HARI IBU jatuh pada hari Ahad minggu kedua bulan MEI setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011. Sama ada kita memanggilnya ibu, mak, ummi, mama atau mummy, maknanya sama sahaja.
Ibu adalah panggilan istimewa seorang anak kepada wanita istimewa yang melahirkannya. Biarpun kasih sayang, pengorbanan dan jasa ibu saban hari dikenang selagi hayat dikandung badan, namun sambutan Hari Ibu memberi makna yang amat besar kepada semua ibu di negara ini.

Peranan dan tanggungjawab wanita yang bergelar ibu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Walaupun ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab mereka menghargai dan memberikan kebahagiaan kepda ibu yang dikasihi.
Oleh itu, pada kesempatan sambutan HARI IBU yang diraikan di seluruh negara esok, anak-anak yang masih berpeluang menghargai ibu mereka, jadikanlah hari istimewa ini antara hari yang membahagiakannya sepanjang hayat si ibu.... hargailah ibu kita pada setiap masa sementara masih ada ruang waktu....
SESUNGGUHNYA, SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU....!
.... sekadar mengingatkan diri sendiri "...Mama, engkaulah RATU hati kami sepanjang waktu...."
minggu lepas balik KB bertemu Mama....
foto : Mama bersama 6 daripada 8 orang puterinya pada pagi Aidilfitri 2010....
No comments:
Post a Comment