Saturday, March 31, 2018

ZIARAH POKTEH DI MELAKA

Kesempatan yang ada, kami merancang utk menziarah Pok Teh yang uzur di rumahnya di Hospital Melaka.  Kami berlima dan si kecik Mikhail bertolak dari Kuantan, manakala anakanda Fahmi, Aina serta HannanBella bertolak dari Bangi.







Semoga Pok Teh tabah dengan ujian ini dan diberi kesembuhan oleh-Nya. 

Friday, March 30, 2018

Kembara Di Bumi Sirikit [2]

Hari Pertama - 17 MAC 2018

Perjalanan kami menuju ke Hat Yai diteruskan selepas kami turun dari ETS.  Kami melalui prosedur mengecap Buku Merah di Imigresen Padang Besar sebelum menuju ke Hat Yai dengan bas pesiaran yang sudah menunggu kami di tepi jalan luar pagar imigresen.

Berbaris di tengah panas.... jika guna kaunter dalam bangunan, makan masa yang lebih panjang untuk selesaikan urusan ini.



Nama Hat Yai berasal dari perkataan Mahat Yai yang bermaksud Pokok Besar Mahat (spesis Nangka). Terletak di bahagian paling selatan Thailand, di dalam daerah Songkhla dan bersempadan dengan Malaysia. 

Perjalanan kami dari Padang Besar menuju ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.  Pemandangan di kiri kanan sepanjang perjalanan kami tidak jauh bezanya dengan pemandangan di negara kita. 

Sesampainya kami di Hat Yai, destinasi pertama yang dituju ialah di 'Floating Market'.  Hari sudah hampir senja ketika kami sampai di situ.  Kelihatan banyak bas rombongan dari Malaysia.  Tidak terasa kami berada di negara Gajah Putih kerana rata-rata pengunjung adalah dari Malaysia.


Foating Market di sini tidaklah sebesar floating market di Bangkok.


Meriah tempat ni.  Makanan, pakaian dan souvenir banyak jual kat sini.  Steady je tengok peniaga-peniaga tu sediakan makanan atas sampan.  Cuma air sungainya hitam legam.  











Kami belilah juga nak rasa rojak dan aiskrim mereka. Mereka akan hulurkan makanan itu kepada kita dengan meletakkan makanan tersebut ke dalam bakul yang diikat dengan kayu.  Kita juga akan meletakkan duit bayaran ke dalam bakul yang sama kepada kita
Pada masa yang sama terdapat pertunjukan persembahan tradisional Thai.


Floating Market ni pendek sahaja kerana di sini terdapat juga gerai jualan di atas darat.   Di seberang jambatan ada jualan lagi.   Saya sempat membeli jagung albino satu.  Nak tahu rasa jagung ni...Rasanya biasa-biasa sahaja.   

Majoriti peniaga di atas perahu ialah Muslimah yang memakai tudung, jadi pengunjung dari Malaysia tidak perlu ragu-ragu akan status Halal. Ini kata Tour Guide Bas kami, seorang Muslimah dari Patani yang fasih berbahasa Melayu.
Kami membeli makanan buat bekalan untuk makan di hotel pada malam itu.  Dari Floating Market, kami terus balik ke hotel dan tiba di hotel lebih kurang pukul 10 malam waktu tempatan.  
Kami menginap di Hotel Asean yang terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai.
Setelah urusan daftar masuk selesai, kami habiskan masa di bilik hotel untuk berehat kerana pada pagi esok kami akan bertolak awal dari hotel.  Makanan yang dibeli tidak termakan kerana mengantuk.   
Kawan-kawan yang lain ada yang keluar cari makan dan meninjau pasar malam berdekatan dengan hotel.



Sunday, March 25, 2018

PERIGI DAN KEREK TELAGA

Perigi ATAU telaga ialah lubang dalam tanah yang dikorek atau digali untuk mendapatkan air di tanah.  Air ini didapati dalam lekuk-lekuk yang terbentuk daripada tanah liat atau beberapa jenis batu batan, atau mungkin sebatang sungai yang mengalir jauh ke dalam tanah.  

Selepas sesebuah lubang telah dikorekkan, kerek yang diperbuat daripada simen akan dimasukkan sebagai dinding telaga, bagi menahan tanah daripada runtuh.... atau sebatang paip diturunkan sehingga sampai kepada air itu.  






Air boleh dibawa naik dengan menggunakan timba atau pam, bergantung kepada cara telaga itu berfungsi.



Kenangan di Songkhla Mac lepas... telaga yang masih dijaga sebagai warisan tamadun...


Thursday, March 22, 2018

Kembara Di Bumi Sirikit (1)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kulalui pengalaman menaiki kereta api.  Bukannya kereta api Senandung Malam atau Senandung Timur, tetapi ETS.... Rehat minda sambil menikmati pemandangan yang indah permai di sepanjang laluan dari KL Sentral ke Padang Besar.


Sebenarnya, impian ni menjadi kenyataan apabila aku dipelawa mengikuti rombongan SMKPang5 ke Hat Yai dan Songkhla melalui pakej KTMB Holiday.  Kembara seramai 30 orang termasuk bekas rakan kerja di SMKTP, Mega dan Chah ini bermula pada 17 - 20 Mac lepas.

Kami bertolak dari Kuantan Sentral pada pukul 1.15 pagi 17 Mac menggunakan khidmat bas ekspres ETIKA menuju ke TBS.  Kami tiba di TBS lebih kurang pukul 4.45 pagi.  Dari TBS kami bergerak ke KL Sentral menggunakan perkhidmatan Komuter.


bersama Chah dan Mega di TBS sebelum menaiki komuter untuk ke Stesen KL Sentral
Kami diperkenalkan dengan Staf KTMB Holiday, salah seorangnya ialah Encik Jefri @ MatJepp Ghani.  Beliau lah yang bersama rombongan kami dari mula sehingga kami tiba semua di stesen KL Sentral pada 20 Mac.









Tepat pukul 9.15 ETS bergerak menuju ke utara tanah air.  Selepas lebih kurang 6 jam perjalanan, kami tiba di stesen Padang Besar.


MatJep yang menemani kami sepanjang kembara rehat minda ini....