Rindu MakTok tidak pernah lekang di jiwa. Rindu akan Hannan, Bella, Abah dan Mommy. Kerja kadang-kadang membataskan MakTok untuk kerap bertemu, lebih-lebih lagi sekarang MakTok dan TokAyah berjauhan.
Pulang dari sekolah lepas JUMAAT dua hari lepas, sambil mengadap juadah tengah hari MakTok membuka cerita untuk jalan-jalan ke Kuala Terengganu hujung minggu nanti. Cadangan MakTok disambut dengan senyum oleh TokAyah. Kebetulannya Ummi masih bercuti, AyahLong tak kerja dan CikDya pun tak ada kelas. Bolehlah bawa Mikhail berjalan-jalan.
Sebenarnya, kami bercadang untuk bertolak awal pagi. Singgah sarapan di mana-mana dan terus ke KT. Kereta yang dihantar untuk 'disolek' hanya siap pukul 10 pagi. Jangkaan sebelum ni akan siap paling lewat semalam, tetapi cuaca yg tidak menentu selalu hujan menyebabkan kerja-kerja 'menyolek kereta' lambat sedikit.
Sabtu, lebih kurang 11 pagi VAN6209 bergerak perlahan meninggalkan IM8. MakTok bersama-sama TokAyah, Ayah Long, CikDya, Ummi dan Mikhail tak sabar-sabar lagi untuk bertemu Hannan dan Bella.
Kami tiba di pekarangan Klinik SihatSokmo melewati waktu Zuhur kerana MakTok singgah sekejab di CantikSekali.
Terlerai sudah rindu MakTok dan TokAyah. Mikhail juga sangat gembira bertemu Kakak Hannan dan Kak Bella....