Friday, April 4, 2014

PERTEMUAN ITU...



Catatan bergambar selepas seminggu berlalu....

REUNION PERTAMA
SRJK(I) & SM Kota  6974/ 7577

29 MAC 2014 (SABTU)
DI NO. 58, JALAN 7/6A
BANDAR BARU BANGI


sulaman pada T-Shirt sumbangan Dr. Loh kepada ahli dan pasangan



Tepat pada pukul 3.00 petang - hampir sebahagian besar ahli tiba serentak sebagaimana yang dijanjikan. KATA DIKOTA.  Beberapa orang ahli tiba sedikit lewat kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.   Yang penting, mereka ingin juga berada bersama-sama dalam majlis mesra geger gegak yang diadakan buat pertama kalinya selepas 40 - 35 tahun terpisah....


          

#  MC majlis, NIK MOHD FAUZI NIK MUSTAFA mengalu-alukan kehadiran semua ahli, dari utara selatan timur dan barat.... Nizam dan Imi yang datang dari KB dijemput oleh Nik Azmi di LCCT dan mereka singgah di Nilai Spring Golf Resort, berehat seketika sambil menanti boya-boya selesai menebas.... 

#  Sebelum majlis dimulakan, AZMAN TALIB telah memimpin bacaan doa selamat bagi memberkati pertemuan kita pada petang yang permai ini...

#  Ini diikuti dengan ucapan sepatah dua kata daripada juru acara majlis...
 

 




# Tidak sempurna majlis sekiranya tidak ada ucapan daripada tuan rumah yang budiman.  Tie @ NORHAYATI IDRIS  & Mie memberi ucapan ringkas yang sangat bermakna kepada kami semua...

 


# Tetamu dijemput menjamu selera, diselang selikan dengan ucapan dan sesi taaruf... 


Pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan... tradisional dan moden, kuih muih selera Kelantan - akok, tepung bungkus 2 bilik, tepung bungkus cute inti warna, koleh kacang @ koleh tahi minyak, seri muka dll... Muffin, dua tiga jenis kek, creampuff, potato special daripada tuan rumah, kali pertama jumpa dan makan... sate, mihun goreng T dan mi goreng Prof Nah...buah-buahan dan tidak ketinggalan sup urat keting speciality dari Section 7 Bandar Baru Bangi....

Banyak sangat juadah sehingga terpaksa ditapau bagi mengurangkan pening kepala tuan rumah untuk 'menguruskan' juadah yang banyak itu...










# Sambil menjamu selera, disampaikan kronologi ringkas yang membawa kepada pertemuan ini oleh ROSHANILAWATEY JUSOH  


- Siri menjejak teman seiring jalan ini bermula via laman sosial friendster, fb, blog... hanya beberapa orang yang dapat dikesan tetapi belum mampu membawa kepada pertemuan seumpama ini... 

- Setelah WA Grup dibentuk pada minggu ke-3 bulan Februari 2014, dalam masa seminggu keahlian menjadi seramai 20 orang dan dalam masa sebulan, keahlian mencecah kepada 50 orang.  

- Atas kesudian Tie mempelawa kami untuk bertamu di rumahnya di Bandar Baru Bangi, maka impian untuk bertemu setelah sekian lama terpisah akhirnya menjadi  kenyataan di sini, di No. 58, Jalan 7/6A Bandar Baru Bangi... pada petang Sabtu yang permai diselang selikan hujan renyai-renyai....



#  Tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada penaja utama program ini ABDULLAH SABRI IBRAHIM  dan seterusnya memulakan sesi taaruf .... diikuti oleh ahli-ahli yang lain...
 


SRJK (I) Kota
 ·      Abdullah Sabri
·        Anuar Yaacob
·        Nik Azmi Nik Omar
 

SRJK (I) & SM Kota
 Adnan Hussin
·        Ahmad Jaafaruddin Hassan
·        Azman Talib
·        Haliza Hussin
·        Mohd Nasir Mohd Yunus
·        Nik Mohd Fauzi
·        Norhayati Idris
·        Noorberi Yusof
·        Roshanilawatey Jusoh
·        Rusnah Muhammad
·        Suhaimi Mustapha






   
  

SM Kota
 ·      Ahmad Zaki Ahmad Maher
·        Kang Get Nee
·        Suhaidi Hamzah
·        Suriani Hussin
·        W. Muhammad Nizam  




# Solat Asar berjemaah

# Penyampaian cenderamata kepada tuan rumah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tie & Mie menerima kami sebagai tetamu untuk majlis reunion geger gegak ni....


# Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada ahli yang menyertai acara Golf pada 28 – 29/3.  

-  Acara golf dijalankan selama 2 siri, iaitu pada 28 Mac 2014 selepas solat Jumaat di Bangi Golf Resort (BGR) dan pada pagi 29 Mac 2014 Nilai Spring Golf Resort... Acara ini bagi memenuhi ketagihan boya-boya dari utara selatan dan yang berada nun jauh di Iraq....






# Acara Pertukaran cenderamata kenangan / Cabutan Bertuah

Pelbagai tanda mata kenangan dibawa oleh ahli yang hadir dan cenderamata kenangan ini mempunyai makna yang tersendiri dan sangat signifikan. 











# Penyampaian buah tangan daripada Azman Talib kepada semua ahli yang hadir...





# Penyampaian T-Shirt kepada ahli dan pasangan, sumbangan daripada Abdullah Sabri...terima kasih daun keladi, Loh.







# Pelbagai rakaman kenangan ketika mendengar coretan hati dan pengenalan diri rakan-rakan, sambil makan-makan, sembang-sembang...membuka cerita yang telah lama tersimpan....
 



 






# Sesi bergambar kenangan beramai-ramai



KENANGAN SEBELUM MAJLIS BERSURAI LEBIH KURANG PADA PUKUL 7.00 PTG...

Sebelum pulang ke destinasi masing-masing...Nizam dihantar ke LCCT untuk balik ke KB pada malam itu juga dan Imie dihantar ke hotel penginapannya oleh Noorberi.
 








Dengar berita flight Nizam delay dan hanya berlepas balik ke KB pada pukul 12.30 tengah malam.  


PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada :
 
·   Tuan rumah yang budiman - Tie dan Mie
·   Penaja utama – Dr. Loh Sabri
·   Penjejak Kasih Rakan Seiring Jalan, merangkap Juruacara Majlis – Nik G
·   Semua ahli yang menyumbang kuih-muih moden dan tradisional dengan  pelbagai warna rupa dan rasa….
·   Semua ahli yang menyumbang idea sama ada secara langsung atau pun tidak langsung sehingga majlis pertemuan mesra gege gegak ini menjadi kenyataan.

    Sehingga bertemu lagi di Mahligai Cinta Kasih Bersemi 
Wan Muhammad Nizam dan Wan Nor'Aziah, 
di Cabang Tiga Pendek pada Aidilfitri
 nanti....Insya-Allah.





Tuesday, April 1, 2014

BUAT SAHABAT : INDAHNYA KENANGAN ITU...


SRJK (I) Kota
 



1969...

kita semua
bermula di sana
di bangku sekolah rendah yang sama
belajar tulis baca
bermain berlari bersuka ria
menyanyi bersiul riang
berebut tiang 
melenggang gelung rotan 
kala waktu di padang
kala waktu senggang 
kala menunggu cikgu datang
yang lelakinya pula
kala rehat yang tidak berapa panjang
masih sempat main-main terajang.

begitulah indahnya kenangan
bersama rakan taulan
walaupun ada yang masih mentah 
keanak-anakan
namun, tetap ada yang menyimpan perasaan
berkenan di hati akan seseorang.



Betapa dia terus memuja 
walaupun mungkin tidak pernah terbalas...
namun, terubat jua rindunya
tatkala mata hanya melirik
rabung atap dari kejauhan...!

Ah, cinta monyet budak hingusan
atau dirinya yang terlebih perasan.... 
melewati enam tahun yang tidak pernah suram.

  
SM Kota


1975....
tahun baru 
sekolah pun baru 
bertingkat-tingkat aneka jurusan.

rakan taulan datang dan pergi
silih berganti 

yang berlalu
pergi tanpa pesan
sedikit pun tidak terkesan 
rakan yang baru 
datang mengisi ruang

kita pun kian dijengah usia remaja
sudah tersimpan rasa silu dan segan
sudah beralas malu tatkala bergurau senda
tutur kata disusun tertib tatkala berbicara

usia remaja....
tandanya bermula
zaman gelora 
penuh membara
tandanya bermula
zaman menunjuk bakat 
ingin mencuba  
tandanya bermula 
zaman mencari citra diri.

Begitulah...
yang lelakinya suara sudah garau
sudah mula pandai peraga diri
mencuba nasib memikat si gadis...

yang perempuan pula 
sudah pandai tampil bergaya
mula melawa cari identiti
seringkali diintai 
abang-abang di aras tinggi
pantang bersua
diusik dikejar setiap hari.
  
Begitulah...
masa terus berlalu
musim perpisahan akhirnya tiba jua 
walaupun tidak dipinta
setelah betahun-tahun 
melakar memori indah bersama.

Dulu,
barangkali ada antara kita 

yang sering bertukar-tukar ucapan
menitipkan berita
diiringi doa dan harapan
demi kesejahteraan
demi keabadian
jalinan persahabatan.

Dulu,
barangkali setiap kali tiba musim libur
dalam kelelahan mengejar cita
kita mungkin masih tidak pernah lupa

kita mungkin masih ada sedikit masa
bertemu dan bercerita di tangga
berkongsi kisah remaja
indah dan mengasyikkan.

Tiba-tiba
tanpa sedar
kita semua terpisah
...tanpa berita
...tanpa kata
lantaran cita-cita

kita mula jadi perantau
kita bawa haluan diri
demi mengukuh peribadi
bersama keluarga
bersama tuntutan masa

bersama tugas dan tanggungjawab...

Akhirnya,
tanpa sedar
kita tidak pernah lagi bersua muka
bertahun-tahun lamanya

lama sungguh... bertahun-tahun....
bertahun-tahun.

Sahabat,
kenangan itu sering singgah
walaupun kita terpisah jauh
ingatan itu tetap utuh
minda terus diterjah
walaupun segalanya sukar ditelah....

Sahabat,

kala usia kita kian merangkak senja
kala mata sudah kurang sinarnya
kala rerambut sudah mula terbang
hati meronta mencari bayangan 
lantaran jejak yang lama hilang
sukar dikesan.


Sesungguhnya sahabat,
...yang ada hanyalah kenangan silam
rapi kemas tersimpan
dalam lipatan sanubari
...yang ada hanyalah harapan tak bertepi
terselit sunyi di hati.

Sahabat, 
dengan kehendak Yang Maha Esa
setelah terpisah sekian lama
tiba jua saat dan ketika
kita dipertemukan semula

walaupun sekadar di alam maya.


Sungguh asyiknya kita
berminggu-minggu bersendaloka
di sebalik tabir alam di angin lalu
bertanya khabar melepas rindu 
mengimbau memori yang kian kelam
membuka ceritera lama yang hampir hilang.

Akhirnya...
29 MAC 2014
tiba jua saat itu
saat yang telah lama 
kita tunggu

berkumpul bertamu dan bertemu
di istana cinta syahdu
Tie dan Mie
menjadikan impian kita
suatu yang pasti.

Sungguh indah pertemuan itu
setelah sekian lama

kenangan yang tersimpan
kembali segar bugar dalam ingatan
titian persahabatan
kembali bertaut rapat erat
melerai rindu yang sarat.

Sahabat,
inginku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi
pertemuan semula pada usia begini
pasti mengendong seribu erti
walaupun banyak sudah yang berbeza
walaupun kita semakin dihambat usia
namun, taman persahabatan kita
tetap semerbak harumnya
sewangi kesturi.


Pertemuan pertama yang bermakna
selepas berdekad-dekad
tidak bersua 
segalanya adalah kerana DIA

....demi menghargai usia 
....demi erti persahabatan.

 
buat sahabat semua
marilah kita terus kongsikan kenangan
marilah kita terus berseloka bersambung cerita

sementara diberi kesempatan oleh-Nya
untuk bertemu berbicara
andai hayat kita masih ada....



Syukur alhamdulillah,

terima kasih sahabat.





Monday, March 24, 2014

Menunggu 29 MAC 2014...



....demi menghargai usia 
dan 
erti persahabatan....



Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bertemu muka bertanya khabar, meleraikan rindu yang bertahun-tahun lamanya tersimpan ....

Berikut sebahagian foto sahabat buat melakar kenangan yang telah lama ditinggalkan....

Tie & Mie, tuan rumah yang budiman yang sudi menerima kunjungan  kami nanti...
 Azman, Dr Abdullah Sabri dan Kamaruddin
Dr Nik Azmi dan keluarga
Mr  Berry and Family
Dr Suriani dan keluarga
Dr Wan Muhammad Nizam dan keluarga
Nab, Haslina, Ta, Dr, Nasir, Mae, Loh & isteri
Ta & keluarga... kiriman tapai pulut air tangan Ta sebagai pengganti diri...
Sarimah dan keluarga, kini sedang mengerjakan umrah, tidak dapat bersama...
Haliza dan keluarga
 Adnan dan keluarga


 
Prof Rosnah dan Suami
Suhaidi dan Isteri

 Ainon Salleh dan famili

 kekenyangan makan ikan bakar hok Mae belanja di Tanjung Lumpur....



Set Boyo.... Nik G, Berry, Loh, dan War.... sehari sebelum...

NOSTALGIA
STD 6 BLUE 1974 SRJK(I) KOTA

STD 6 RED 1974 SRJK(I) KOTA

FORM 3 RED 1977 SM KOTA


Insya-Allah,

  bertemu nanti di Bandar Baru Bangi....