Saturday, June 7, 2014

CUTI - BEKWOH NIKAH KAHWIN (3) : Kenangan bersama sahabat...





Hampir setiap hari sepanjang seminggu bercuti di kampung halaman baru-baru ini saya cuba memenuhi undangan majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak rakan taulan.   

Yang seronoknya, sambil menjamu selera kita dapat bertemu rakan sepermainan zaman kanak-kanak dan juga sahabat ketika masih di bangku sekolah.

Di majlis kenduri sempena perkahwinan anak Mek Esah, kami sempat bergambar kenangan bersama keluarga Kaknik Moh, pakar nasi kerabu tahun-tahun 1970 yang ketika itu tinggal di sebelah pagar rumah kami sebelum mereka berpindah ke kuarters RTM WCY.  

Semasa zaman kanak-kanak, merekalah jiran kami yg paling hampir.... Mek Esah, Senani dan Senah merupakan rakan sepermainan yg setia. Setelah hampir 4 dekad kami bertemu di majlis perkahwinan anak sahabat saya itu....


Kami juga berkesempatan ke majlis perkahwinan anak perempuan NASTURIYAH dan NORHASYIM di Ketereh. Nasturiyah merupakan sahabat saya ketika di SIC 1978 - 1979.  Norhasyim pula pernah menjadi rakan sekerja dengan suami di ABB... 

Dalam majlis ini kami sempat bertemu dengan rakan sekolah yang terpisah sejak selepas MCE, ROSMAH budak Ketereh tp kini menjadi jiran kami di Indera Mahkota... Rosmah di IM2 dan kami di IM8, tp kami tidak pernah tahu walaupun sudah berbelas-belas tahun Rosmah menjadi warga Kuantan....





Saya juga mengambil kesempatan memenuhi jemputan ADIK MAT @ GHAZALI untuk bertandang di rumahnya di JALAN KUBUR TERAP, KOTA bersama-sama beberapa orang sahabat yang lain, Ta dan keluarga, Nab sekeluarga, Ku Dah... termasuk yang kebetulan balik bercuti di kampung, Ir. Mae sekeluarga dan Dr. Loh sekeluarga.  

 


Terima kasih Adik Mat dan isterinya Tini kerana sentiasa bermurah hati menjamu kami semua dengan pelbagai juadah yang enak setiap kali kami bercuti di kampung. 
 
Semoga sahabat saya ini dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati sentiasa oleh Ilahi. 

Adik Mat, jangan serik untuk menjemput kami lagi....

Thursday, June 5, 2014

BERTAMU DAN BERTEMU DI CHENDERING....


Rindu seorang Adik kepada Abangnya, dan begitulah sebaliknya... Abang sentiasa menyembunyikan kerinduan terhadap Adiknya.  Sesekali apabila bercerita tentang adiknya, pasti suara tersekat di kerongkong dan matanya berkaca-kaca walaupun bibir tersenyum....


Papa dan Ayah Chik, putera kepada MEMBUNGA BT. ISMAIL... seibu berlainan ayah.  Sungguhpun begitu, hubungan mereka sangat akrab kerana dilahirkan di tempat yang sama; walaupun sekali-sekala ada badai yang melanda...  Itu dulu... lama dulu.  Semuanya sudah menjadi kenangan dan tinggal sejarah.  Air, walau dicencang bagaimana sekalipun tidak akan putus.  Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

Sedikit ujian yang melanda mereka mengeratkan hubungan dan menebalkan kerinduan....

Rindu pada usia begini menjadikan hati mudah rapuh.

Itulah Ayahanda JUSOH B. DAUD dan Ayahcik ZAKARIA B. MAT JUNUH.

Kesempatan bercuti di kampung yang agak lama baru-baru ini memungkinkan kami membawa Papa ke Taman Desa MPKT Chendering untuk bertemu adindanya sehari selepas majlis kenduri kahwin anak sulung Kakanda Roslena.  Pada pagi 1 JUN 2014 (Ahad) yang permai, kami berkonvoi 3 buah kereta menuju ke destinasi dengan penuh riang.


Menjelang matahari tegak di atas kepala, kami tiba di rumah Ayahchik.  Kami disambut dengan penuh mesra....


Akhirnya, rindu yang sarat yang sudah lama dikendong, akhirnya terburai jua bersama-sama linangan air bening membasahi pipi Papa dan Ayahchik. 


Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana memberi kesempatan kepada dua beradik ini bertemu.... 
 
Seperti biasa, Papa dan Ayahcik akan bercerita tentang adik-beradiknya yang lain yang masih ada dan menetap di negara jiran, Thailand.... Berbari tentang leluhur yang sudah berdekad-dekad meninggalkan kami semua, Che Wer Pok Weil.... Datuk Papa dan Ayahcik sebelah ibu. Semua ini pasti mengundang nostalgia akan kisah lampau yang telah jauh ditinggalkan.


Pada kunjungan ini juga buat pertama kalinya kami membawa Hannan dan Falisha bersama Mami dan Abahnya ke sini....termasuk Kakak Melisa Kamelia sekeluarga.


mereka adalah dua pupu


Terima kasih Ayahcik, Mamacik, Zula dan Rina yang menerima kunjungan kami dengan mesra dan menyediakan juadah istimewa buat kami.




Kita pun tidak pasti, adakah mereka masih punya kesempatan untuk duduk bersembang panjang berbari pelbagai kisah seperti itu lagi....


Hanya DIA Yang Maha Berkuasa Menentukan....





Tuesday, June 3, 2014

CUTI - BEKWOH NIKAH KAHWIN (2) : Merah Meriah Mesra Santai Bersama...


Majlis 31 MEI 2014 menghubungkan dua keluarga merentasi Banjaran Titiwangsa menjadi satu... menemukan kami dengan saudara mara terdekat serta rakan taulan yang telah lama tidak bertemu....




 



Majlis mesra santai mengeratkan ikatan kekeluargaan....


  






Majlis mesra santai menemukan rakan-rakan yang telah lama terpisah....
 


  
 



Terima kasih semua atas sumbangan idea dan tenaga bagi menjayakan majlis kenduri kesyukuran Kakanda ROSLENA buat julung kalinya ini sempena perkahwinan anak sulungnya....


 
 
 

 

Pelbagai juadah buat tetamu, semoga pulang dengan hati yang girang gembira.... 





Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.  Semoga kita dapat berkumpul lagi dalam majlis seumpama ini pada masa akan datang....