Kelas berakhir pada pukul 9.50 pagi dalam perjalanan ke bilik guru, saya singgah di pejabat untuk bertemu GPK1. Ketika saya melewati pintu pejabat, seorang staf, Puan Zurina memanggil nama saya dan memberitahu bahawa pihak sekolah telah menerima panggilan daripada seseorang yang ingin bercakap dengan saya. Sudah dua kali panggilan itu diterima.
Sambil menghulurkan sekeping kertas yang mempunyai catatan ringkas, Zurina dengan bersungguh-sungguh mengingatkan saya...
"Kak Ros, telefon segera ye, Dia kata, kawan lama Kak Ros. Sudah dua kali dia telefon. Petang semalam, Kak Ros dah balik, dan pagi tadi kawan lama Kak Ros ni buat panggilan lagi... nanti dia kata saya tak beritahu pula....telefon terus, ye"
Sebaik sahaja melihat catatan ringkas itu, saya terus dapat mengagak... seingat saya, seorang sahaja sahabat saya yang bernama NIK MOHD FAUZI... sahabat saya itu anak kepada Nik Mustapha, kerani sekolah semasa kami di SRJK (I) Kota hampir 4 dekad yang lalu.... berasal dari Kg. Surau Kota. Saya pasti....
Tanpa melengahkan masa, sebaik sahaja tiba di bilik guru, tepat pukul 9.58 pagi, saya terus membuat panggilan ke nombor yang tercatat pada kertas putih itu. Alhamdulillah, panggilan saya berjawab dan kami mula menyingkap kenangan bersama rakan-rakan sekolah dahulu....
Nik Fauzi kini bertugas di KKTM Balik Pulau, Pulau Pinang setelah bersara daripada ATM....
5 comments:
Salam La ,saya terharu " I am remembered" , sudah lama tinggalkan Kg Kota... teruja nak jumpa rakan2 lama.... rambut dh putih , lutut dh longgar.... itu yang pasti
nik fauzi kktm balik pulau
ye, memang kenangan semasa zaman sekolah dulu sentiasa dalam ingatan... mungkin apabila sudah berusia begini, anak-anak sudah meningkat dewasa, ada kelapangan masa untuk kita kenangkan itu semua...
Semoga suatu hari nanti, jika dipanjangkan umur, kita semua dapat berkumpul....kirim salam pd Mrs.
sayang sekali, gambar usang ini "mengaburkan" wajah you... itu menunjukkan bahawa kita sudah semakin dimamah usia... gambar pun dah blur.... you tepi sekali sebaris dng Noor Beri, Mahasan, Mokhtar (?), Abdullah Saberi....
betul tu, saya di hujung sekali....tapi sayang dah kabur...rakan yang saya tau ialah anuar yakub di bank negara , azman di tnb manjung , kamaruddin di JKR KL , nasir bakar di RTM KL , norazma saya pernah jumpa dalam lif di kelang rasanya skg ni di subang jaya , Tg norizan di KB dan saya pernah panggil kakak kat dia sebab tak cam , Tg Midah di SK Kubang Kerian ,Tg Bakar pernah incharge karpet kuning sultan kelantan , Dr Abdullah sabri jumpa di padang hoki KB rasanya pakar bius di JB.. rasanya itu aje yg saya jumpa " sepanjang jalan pulang "
nik fauzi kktm balik pulau
Ye, Nor Azma di USJ 14. Mengajar di SK Subang Jaya, kalau tak silap. Haslin juga di Subang Jaya. Che Norizan di KB, Norhayati Abdullah (Nab) di KB juga tp tak pernah jumpa. Rosmawati Ripin di UAE jadi jururawat di sana (dpt tahu drp adik dia...) Normah Ibrahim jg jadi dan tinggal dekat dng rumah mak dia di Bt. 4, Jln K.Krai. Hasmawati kerja di SKMK.
Post a Comment