2 JANUARI 2018.... SELAMAT PAGI SMJK TANAH PUTEH....
Ingatan kepada diri...
Pagi ini saya menapak ke sekolah dalam hujan renyai-renyai dan sekali-sekala agak lebat. Seperti biasa, dalam remang pagi saya sudah sampai di pekarangan SMJKTP. Keadaan persekitaran masih gelap.
Hujan mencurah lebat tatkala warga SMKJTP berkumpul di dewan untuk perhimpunan rasmi yang pertama bagi sesi persekolahan 2018.
Hujan yang turun seolah-olah menandakan Kuantan akan dilanda banjir....
sumber : "Gurukah Aku Atau..." - Pn. Norbi Husin |
Biarlah kita mulakan hari pertama dan seterusnya dengan ikhlas. Semua perkara akan menjadi susah sekiranya kita tidak melakukannya dengan ikhlas. Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, setiap perkara yang dianggap sukar oleh orang lain, tetap mudah bagi kita. Sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, kita pasti akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat. Oleh itu dahulukan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.
Tahun ini merupakan tahun yang ke-32 saya bergelar pendidik dan masuk tahun ke- 12 saya di SMJKTP. Semoga SMJKTP akan terus meninggalkan kenangan indah dalam perjalanan kerjaya saya....
Kelas yang saya masuk pada hari pertama sesi 2018 ini ialah 3K10 dan 3K2. Daripada 'pandangan pertama' saya pagi tadi, mereka nampak ok....Harap-harap ini berterusan sehingga akhir tahun.
No comments:
Post a Comment