sepanjang jalan pulang
Walaupun kita mengembara ke seluruh dunia untuk mencari keindahan, kita harus membawa keindahan itu dalam diri kita; sekiranya tidak, kita pasti tidak akan menjumpainya...
Tuesday, January 12, 2021
PKP 2021
Saturday, January 2, 2021
Bermulalah fasa baharu 2121
Hari ini, 2.1.21, secara rasmi tibalah saatnya.. Bermulalah fasa baharu sebagai pesara penjawat awam.
Alhamdulillah, berakhir sudah perkhidmatan selama 34 tahun 7 bulan...
Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan, kesihatan yg baik serta ilham yg tak pernah putus kepada hamba-Nya yg serba kekurangan ini dlm melunaskan tanggungjawab sebagai pendidik dlm tempoh tersebut.
Terima kasih yg tidak terhingga buat ahli keluarga terdekat yg sentiasa memberi sokongan, sabar walaupun sentiasa bekerja di luar waktu pejabat dan sentiasa ada di sisi dalam apa-apa jua keadaan sekalipun.
Buat semua sahabat dan anak-anak didik, terima kasih dan setingi-tinggi penghargaan atas ucapan serta doa. Kalian sentiasa dalam ingatan. Insya-Allah.
#I❤️SMKAhmad, Pekan
#I❤️SMKPuteri, KB
#I❤️SMKTaman Maluri, KL
#I❤️SMKJengka2, Maran
#I❤️SMKSultanIsmail, KB
#I❤️SMJKTanahPuteh, Kuantan
1986 - 2020 terpatri banyak kenangan indah. Syukur alhamdulillah, Ya Rabb.
Friday, January 1, 2021
TAHUN BAHARU 2021_FASA BAHARU
Tahun baharu 2021
Fasa baharu
Jumaat pertama
Jalan-jalan cari makan, selepas sekian bulan bertapa...
Merakamkan kenangan pada hari pertama tahun 2021, sehari sebelum bergelar YB
Thursday, December 31, 2020
Selamat tinggal 2020
31 Disember 2020 - hari terakhir sebagai penjawat awam.
34 tahun 7 bulan sebagai pendidik, tiba waktunya aku berundur pergi..
Selamat tinggal SMJK Tanah Puteh
Biarlah foto yang berbicara...
Thursday, December 17, 2020
Sunday, December 13, 2020
Sunday, May 5, 2019
Timun Betik Menggamit Kenangan
"kalau nak makan timun betik, datang ke rumah Bonda".Rasanya hanya kami tiga beradik sahaja yang suka makan timun betik... Saya, Kakak sulung dan Noni. Adik-adik yg lain rasanya tak makan dan tak kenal pun timun betik ni. Suami sendiri pun tak pernah makan. Katanya tak ada di kampungnya di Batang Merbau Bt. 8, TM. Betul ke...hahaha?Anak-anak sekarang dalam kalangan Gen Y dan Gen X lagilah tak kenal.
Tapi lagi best kalau disejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Buah timun betik
Santan
Air nise / rincisan nise
Ais
Cara-cara
Potong buah kecil kecil, masukkan santan dan nise. Enak dimakan bila dicampur ais.
Friday, May 3, 2019
Balik Kampung Sambut Ramadan....
Wednesday, May 1, 2019
MENGIMBAU KENANGAN JURUHEBOH PADA HARI BURUH
CUTI HARI BURUH @ PEKERJA
Hari ini, 1 MEI 2019, RABU - cuti umum sempena Hari Pekerja. Saya tidak merancang untuk ke mana-mana.... Santai dan berehat di rumah melayan cucuanda Mikhail sambil menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.
Mogok Haymarket 1886 di Chicago, Illinois
|
Friday, April 26, 2019
RAIKAN GURU 2019 : KEMBAR SANTAI
Satu lagi selepas bacaan ikrar keramat Hari Guru yang saban tahun dilafazkan, kami menyanyikan lagu GURU MALAYSIA dengan penuh jiwa.
https://najmi-faiq.blogspot.com/2019/04/tema-hari-guru-dan-lirik-lagu-kami-guru.html
Tiada lagu tema Hari Guru, penganjur gantikan dengan lagu yang sangat bermakna dan menusuk kalbu...
"Biarku Menjadi Lilin" Pelangi
https://www.youtube.com/watch?v=W2-SBimSAfk
Yang paling best ... prinsip Pengerusi Kelab Staf dan AJK 2019 tidak mahu menyusahkan guru pada hari meraikan guru ini. Tiada persembahan mengikut bidang sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Jadi KB tak perlu fening memikirkan konsep persembahan dan latihan....
Sebaliknya, guru-guru dihiburkan dengan nyanyian oleh 'penyanyi residens' yang rupa-rupanya ramai yang berbakat besar di SMJKTP...
Syabas tim Kelab Staf 2019
Aksi berdasarkan Lagu yang dipersembahkan oleh murid Tingkatan 1 di bawah bimbingan Pn. Jannah juga sangat menghiburkan dan terkesan di jiwa.
https://www.facebook.com/KTCHidayah/videos/278911909656583/UzpfSTEwMTI1NjU1NzA6MTAyMTU3OTg1MzM4MDg5NTA/
sedikit tanda ingatan, semoga berbekas di hati.... |
Wednesday, April 24, 2019
Kejohanan Sukan Tahunan Acara Padang & Balapan kali ke-50
2016 - Malam Juara kali ke-4 di Stadium Darul Makmur |
JUARA KALI KE-5 - 2017 di Stadium Mini UIAM |
JUARA KALI-6 -2018 di Stadium Darul Makmur |