Walaupun kita mengembara ke seluruh dunia untuk mencari keindahan, kita harus membawa keindahan itu dalam diri kita; sekiranya tidak, kita pasti tidak akan menjumpainya...
Tuesday, April 1, 2014
BUAT SAHABAT : INDAHNYA KENANGAN ITU...
SRJK (I) Kota
1969...
kita semua
bermula di sana
di bangku sekolah rendah yang sama
belajar tulis baca
bermain berlari bersuka ria
menyanyi bersiul riang
berebut tiang
melenggang gelung rotan
kala waktu di padang
kala waktu senggang
kala menunggu cikgu datang
yang lelakinya pula
kala rehat yang tidak berapa panjang
masih sempat main-main terajang.
begitulah indahnya kenangan
bersama rakan taulan
walaupun ada yang masih mentah
keanak-anakan
namun, tetap ada yang menyimpan perasaan
berkenan di hati akan seseorang.
Betapa dia terus memuja
walaupun mungkin tidak pernah terbalas...
namun, terubat jua rindunya
tatkala mata hanya melirik
rabung atap dari kejauhan...!
Ah, cinta monyet budak hingusan
atau dirinya yang terlebih perasan....
melewati enam tahun yang tidak pernah suram.
SM Kota
1975....
tahun baru
sekolah pun baru
bertingkat-tingkat aneka jurusan.
rakan taulan datang dan pergi
silih berganti
yang berlalu
pergi tanpa pesan
sedikit pun tidak terkesan
rakan yang baru
datang mengisi ruang
kita pun kian dijengah usia remaja
sudah tersimpan rasa silu dan segan
sudah beralas malu tatkala bergurau senda
tutur kata disusun tertib tatkala berbicara
usia remaja....
tandanya bermula
zaman gelora
penuh membara
tandanya bermula
zaman menunjuk bakat
ingin mencuba
tandanya bermula
zaman mencari citra diri.
Begitulah...
yang lelakinya suara sudah garau
sudah mula pandai peraga diri
mencuba nasib memikat si gadis...
yang perempuan pula
sudah pandai tampil bergaya
mula melawa cari identiti
seringkali diintai
abang-abang di aras tinggi
pantang bersua
diusik dikejar setiap hari.
Begitulah...
masa terus berlalu
musim perpisahan akhirnya tiba jua
walaupun tidak dipinta
setelah betahun-tahun
melakar memori indah bersama.
Dulu,
barangkali ada antara kita
yang sering bertukar-tukar ucapan
menitipkan berita
diiringi doa dan harapan
demi kesejahteraan
demi keabadian
jalinan persahabatan.
Dulu,
barangkali setiap kali tiba musim libur
dalam kelelahan mengejar cita
kita mungkin masih tidak pernah lupa
kita mungkin masih ada sedikit masa
bertemu dan bercerita di tangga
berkongsi kisah remaja
indah dan mengasyikkan.
Tiba-tiba
tanpa sedar
kita semua terpisah
...tanpa berita
...tanpa kata
lantaran cita-cita
kita mula jadi perantau
kita bawa haluan diri
demi mengukuh peribadi
bersama keluarga
bersama tuntutan masa
bersama tugas dan tanggungjawab...
Akhirnya,
tanpa sedar
kita tidak pernah lagi bersua muka
bertahun-tahun lamanya
lama sungguh... bertahun-tahun....
bertahun-tahun.
Sahabat,
kenangan itu sering singgah
walaupun kita terpisah jauh
ingatan itu tetap utuh
minda terus diterjah
walaupun segalanya sukar ditelah....
Sahabat,
kala usia kita kian merangkak senja
kala mata sudah kurang sinarnya
kala rerambut sudah mula terbang
hati meronta mencari bayangan
lantaran jejak yang lama hilang
sukar dikesan.
Sesungguhnya sahabat,
...yang ada hanyalah kenangan silam
rapi kemas tersimpan
dalam lipatan sanubari
...yang ada hanyalah harapan tak bertepi
terselit sunyi di hati.
Sahabat,
dengan kehendak Yang Maha Esa
setelah terpisah sekian lama
tiba jua saat dan ketika
kita dipertemukan semula
walaupun sekadar di alam maya.
Sungguh asyiknya kita
berminggu-minggu bersendaloka
di sebalik tabir alam di angin lalu
bertanya khabar melepas rindu
mengimbau memori yang kian kelam
membuka ceritera lama yang hampir hilang.
Akhirnya...
29 MAC 2014
tiba jua saat itu
saat yang telah lama
kita tunggu
berkumpul bertamu dan bertemu
di istana cinta syahdu
Tie dan Mie
menjadikan impian kita
suatu yang pasti.
Sungguh indah pertemuan itu
setelah sekian lama
kenangan yang tersimpan
kembali segar bugar dalam ingatan
titian persahabatan
kembali bertaut rapat erat
melerai rindu yang sarat.
Sahabat,
inginku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi
pertemuan semula pada usia begini
pasti mengendong seribu erti
walaupun banyak sudah yang berbeza
walaupun kita semakin dihambat usia
namun, taman persahabatan kita
tetap semerbak harumnya
sewangi kesturi.
Pertemuan pertama yang bermakna
selepas berdekad-dekad
tidak bersua
segalanya adalah kerana DIA
....demi menghargai usia
....demi erti persahabatan.
buat sahabat semua
marilah kita terus kongsikan kenangan
marilah kita terus berseloka bersambung cerita
sementara diberi kesempatan oleh-Nya
untuk bertemu berbicara
andai hayat kita masih ada....
Syukur alhamdulillah,
terima kasih sahabat.
Monday, March 24, 2014
Menunggu 29 MAC 2014...
....demi menghargai usia
dan
erti persahabatan....
Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bertemu muka bertanya khabar, meleraikan rindu yang bertahun-tahun lamanya tersimpan ....
Berikut sebahagian foto sahabat buat melakar kenangan yang telah lama ditinggalkan....
Berikut sebahagian foto sahabat buat melakar kenangan yang telah lama ditinggalkan....
![]() |
| Tie & Mie, tuan rumah yang budiman yang sudi menerima kunjungan kami nanti... |
![]() |
| Azman, Dr Abdullah Sabri dan Kamaruddin |
![]() |
| Dr Nik Azmi dan keluarga |
![]() |
| Mr Berry and Family |
![]() |
| Dr Suriani dan keluarga |
![]() |
| Dr Wan Muhammad Nizam dan keluarga |
![]() |
| Nab, Haslina, Ta, Dr, Nasir, Mae, Loh & isteri |
![]() |
| Ta & keluarga... kiriman tapai pulut air tangan Ta sebagai pengganti diri... |
![]() |
| Sarimah dan keluarga, kini sedang mengerjakan umrah, tidak dapat bersama... |
![]() |
| Haliza dan keluarga |
![]() | ||||
| Adnan dan keluarga |
| ||||
| Prof Rosnah dan Suami |
![]() | ||
| Suhaidi dan Isteri |
![]() | ||
| Ainon Salleh dan famili |
![]() |
| kekenyangan makan ikan bakar hok Mae belanja di Tanjung Lumpur.... Set Boyo.... Nik G, Berry, Loh, dan War.... sehari sebelum... NOSTALGIA |
![]() |
| STD 6 BLUE 1974 SRJK(I) KOTA |
![]() |
| STD 6 RED 1974 SRJK(I) KOTA |
![]() |
| FORM 3 RED 1977 SM KOTA |
| Insya-Allah, |
bertemu nanti di Bandar Baru Bangi....
Friday, March 14, 2014
Memori @ SRJK (Ingg) Kota
Setiap kali menjelang tahun baharu, SRJK (Ingg) Kota (kini, SK Seri Kota) pasti akan menggamit memori.
Januari 1969, merupakan detik keramat kepada saya kerana pada tahun itu saya mula menjejakkan kaki ke sekolah. Bermulalah episod baru dalam hidup seorang kanak-kanak yang saban hari menghabiskan waktu dengan keluarga dan rakan2 sepermainan. Papa dan Mama teruja sekali untuk menghantar anak keduanya ini masuk sekolah, lebih-lebih lagi yang empunya diri. Pada masa itu, tak ramai kanak-kanak dihantar ke tadika sebelum masuk sekolah, tidak seperti hari ini.... Seingat saya, sehingga pertengahan 1970-an, di KB hanya ada Tadika Jalan Raja Dewa dan Tadika Fatima.
Januari 1969, merupakan detik keramat kepada saya kerana pada tahun itu saya mula menjejakkan kaki ke sekolah. Bermulalah episod baru dalam hidup seorang kanak-kanak yang saban hari menghabiskan waktu dengan keluarga dan rakan2 sepermainan. Papa dan Mama teruja sekali untuk menghantar anak keduanya ini masuk sekolah, lebih-lebih lagi yang empunya diri. Pada masa itu, tak ramai kanak-kanak dihantar ke tadika sebelum masuk sekolah, tidak seperti hari ini.... Seingat saya, sehingga pertengahan 1970-an, di KB hanya ada Tadika Jalan Raja Dewa dan Tadika Fatima.
Pada masa itu, SRJK (I) Kota (1969 - last batch English Medium)) terdiri daripada 2 blok bangunan satu tingkat. Setiap darjah dari Std 1 ke Std 6 mengandungi 3 kelas (Blue, Red & Green - kedudukan mengikut turutan). Ada 2 sesi persekolahan. Sekolah ini berkongsi padang dan kantin dengan SK Kota. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 2 km. Saya ke sekolah menaiki teksi (beca roda tiga) Pok Mat dengan sewa bulanan (kalau tak silap) sebanyak RM3.00.
Hari pertama ke sekolah, Papa yang hantar. Pagi-pagi lagi Mama sudah menyiapkan sarapan dan rambut saya yang panjang diikat (ekor kuda) dan dililit dengan bulu ayam merah sebagai hiasan. Dengan pinafore biru (bib di bahagian depan dan 2 silang di belakang), terpampang lencana sekolah pada bib uniform sekolah, berkasut kanvas putih Badminton Master dan beg sekolah (bentuk kotak - berkunci - berwarna coklat), saya melangkah dengan penuh gaya ke sekolah.
Pendaftaran murid baru dilakukan pada hari pertama persekolahan. Berbeza dengan sekarang, pendaftaran dilakukan sebelum sesi persekolahan bermula. Selepas mendaftar diri, utk. masuk Std. 1, murid-murid diberi sekeping kad (bersaiz empat segi kecil) yang tertulis nama masing-masing. Kertas tersebut berwarna biru, merah dan hijau. Murid-murid akan ditempatkan ke kelas mengikut warna kad yang diberi. Saya mendapat kad berwarna biru, jadi saya dikehendaki masuk ke Standard One Blue. Kad nama ini dipinkan pada uniform sekolah sepanjang minggu tersebut. Sepanjang 6 tahun di sekolah ini, saya kekal di kelas Blue.
Dalam kelas 1 Blue, hanya ada beberapa orang kawan yang sudah dikenali, iaitu yang datang dari tempat tinggal yang sama, iaitu Jafril Mat Isa dan Wan Napisah Rejab. Seorang lagi rakan sekampung yang masuk SRJK (I) Kota ialah Zainuddin Yusof, dia di kelas 1 Green. Hanya kami berempat yg sebaya dari kampung itu masuk sekolah Inggeris. Ramai rakan sepermainan pada zaman kanak2 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota.
Sebahagian besar daripada murid Std 1 Blue merupakan kawan-kawan yang baru dikenali, yang datang dari Kg. Pendek, Larak, Padang Layang, Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, Bunut Payung, Bt. 4 Jln Kuala Krai dan sekitarnya.
Antaranya ialah : Azman dari Kg. Gaung, dari Pendek - Noorberi, Kg Padang Layang / Larak / Belukar - Abdullah Sabri, Nik Azmi, Ramzi, Zuraidi, Rohaizi; Dari Kg Kota - Haslin, Nor Azma, Rahizam Rahim, Nab, Aziz, Nik Badli, Adnan, sepupu Adnan (lupa nama - kecik2 orangnya); dari Surau Kota - Siti Noor Rosmina, Nik Fauzi, Nasir Yunus, Mahasan, Kamaruddin, Haslina Zainuddin; dr Pintu Geng - Che Norizam, Shariff; dari WCY - Marzanah, Nasaruddin, Kamariah, Zakaria, Nor Aini Ab Rahman; Bunut Payong - Zuriana, Azlina Mohamad, Nik Roslina, Nooraini Ab Rahman; Bt. 4 - Ainon, Anuar, Normah, Wan Nazli.
Beberapa orang rakan saya begitu menonjol penampilan mereka, yang kebanyakannya merupakan anak-anak cikgu di SK Kota dan juga dari keluarga yang 'berada'.
Kawan-kawan yang lain seperti Adzmah Ali, Tengku Norizan, Tengku Abu Bakar, Faizah, Zanita, Rubiah, Nasimah, Shamiah, Wan Hasmah, Wan Norizan Noor, Rohana Khatib, Suhaimi Mustapha, Rosli, Fariza, Wan Zaleha, Azmi Md Noor, Rohana Ahmad, dll hanya bersama kami di kelas Blue setelah 'streaming' dibuat bermula Standard 3 hingga Std. 6; bertukar ganti orangnya walaupun tak ketara sangat.
Norhayati Idris, kalau tidak silap masuk ke sekolah ini pada tahun 1971 semasa darjah 3, terus ke kelas 3 Blue. Rahim dan Aziz Mohamad juga masuk ke sekolah ini ketika darjah 2 atau 3, kalau tak silap. Rusnah pula, seingat saya pernah bersama di sini sejak Std 1 dan keluar mengikut bapanya berpindah ke luar daerah dan masuk semula ke SRJK (I) Kota ketika Std 4. (perlu minta kepastian daripada empunya diri....) Rahizan pula mula bertukar ke KL pada tahun 1972 kerana mengikut ayahandanya Rahim Hj Mohamad yang berkerja di RTM Angkasapuri.
Walaupun tidak belajar dalam satu kelas yang sama, tetapi disebabkan hanya ada 3 kelas (Blue, Red dan Green) dan kami semua datang dari tempat yang hampir sama, jadi hubungan kami agak akrab.
Headmaster pada masa itu ialah Master Kassim. Dari kaca mata seorang murid yang baru masuk Darjah Satu, beliau yang bersaiz sederhana itu kelihatan sangat tegas. Kecut dan gerun apabila bertemu dengan beliau. Beliau sentiasa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris... maklumkan sekolah orang putih...!
Guru Kelas 1 Blue ialah Cikgu Habsah. Kami panggil beliau 'Teacher'. Waktu itu beliau belum berumahtangga. Beliau mengajar semua mata pelajaran : Writing, reading (BM and English), Arithmatics, Science dan Arts & Craft. Agama Islam diajar oleh Ustazah Zainon.
Alahai... takutnya kami kepada Teacher Habsah... beliau tegas semasa memberi arahan dan semasa mengajar. Kami sentiasa menanti waktu 'story telling', kerana pada waktu tersebut, kami akan duduk di atas lantai mengelilingi Teacher. Dengan khusyuk sekali kami mendengar cerita-cerita rakyat (Malay and Eng.) yang disampaikan oleh beliau dalam suasana yang santai dan bersahaja. Beberapa tahun lepas, saya mendapat tahu Cikgu Habsah telah kembali ke rahmatullah kerana sakit barah. Al-fatihah.
SRJK (Ingg) Kota... di sinilah bermulanya satu episod baru dalam hidup. Di sinilah saya mula belajar mengenal A-B-C-1-2-3-alif-ba-ta-, membaca, menulis dan mengira...
Walaupun, kami memasuki darjah 1 sudah 45 tahun berlalu, memori indah itu terus terpahat dalam ingatan - langkah pertama menuju kejayaan ... terima kasih Cikgu....
Foto : 6 Blue (1974) bersama Class Teacher : Mr. Chong Sam Chong...
Sunday, March 2, 2014
4 DEKAD BERLALU...
1974 - 2014....
Alhamdulillah, dengan perancangan Yang Maha Esa, kami dipertemukan.
Sesuatu yang tidak dijangka walaupun sudah lama tersimpan hasrat di hati saya untuk bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang telah lama terpisah. Bermula dengan coretan dalam blog, intai melalui FB.... dan akhirnya dengan izin Allah, selepas terbinanya grup 69/74 via WA, tidak sampai satu minggu kami berjaya 'dikumpulkan dan ditemukan'. Alhamdulillah.
![]() |
| STD. 6 BLUE 1974 |
![]() |
| Std. 6 Red 1974... baris kedua 3 dari kanan... HALIZA HUSSIN |
Kemajuan teknologi berserta dengan keizinan-Nya, kami telah 'ditemukan' walaupun sekadar di alam maya.
Hari ini 2 Mac, dua pertemuan berjaya direalisasikan. Satu di Putrajaya dan satu lagi di Kota Bharu.
![]() |
| wajah cute Nik Azmi...1974 |
Saya dan Nik Azmi berkumpul di rumah Liza di Presint 18, Putrajaya. Inilah kali pertama kali bertemu begini selepas tamat sekolah rendah 40 tahun yang lalu.
Za, terima kasih atas kesudian Za menjemput kami bertamu, bersarapan nasi kerabu dan laksam; membuka cerita silam yang selama ini menjadi tanda tanya di minda... semuanya terjawab dan terlerai dalam suasana ceria, riang tawa disulami genangan air mata tanda gembira....
Za, terima kasih atas kesudian Za menjemput kami bertamu, bersarapan nasi kerabu dan laksam; membuka cerita silam yang selama ini menjadi tanda tanya di minda... semuanya terjawab dan terlerai dalam suasana ceria, riang tawa disulami genangan air mata tanda gembira....
Azman, Lah Sabri, Kamaruddin, Zanita, dan... pula berkumpul di rumah Nab di Taman Guru, KB sambil menziarahi suami Nab. Dalam ruang waktu yang padat, Nab dengan tangan terbuka menjemput dan mengalu-alukan kehadiran mereka. Nab, semoga kita dapat berkumpul lagi dengan rombongan yang lebih besar.
![]() |
| Azman, Abdullah Sabri dan Kamaruddin... |
Sahabat, semoga Allah memberi kesempatan kepada kita semua untuk bertemu ramai-ramai, bertukar cerita zaman persekolahan yang indah dan berkongsi kisah keluarga yang bahagia....Insya-Allah.
Terima kasih Allah. Terima kasih sahabat semua.
Saturday, February 8, 2014
SURATAN ATAU KEBETULAN
Kita sering bertemu dengan peristiwa yang kita anggap sebagai kebetulan dan kita akan sering berkata "tidak sangka......". Pada hakikatnya, semua yang terjadi itu merupakan perencanaan Pencipta kita Yang Maha Agung.
Kisah yang kecil tetapi sangat signifikan.
Tengah hari tadi usai makan tengah hari di rumah Kak Ha dan Abe Him, kami sempat berbual-bual dengan menantu baru Kak Ha dan Abe Him, AJWAD yang baru seminggu bergelar suami kepada DIK SUE @ SUWAIBAH BT. AWANG, puteri kepada besan saya, ....
Daripada sembang santai itu, rupa-rupanya Atok kepada Ajwad merupakan jiran kami yang dekat semasa kami menetap di Taman Sri Watan (1989 - akhir 1991) Tuan Haji Abu Bakar, yang dipanggil Tok Bah oleh Ajwad merupakan Imam di Surau Taman Sri Watan. Rumah saya di Jln Watan 9, manakala rumah Tn. Hj Abu Bakar di Jalan Watan 11 - susunan jalan @ lorong mengikut angka ganjil. Rumah saya berhadapan dengan Tadika Seri Desa, manakala rumah Atuk Ajwad beralas dapur dengan Tadika Seri Desa. Tadika ini diusahakan oleh Kak Siti @ kini dikenali sebagai Puan Sri Siti Juliana, isteri kepada Tan Sri Abdul Aziz Yusoff. (Pengerusi SPR sekarang).
![]() |
| Emi bersama murid Tadika Seri Desa bergambar berlatarbelakangkan rumah Tn. Hj Abu Bakar, 1992... |
Tn. Haji Abu Bakar pernah mengetuai majlis cukur jambul anakanda SITI NADIAH yang dilahirkan pada akhir Julai 1989, hampir 25 tahun yang lalu.
![]() |
| Anakanda SITI NADIAH ketika berusia sebulan lebih... |
Ketika Ajwad sekali-sekala balik bertandang ke rumah Atuknya di Jalan Watan 11 dan berulang-alik berjalan kaki ke Pasar Raya Watan, ketika itu saya sekeluarga telah berpindah ke Taman Seri Ampang, kawasan kejiranan Taman Seri Watan mulai akhir 1991...
Siapa sangka, AJWAD B. ZULQARNAIN cucunda kepada Tn. Hj Abu Bakar ini kini menjadi biras kepada anakanda kami MOHD FAHMI B. NAIN apabila kedua-duanya menjadi menantu kepada TN. HJ AWANG @ ABE HIM dan KAK HA...
Semua kejadian yang berlaku sesungguhnya sudah tertulis di Luh Mahfuz....Kita hanyalah pelaku yang menjadikan perancangan Allah s.w.t menjadi realiti.
Thursday, February 6, 2014
HANNAN SUDAH ADA KAWAN
Hari ini, KHAMIS, 6 FEBRUARI 2014
bersamaan
6 RABIULAKHIR 1435 Hijriah.
Alhamdulillah, tepat pukul 3.58 petang tadi, saat yang ditunggu-tunggu sejak semalam tiba jua.
Anakanda NURUL AINA selamat melahirkan seorang lagi puteri di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT.
Dengan hadirnya puteri kecil ini,
bermakna Hannan sudah mempunyai adik yang akan menemaninya main masak-masak....
Anakanda NURUL AINA selamat melahirkan seorang lagi puteri di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT.
Dengan hadirnya puteri kecil ini,
bermakna Hannan sudah mempunyai adik yang akan menemaninya main masak-masak....
Tahniah anakanda MOHD FAHMI dan NURUL AINA atas kehadiran puteri yang kedua dalam keluarga anakanda.
Semoga Allah terus melimpahkan kasih sayang buat anakanda sekeluarga dan sentiasa berada
dalam perlindungan-Nya.
Insya-Allah.
Alhamdulillah.
Semoga Allah terus melimpahkan kasih sayang buat anakanda sekeluarga dan sentiasa berada
dalam perlindungan-Nya.
Insya-Allah.
Alhamdulillah.
Sunday, February 2, 2014
Bertemu Cinta Hati...
Terkenang akan keletahnya yang makin galak, rindu menjadi semakin sarat. Jarak dan ruang waktu tidak mengizinkan kami kerap bertamu untuk bertemu Hannan. Hanya gambar yang dititip bisa mengubat rindu yang sering bersarang di hati kami.
Dini hari awal Februari yang nyaman. Usai solat Subuh kami terus bertolak ke Banggol Peradong, buat memenuhi undangan majlis kesyukuran sempena perkahwinan Dik Sue, puteri kepada besan kami, Abe Him dan Kak Ha. Tidak sabar rasanya untuk sampai ke sana. Di sana, ada Cintahati kami... Hannan, Emi dan Na.... Ingin cepat-cepat kuleraikan rindu ini, tak terdaya lagi hendak kukendung.
Seperti yang dijangka, saat awal pertemuan, Hannan susah untuk kami dekati....kami amat faham dan sentiasa bersedia, inilah hakikat yang perlu kami terima. Sabarlah wahai hati.
Rindu kami terlerai jua akhirnya pabila melihat kelibat Hannan dan mata bertemu mata, biarpun belum boleh dipangku, dipeluk dan dicium....
Dalam keriuhan majlis yang meriah itu, dapat juga kupujuk Hannan untuk berada di sampingku. Duduk di atas ribaanku, bergurau senda buat seketika sambil melayan keletahnya.
Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan Cintahati kami, tetapi kami terpaksa beredar juga ketika matahari sudah mula condong ke barat. Kami meninggalkan BP tatkala Hannan diulit mimpi siang hari yang indah di bilik peraduannya.
Pastinya seperti ada yang tertinggal di sana....
Wednesday, January 29, 2014
27 TAHUN YANG BERLALU
Kenangan 29 JANUARI 1987....
Setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina yang jatuh pada akhir Januari, ingatan pasti singgah pada kenangan 27 tahun yang lalu. Dalam tempoh 27 tahun dari 1987 - 2014, Tahun Baharu Cina bermula seawal 22 Januari (2004) dan paling lewat pada 19 Februari (1996). Dalam tempoh tersebut, Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 4 hari terakhir bulan Januari (antara 28 - 31hb) adalah pada tahun-tahun berikut :
TAHUN
|
TARIKH
|
1987
|
29
Januari
|
1995
|
31
Januari
|
1998
|
28
Januari
|
2006
|
29
Januari
|
2014
|
31
Januari
|
Masih segar dalam ingatan saya, pada pagi cuti umum sempena Tahun Baharu Cina 1987 kami dikejutkan dengan berita pemergian Ayahanda Mentua, MAMAT BIN TAHIR @ Tok Ngulu Pok Mat atau kami anak cucu memangilnya dengan Che' Pok Mat. Che' kembali ke rahmatullah beberapa bulan selepas menjalani pembedahan membuang kaki kirinya sehingga paras betis akibat diabetes yang dialami sejak usia mudanya.
Che' pergi ke alam abadi mengadap Penciptanya dengan tenang di pangkuan Mek pada dini hari 29 JANUARI 1987 yang dingin dan sunyi, tanpa anak-anak di sisi...Ketika itu, kami bersama putera sulung, MOHD FARIS NAIN yang baru berusia 6 bulan dan seorang pembantu rumah, Kak Moh menetap di Taman Seri Pengkalan Chepa berhadapan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail, KB; Arwah Abg Aziz & Arwah Kak Tie sekeluarga menetap di KL; Abg Mie & Kak Ju sekeluarga di Felda Sebertak, Pahang; Pok Teh & Inie sekeluarga di Tampin; Aynun yang baru lebih kurang 2 bulan mendirikan rumah tangga berada di Pdg Mandul, dalam daerah Tumpat...dan Arwah Kak Mah sekeluarga yang tinggal di seberang jalan Market Square Bt. 8 hanya beberapa meter sahaja dari rumah Che' pun tidak sempat bersama Che' pada detik-detik akhir hayatnya.
Inilah ketentuan daripada-Nya yang telah tercatat di Luh Mahfuz dan kami semua redha dengan takdir ini.
Menurut cerita Mek, beberapa petang sebelumnya, Che' masih sempat bersiar-siar di pekarangan Market Square Bt. 8 dengan kerusi rodanya. Kadang-kala ditemani oleh cucundanya, Idi.
Che' pergi ke alam abadi mengadap Penciptanya dengan tenang di pangkuan Mek pada dini hari 29 JANUARI 1987 yang dingin dan sunyi, tanpa anak-anak di sisi...Ketika itu, kami bersama putera sulung, MOHD FARIS NAIN yang baru berusia 6 bulan dan seorang pembantu rumah, Kak Moh menetap di Taman Seri Pengkalan Chepa berhadapan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail, KB; Arwah Abg Aziz & Arwah Kak Tie sekeluarga menetap di KL; Abg Mie & Kak Ju sekeluarga di Felda Sebertak, Pahang; Pok Teh & Inie sekeluarga di Tampin; Aynun yang baru lebih kurang 2 bulan mendirikan rumah tangga berada di Pdg Mandul, dalam daerah Tumpat...dan Arwah Kak Mah sekeluarga yang tinggal di seberang jalan Market Square Bt. 8 hanya beberapa meter sahaja dari rumah Che' pun tidak sempat bersama Che' pada detik-detik akhir hayatnya.
Inilah ketentuan daripada-Nya yang telah tercatat di Luh Mahfuz dan kami semua redha dengan takdir ini.
Menurut cerita Mek, beberapa petang sebelumnya, Che' masih sempat bersiar-siar di pekarangan Market Square Bt. 8 dengan kerusi rodanya. Kadang-kala ditemani oleh cucundanya, Idi.
Sebenarnya, pada pagi itu kami sedang bersiap-siap untuk balik bertemu Che' dan Mek yang telah sebulan tidak dijenguk. Kesibukan tugas dalam beberapa minggu pertama awal tahun 1987, tidak mengizinkan kami untuk mencuri masa balik menjenguk Che' dan Mek.
Sehari sebelum itu, saya balik ke rumah Mama di Kg Kota selepas sekolah kerana pada cuti umum sempena TBC kami berhajat untuk balik ke Bt. 8 Batang Merbau,Tanah Merah untuk menemui Mek dan Che' yang telah sebulan tidak ditemui. Dalam perjalanan pulang dari Kota ke Pengkalan Chepa, saya menyatakan hasrat saya kepada suami untuk membawa Che' bermalam di rumah kami buat seketika bertukar angin.
Sehari sebelum itu, saya balik ke rumah Mama di Kg Kota selepas sekolah kerana pada cuti umum sempena TBC kami berhajat untuk balik ke Bt. 8 Batang Merbau,Tanah Merah untuk menemui Mek dan Che' yang telah sebulan tidak ditemui. Dalam perjalanan pulang dari Kota ke Pengkalan Chepa, saya menyatakan hasrat saya kepada suami untuk membawa Che' bermalam di rumah kami buat seketika bertukar angin.
![]() |
| Che' menghabiskan banyak waktunya kedai makan milik Kak Mah |
27 tahun yang lalu, pada hari cuti umum sempena TBC itu, ketika pagi masih awal lagi, tiba-tiba kami mendengar salam daripada seseorang dan saya amat mengenali suara itu. Papa. Hati tertanya-tanya mengapakah Papa datang pada waktu begini. Pasti ada berita penting untuk disampaikan. Ketika itu, rumah kami belum ada telefon untuk dihubungi kerana masih dalam proses mendapatkan talian pemasangan. Papa hadir pada pagi yang dingin itu dengan satu berita yang payah untuk diterima. Berita pemergian Che' dimaklumkan kepada Papa oleh keluarga di Bt. 8 melalui telefon rumah di Kota.
Hasrat yang tersimpan untuk membawa Che' ke rumah kami di PC itu hanya tinggal impian, terus terpendam tidak kesampaian dan pastinya akan diingati sampai bila-bila setiap kali menjelang akhir JANUARI....Al-fatihah.
Hasrat yang tersimpan untuk membawa Che' ke rumah kami di PC itu hanya tinggal impian, terus terpendam tidak kesampaian dan pastinya akan diingati sampai bila-bila setiap kali menjelang akhir JANUARI....Al-fatihah.
Kali terakhir kami bertemu Che' adalah pada 25hb Disember 1986. Ketika itu, Che' sedang dirawat di hospital Daerah Tanah Merah kerana diabetes. Keluar masuk hospital merupakan rutin Che' setiap tahun. Kami sempat berbual-bual tetapi tidak lama kerana keadaan di dalam wad tidak mengizinkan kami berlama-lama. Abe yang baru berusia 6 bulan ditinggalkan di luar wad bersama-sama Kak Moh.
Kini, 27 tahun sudah berlalu. Menurut Mek, Che' dipanggil Ilahi ketika usianya mencecah pertengahan 50'an, agaknya dalam lingkungan 56 atau 57 tahun. Menurut Mek, usia Che' ketika itu baru melepasi usia persaraan sekiranya Che' bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Ketika itu, saya baru setahun lebih menjadi menantu Che'.
![]() |
| Mek bersama 4 drp 8 orang cucunya ketika itu, beberapa bulan selepas pemergian Che' |
Che' pergi meninggalkan Mek, 2 orang puteri dan 4 orang putera yang semuanya sudah berkeluarga; serta 8 orang cucu yang masih kecil, iaitu Pira, Idi, Ani, Epi, Adah, Zila, Abe, dan Sarah yang ketika itu baru melepasi usia satu bulan. Pada tahun 1987 juga, selepas beberapa bulan kembalinya Che' menemui Ilahi, lahirlah Emi, Tihah dan Muiz.
Kenangan istimewa saya bersama Che' ialah, Che' hadir pada hari konvokesyen bakal menantunya ini pada 10 OGOS 1985 dan kami sempat bergambar kenangan bersama Papa di dataran DTC, UM. Saya menjadi ahli keluarga Che' secara rasmi pada 19 SEPTEMBER 1985.
![]() |
| Che' berkain pelekat di Dataran DTC, UM - 1985 |
![]() |
| di pusara Che' satu dekad selepas pemergiannya... |
Mek pula yang bertahun-tahun dalam kerinduan dan kesunyian, menyusul pemergian Che' ke destinasi abadi pada 2 MEI 2013 ketika rakyat Malaysia bersiap-siap untuk keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU ke-13. Al-fatihah buat Che' dan Mek.
![]() |
| Mek mengayam rindu buat yang tersayang nun jauh di mata.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)










































