Friday, May 18, 2018

HARI GURU 2018

Catatan pada malam penghulu hari yang nyaman....


Dua hari lepas, 16 MEI 2018, seluruh warga pendidik telah menyambut Hari Guru 2018. Sedar tak sedar, tahun ini merupakan kali ke-33 saya menyambut Hari Guru setelah bergelar Cikgu.




SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar guru... yang pernah dipanggil cikgu, teacher, sir, ustaz, ustazah dan sebagainya oleh anak didik mereka.... 
Teristimewa ucapan ini ditujukan khas buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku tanpa jemu dan penuh ikhlas... cikgu-cikgu di SRJK (I) Kota, KB (1969 - 1974), di SM Kota, KB (1975 - 1977) dan di Maktab Sultan Ismail (SIC), KB (1978 - 1981).

Tidak lupa, ucapan ini juga ditujukan kepada semua insan yang telah menjadi tempat untuk saya berguru dan mendapatkan tunjuk ajar di sepanjang jalan pulang... sama ada yang berlaku secara langsung ataupun tidak langsung.

Jasamu akan kukenang selagi hayat dikandung badan....terima kasih, Cikgu. Terima kasih, semua.


Selamat Hari Guru juga saya tujukan khas buat Kakanda saya CIKGU ROSLENA BT.JUSOH dan adinda saya, CIKGU NORBANILAWATEY BT. JUSOH; sanak saudara yang bergelar guru, semua rakan seperjuangan di seluruh pelosok tanah air, tidak kira sama ada yang bertugas di bandar ataupun nun jauh di pedalaman Gua Musang atau di Sabah dan Sarawak....!

Nostalgia Hari Guru beberapa tanun lepas...


Hari Guru 2013...
Pasti saban tahun akan ada getar di jiwa kita setiap kali melafazkan ikrar dan ketika menghayati bait-bait lirik lagu 'GURU MALAYSIA'.
"...amanat yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan... tunai tetap kami tunaikan..."
Di SMKTP, sambutan Hari Guru di peringkat sekolah adakan awal sehari, iaitu pada 15 MEI 2018 kerana bimbang bertembung dengan tarikh bermulanya 1 Ramadan. 

Atur acaranya tetap sama sebagaimana tahun-tahun lepas.... membaca perutusan, ucapan, persembahan, penyampaian cenderamata dan makan-makan, kemudian diikuti dengan sukaneka.   



Selamat Hari Guru 2018.


semoga masih diberi kesempatan untuk menyambutnya pada tahun-tahun yang mendatang....

No comments: