Takziah atas pemergian seorang sahabat. Sahabat yang sempat menjadi rakan sekerja selama beberapa tahun di SMKTP. Sahabat yang juga merupakan anggota kejiranan IM6, ENGKU NOR'ADILAH BT. SYED AB. RAHMAN telah kembali menemui Penciptanya buat selama-lamanya.... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh lagi beriman serta dijauhi daripada azab api neraka. Al-Fatihah....
Arwah menghembuskan nafas yang terakhir di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu kira-kira pukul 10 lebih pagi tadi. Jenazah beliau akan dibawa balik ke Besut untuk disemadikan di sana. Arwah pergi buat selama-lamanya pada usia 42 tahun meninggalkan suami bersama-sama sembilan orang cahaya mata....
Semoga seluruh ahli keluarga arwah Engku Nor Adillah reda dengan ketentuan Ilahi dan tabah menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Sesungguhnya, Allah s.w.t Maha Penyayang dan Maha Mengetahui apa-apa yang terbaik untuk umatNya.

Al-Fatihah....
Foto 1 - Sukan Tahunan Jun 2010
Foto 2 - Pertemuan kami yang terakhir di rumahnya 9.9.2011
Foto 3 - Mesyuarat panitia Matematik April 2010....
No comments:
Post a Comment