Buat tatapan rakan-rakan yang ingin tahu kisah di sebalik pembinaan tali air Rancangan Pengairan Kemubu (RPK).... yang hampir muflis...!
Sambungan sembang-sembang pagi di kantin...
Antara cerita silam yang dikongsi di meja makan dua pagi yang lalu ialah nostalgia mandi sungai dan juga bermain di tali air. Kawan-kawan semua terkejut apabila saya menjelaskan bahawa pembinaan tali air di bawah Rancangan Pengairan Kemubu (RPK) sebenarnya dilaksanakan oleh Syarikat Kien Huat, milik Lim Goh Tong....Lalu, saya pun mulalah bercerita secara ringkas tentang kisah di sebalik pembinaan tali air di kampung saya 40 tahun yang lalu....
Dalam buku "Cerita Saya" @ My Story dicatatkan bahawa seluruh keuntungan daripada projek ini dilaburkan oleh LGT untuk membina Genting Highland pada peringkat awal pembinaannya.
KAMPUNG KEMUBU terletak di tebing Sungai Kelantan, 30km dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah KADA. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan air ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian KADA.
Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan di sebalik pembinaan Rancangan Pengairan Kemubu oleh KIEN HUAT, syarikat milik Tan Sri Lim Goh Tong .... mungkin ada yang sudah membacanya, mungkin juga masih ramai yang belum tahu kisah ini ....
RANCANGAN KEMUBU : NYARIS MUFLIS
(dikongsi daripada "Cerita Saya" @ "My Story", Lim Goh Tong, 2004)
RANCANGAN PENGAIRAN KEMUBU, yang kedua terbesar di Malaysia selepas Rancangan Pengairan Muda di Kedah, dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dengan pinjaman RM30 juta daripada Bank Dunia untuk membolehkan para petani menanam dua kali setahun di 47,000 ekar tanah padi di Kelantan.
Kien Huat memenangi kontrak itu dengan tawaran RM54 juta, RM10 juta lebih rendah daripada tawaran RM64 juta saingan terendah. Keputusan tender mengejutkan semua orang termasuk saya. Sejenak saya terfikir mungkin saya tersilap perkiraan, tetapi selepas itu saya yakin semula bahawa tawaran saya itu wajar.
Ramai orang dalam bidang perniagaan yang sama mentertawakan 'nasib malang' saya dan meramalkan saya akan mengalami kerugian teruk dalam projek itu. Saya tidak gentar. Ejek ketawa mereka saya jadikan daya pendorong untuk berjaya dan membuktikan mereka silap.
Projek itu rumit, memerlukan pembinaan rangkaian kira-kira 570KM tali air yang silang menyilang. Lebih daripada sembilan juta hela padu tanah perlu digali dan 2,000 struktur konkrit bertetulang perlu dibina untuk mengubah haluan air ke sawah-sawah padi. Selain itu, kami perlu membina lebih daripada 200 jambatan yang menggunakan kira-kira 20,000 kaki paip konkrit yang garis pusatnya dari tiga hingga enam kaki.
Berdasarkan perkiraan saya, mungkin sekali saya mendapat untung RM3 juta daripada projek itu; jumlah ini akan membantu membiayai projek tempat peranginan Genting, usaha impian saya yang telah saya mulakan pada tahun 1965.
Dirundung Masalah :
Kerja bermula pada 1 Ogos 1968 setelah kontrak bagi projek itu ditandatangani. Sebuah firma Perancis, Sogreah, menjadi perunding projek. Dalam bulan-bulan berikutnya, projek ini dirundung masalah : kelewatan pemerolehan tanah oleh kerajaan; pencurian alatan dan bahan dari tapak kerja; banjir teruk kerana hujan monsun; dan peristiwa 13 Mei. Kerja-kerja menjadi lambat sekali.
Semua masalah ini bererti kerugian RM5 juta di akhir tahun pertama dan kesempitan wang tunai yang serius. Ketika saya hampir muflis, seorang wira telah datangmenyelamatkan saya. Encik Chin Sophonpanich, yang ketika itu merupakan pengerusi Bangkok Bank, memberi saya overdraf. Sewaktu krisis memuncak, akaun overdraf saya dengan Bangkok Bank dalam keadaan debit RM5 juta. Saya amat berterima kasih kerana Encik Chin memberi saya sepenuh kepercayaan. Tanpa pertolongan beliau, tidaklah mungkin saya mengelakkan kemuflisan.
Krisis Keyakinan :
Selain masalah alir tunai, saya juga terpaksa menangani krisis keyakinan. Disebabkan terhalang oleh masalah-masalah yang tidak dijangka, kerja berjalan begitu lambat sehingga di akhir tahun pertama Kien Huat hanya dapat menyiapkan 5% daripada projek. Tidak dapat tidak, Jabatan Kerja Raya dan para perunding projek tidak senang hati dan mula hilang keyakinan kepada saya. Para perunding, terutamanya, tidak bersikap waras. Dalam dua bulan berikut, mereka asyik menghantar surat-surat amaran kepada saya, mengatakan saya bertanggungjawab atas akibat-akibat kelewatan dan mengugut akan mengambil tindakan menamatkan kontrak saya.
Keadaan meruncing apabila, dalam satu hari sahaja, iaitu 19 OGOS 1969, saya telah menerima 29 pucuk surat berdaftar, semuanya dengan kandungan yang sama: mereka akan mendakwa saya dan menjadikan saya muflis. Saya tidak tersabar lagi; saya membuat keputusan untuk menyerang balas.
Dengan permintaan saya, ketua jurutera projek dari Sogreah memanggil mesyuarat pada pukul 10 pagi, 29 OGOS 1969. Saya menghadiri mesyuarat itu bersama-sama pengurus saya Wong Yong Chak. Terdapat kira-kira sedozen lagi hadir, termasuk ketua jurutera projek, pengurus besar Sogreah dan pegawai-pegawai kerajaan.
Saya memberitahu mesyuarat dengan tegas bahawa tiada gunanya menghantar kepada saya surat-surat berdaftar dengan kandungan yang sama. Semuanya sudah saya campakkan ke dalam bakul sampah. Malah saya berkata bahawa jika mereka ingin menamatkan kontrak saya, ambillah peguam untuk mendakwa saya. Setelah saya menerima surat peguam mereka, esoknya juga saya akan melancong keliling dunia, kemudian pulang lalu mendakwa pihak berkuasa.
Seterusnya saya menyatakan dengan terperinci masalah yang telah saya hadapi. Saya menegaskan bahawa pemerolehan tanah merupakan masalah terbesar. Di 16 lokasi, Kerajaan tidak dapat menyerahkan tanah pada masa yang ditetapkan dalam jadual kerana penghuninya menentang pemerolehan. Akibatnya, mesin dan pekerja-pekerja saya tidak dapat bergerak meneruskan kerja. Hal ini bukan sahaja melambatkan projek malah juga menyebabkan saya menanggung kerugian wang yang besar. Semua ini disokong dengan dokumen. Oleh itu, tidak adil sama sekali menyalahkan saya, sehingga ada yang tergamak berkata saya tidak akan dapat menyiapkan projek ini dalam 30 tahun.
Saya juga menegaskan bahawa pada saat tersebut, yang penting bukanlah memastikan siapa yang bersalah, tetapi mencari penyelesaian bagi masalah ini. Saya meminta tempoh 6 bulan untuk membuktikan keupayaan saya. Jika dalam tempoh itu saya hanya dapat menyiapkan 5 atau 6 % daripada projek itu, saya tidaklah akan menyimpan dendam jika mereka mendakwa dan menjadikan saya muflis. Mereka menerima permintaan saya setelah saya mengemukakan kes yang kukuh menyokongnya.
Perubahan Reka Bentuk :
Spesifikasi projek KEMUBU menghendaki pembinaan lebih daripada 2,000 pintu percabangan untuk menyalurkan air. Struktur-struktur konkrit ini beratnya sampai 80 tan bagi yang besar dan 20 tan bagi yang kecil. Saya rasa struktur-struktur ini telah direkabentuk terlalu besar kerana tiap satu hanya dikehendaki mengendalikan aliran dua kaki air. Pada perkiraan saya, pintu-pintu percabangan yang beratnya 12 tan dan 8 tan masing-masing akan menjalankan fungsi tersebut dengan berkesan. Dalam cadangan saya kepada para jurutera perunding, saya menegaskan juga betapa banyaknya kos dan masa dapat dijimatkan dengan mengubah reka bentuk menjadi lebih kecil.
Hujah saya meyakinkan mereka dan mereka meluluskan cadangan saya. Saya pun dengan tidak berlengah-lengah terus membawa masuk mesin-mesin dan kelengkapn berkenaan. Struktur2 yang lebih kecil itu membolehkan pembikinan di tapak. Berbeza daripada struktur2 asal yang begitu besar dan perlu diangkat dengan susah payah serta dikendalikan dengan kelengkapan berat, struktur2 kecil itu mudah diangkat dengan kren untuk dipasang. Perubahan itu menghasilkan cara kerja yang jauh lebih mudah dan cepat serta menjimatkan kos sebanyak RM4 juta untuk Kerajaan.
Satu Lagi Cadangan Yang Menjimatkan :
Projek itu juga menghendaki pembinaan lebih daripada 200 batang jambatan, tiap satu 7 kaki tebalnya. Oleh sebab tidak ada lalu lintas kenderaan berat ke kawasan itu, saya telah mencadangkan kepada para jurutera perunding supaya tebal jambatan itu dikurangkan menjadi 3 kaki. Cadangan saya kemudiannya dihantar dan diluluskan oleh ibu pejabat Sogreah di Perancis. Perubahan reka bentuk itu menjimatkan kira-kira RM7 juta untuk Kerajaan.
Perubahan2 yang saya cadangkan itu menjadikan kerja-kerja jauh lebih cepat. Tidak sampai 4 bulan daripada tempoh 6 bulan yang diberi, saya telah menyiapkan lebih daripada 320 km tali air, kira-kira 1,000 pintu percabangan dan 100 batang jambatan lagi, iaitu kira-kira 60% daripada seluruh projek itu.
Pada pukul 10 pagi, 24 DISEMBER 1969, suatu mesyuarat diadakan. Selain saya dan pengurus saya Wong Yong Chak, kira-kira 20 orang yang hadir termasuklah ketua jurutera dan pengurus besar Sogreah, dua orang pengarah Bank Dunia, Ketua Pengarah Kementerian Pertanian Khoo Yang dan pegawai2 kerajaan lain.
Dalam ucapan beliau yang mengambil masa 90 minit, ketua jurutera Perancis yang telah mencemuh saya dan mengugut saya hendak menamatkan kontrak saya hanya 4 bulan dahulu, kini menyatakan rasa kagumnya melihat projek itu maju demikian pesatnya dan memberi saya pujian melangit. Malah beliau menyanjung prestasi saya sebagai pencapaian yang mengharumkan nama Malaysia.

Apabila sampai giliran saya berucap, saya berkata secara jenaka bahawa sekiranya mereka membawa saya ke mahkamah dahulu, pasti saya pergi berkaki ayam kerana seorang muflis tidak boleh berkasut. Tentu juga saya mempertahankan diri dengan tegas, menyalahkan Kerajaan terang-terang kerana kelewatan dalam pemerolehan tanah yang telah menghalang saya daripada memulakan kerja pada masa yang dijadualkan. Selepas itu, saya pun memohon izin daripada hakim untuk memanggil peguam saya. Hakim bertanya mengapa saya memerlukan peguam sedangkan sudah jelas saya akan memenangi kes itu. Saya menjawab bahawa kerana saya yakin akan menang, saya telah berpesan kepada peguam saya supaya membawakan sepasang kasut emas; dapatlah saya berlagak ketika melangkah keluar dari mahkamah. Semua orang tertawa dan bertepuk memberi saya penghargaan.
RANCANGAN PENGAIRAN KEMUBU berjaya disiapkan pada masa yang dijadualkan. Dari segi kewangan, Kien Huat bukan sahaja mengatasi kerugian dan mendapat untung kira-kira RM4 juta, tetapi juga menolong Kerajaan menjimatkan kos lebih daripada RM10 juta.
Saya bangga bahawa kerja pembinaan projek itu dijalankan sepenuhnya oleh orang Malaysia tanpa bantuan orang asing. Projek itu juga dicatatkan sebagai yang terbesar di negara ini yang dapat disiapkan menurut jadual dalam 3 tahun.
~~~~+++~~~~
"Sesungguhnya, keyakinan diri yang tinggi dan usaha yang gigih, berserta dengan doa yang berterusan, penting untuk membina kejayaan..... "
lepas ini, kisah tali air dan kenangan....
1 comment:
Terima kasih Ros kerana berkongsi maklumat yg amat berharga ini. Kita sebenarnya terhutang budi kpd LGT kerana usahanya tlh membolehkan padi ditanam secara giat bg memenuhi keperluan beras negara!
Post a Comment