ
telah pulang bercuti di tanah air lebih awal daripada bulan-bulan
sebelum ini kerana ingin turut bersama. Tarikh 29 Mac dipilih berdasarkan kelapangan ahli yang jauh di seberang laut ini...
Nik G
yang meninggalkan isteri kesayangan di Pulau Mutiara, menyertai Karnival Sukan
MARA di Jasin tidak terus pulang, sebaliknya transit terus
di BBB dan menjadi 'anak angkat Berry' buat beberapa hari. Konon-kononnya,
Karnival Sukan MARA berlangsung selama seminggu. Nik G pulang dengan hadiah penuh bonet....
Dr. Loh berkereta bersama isteri dan anak-anak nun jauh dari Selatan tanah air pada hari Jumaat menuju ke Nilai. Usai solat Jumaat, terus ke Bangi Golf Resort untuk menebas
bersama geng boyo yang telah sedia menanti di sana, Nik G, Nuar dan
Berry.
Saya
sendiri pula seperti biasa, hujung minggu selepas suami habis kerja
akan ke Lembah Kelang bertamu di rumah Adik dan berkumpul bersama anak
dan adik-beradik yang lain. Tidur yang tak berapa nak lena di Skyvilla,
Seri Kembangan kerana tidak sabar menunggu keesokan hari untuk pertemuan di rumah Tie, BBB.
Pagi Sabtu, Nizam bersama kiriman tapai pulut air tangan Ta, ditemani Imie,
telah guna sayap AA untuk terbang ke KL bagi menyertai majlis pada
petang nanti. Nik Mie yang sedia menunggu mereka di LCCT, terus menuju
ke Nilai Spring Golf Resort. Singgah berehat santai di NSGR sementara
menunggu geng-geng boya... Berry, Loh, Nik G, Anuar, Zaki, bersama
darling Za dan anak bujang Za, serta seorang sahabat Dr. Loh yang mula
menebas sejak awal pagi....
Bermula seawal pukul 3 petang, kami tiba di Jalan 7/6A BBB.
Saya
dan suami sampai sebaik sahaja Loh keluar
dari kereta di tepi rumah Tie. Andai kata, kami tidak berhubung via WA
sebelum ini, sudah pasti kami tidak dapat mengenali antara satu sama
lain. Tidak
dapat digambarkan perasaan saya kerana inilah pertemuan pertama dengan
Loh selepas berpisah pada akhir 1974, setelah tamat darjah 6 di SRJK (I)
Kota 40 tahun yang lalu....
Sejurus
selepas itu, Tie datang menyambut kami dan kami berpelukan melepaskan
rindu yang terkendong selepas terpisah sejak tamat Form 3 tahun
1977....
Tatkala
kami tiba di pekarangan rumah Tie, kelibat Nik G, Berry, Nizam, Imie dan Nik Mie
kelihatan menghampiri kami. Nasib baik saya dan Nik Mie sudah bertemu
di rumah Za awal Mac lepas seminggu selepas WA grup dibentuk....
Za, Mae, Nuar, Par, Idi, Zaki menyusul dan diikuti oleh Nae, Get Nee @ Anita Mui Teluk Kandis, Nasir Yunus dan Su. Nah tiba agak lewat kerana tuntutan tugas Datuk. Walaupun lewat, Nah tetap hadir dengan mi goreng air tangannya yang istimewa...
Akhirnya, kami dapat juga bertamu dan bertemu di rumah Tie. Agaknya, Tie sendiri pun tidak menduga pelawaannya pada awal Mac lepas telah membawa kepada pertemuan yang penuh bererti ini, dalam jumlah yang tidak terfikir oleh Tie sendiri. Terima kasih sekali lagi, Tie.
Akhirnya, kami dapat juga bertamu dan bertemu di rumah Tie. Agaknya, Tie sendiri pun tidak menduga pelawaannya pada awal Mac lepas telah membawa kepada pertemuan yang penuh bererti ini, dalam jumlah yang tidak terfikir oleh Tie sendiri. Terima kasih sekali lagi, Tie.
19
orang ahli dlm grup WA SRJK & SM Kota 6974/7577 yang baru
diwujudkan pada 25/2/14 telah dapat dihimpunkan pada 29/3/14.
Dalam riuh rendah geger gegak bercerita kisah silam, perasaan bercampur baur, antara gembira sebak, dan sayu. Sekali-sekala suara rasa tersekat di kerongkong dek menahan rasa haru yang dalam.... itulah kita, walaupun sebenarnya sudah beberapa minggu 'bertemu dan berseloka' di WA melepas rindu...!
Dalam riuh rendah geger gegak bercerita kisah silam, perasaan bercampur baur, antara gembira sebak, dan sayu. Sekali-sekala suara rasa tersekat di kerongkong dek menahan rasa haru yang dalam.... itulah kita, walaupun sebenarnya sudah beberapa minggu 'bertemu dan berseloka' di WA melepas rindu...!
Berikut, senarai ahli yang hadir bersama insan tersayang. Mereka pun turut bersama memeriahkan pertemuan itu...terima kasih.
AHLI
|
CATATAN
|
ABDULLAH SABRI
|
Bersama isteri, DR. MAHZAN NAZI & 3 orang anak
|
ADNAN HUSSIN
|
Solo
|
AHMAD JAAFARUDDIN HASSAN
|
Bersama anak
|
AHMAD ZAKI AHMAD MAHER
|
Solo
|
ANUAR YAACOB
|
Bersama anak
|
AZMAN TALIB
|
Bersama isteri, CHE NURUL AINI MOHAMAD & 2 orang anak
|
HALIZA HUSSIN
|
Bersama 2 orang anak bujang
|
KANG GET NEE
|
Bersama suami, MR. LIM SWEE CHAI
|
MOHD NASIR YUNUS
|
Bersama isteri, JASNIZA MOHAMED
|
NIK AZMI NIK OMAR
|
Solo
|
NIK MOHD FAUZI NIK MUSTAPHA
|
solo
|
NOORBERI YUSOF
|
Solo
|
NORHAYATI IDRIS
|
Tuan rumah, bersama suami
RAZMI YAACOB
|
ROSHANILAWATEY JUSOH
|
Bersama suami, NAIN MAMAT
|
Prof Dr. Datin RUSNAH MUHAMAD
|
Bersama suami, Datuk RAMLEE ABU BAKAR
|
SUHAIDI HAMZAH
|
Bersama isteri, AIZAH MOHAMED
|
SUHAIMI MUSTAFA
|
Solo
|
SURIANI HUSSIN
|
Bersama suami, DR ZURIN ADNAN ABD RAHMAN
|
WAN MUHAMMAD NIZAM
|
solo
|
Za terpaksa memohon diri untuk beredar lebih awal kerana ada urusan keluarga yang terpaksa diselesaikan, tak sempat bergambar beramai-ramai tanda kenangan....
Terima kasih Allah, kerana mempertemukan kami dalam keadaan dan suasana yang ceria mengembalikan nostalgia zaman anak remaja alam persekolahan rendah dan menengah....
Syukur alhamdulillah.