Walaupun kita mengembara ke seluruh dunia untuk mencari keindahan, kita harus membawa keindahan itu dalam diri kita; sekiranya tidak, kita pasti tidak akan menjumpainya...
Thursday, August 30, 2018
SAYONARA Mr. Choh
30 OGOS 2018 sampailah tempoh perkhidmatan Mr. Choh Ah Chin (GPK Pentadbiran, SMKTP) sebagai penjawat awam pada usia 60 tahun. Esok, 31 OGOS 2018 merupakan ulang tahun kelahiran Mr. Choh yang ke-60. SELAMAT BERSARA MR. CHOH.
Saturday, July 28, 2018
Hari ini , 28 JULAI 2018, usia Adik bertambah setahun lagi.
Ucapan SELAMAT HARI LAHIR daripada kami sekeluarga untuk Adik....
Sunday, July 1, 2018
PUDING HIASAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, halaman 1241, PUDING membawa maksud :
I. sejenis tumbuhan (pokok kecil);
II. sejenis hidangan manis dan lembut yang dibuat daripada pelbagai bahan seperti tepung, susu, telur, gula, dan buah-buahan.
PUDING HIASAN, atau nama botaninya ialah CODIAEUM VARIEGATUM merupakan sejenis pokok renek yang dijadikan tumbuhan hiasan kerana daunnya yang berwarna-warni. Suatu ketika dahulu di rumah Mama banyak terdapat pokok puding ini. Saya ada juga tanam pokok puding ini di sudut laman berhampiran telaga D'LAvender, rumah saya di Parit Cina.
Pokok puding hidup subur di kawasan beriklim panas dan lembab. Warna daunnya ialah campuran warna-warna kuning, hijau, dan merah berbintik-bintik atau berbelak-belak. Warnanya bertambah cerah jika kena cahaya matahari.
Daunnya ada berbagai-bagai bentuk. Ada bentuk pepita yang panjang atau pendek dengan tepi lurus atau berkedut, hampir bulat, bujur ; ada juga yang sumbing sipi dan bentuk lelembing.
Jika musim panas terlalu kering, pokok puding hendaklah dijaga kerana pada masa itu daunnya boleh gugur. Pokok puding mesti disiram dan disungkup untuk menyelamatkannya. Pokok ini mudah diserang hamama pada musim panas.
Pokok puding perlukan tanah yang baik salirannya dan dibubuh baja cecair. Pokok puding boleh ditanam dari keratan batang. Jika keratannya direndam dalam air, ia cepat tumbuh akar dan lebih mudah hidup apabila ditanam.
Nak tambah koleksi puding di PC.....
Tuesday, June 19, 2018
Kenangan Aidilfitri yang mulia...
Alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan menyempurnakan puasa penuh pada Ramadan tahun ini. Kebetulannya pula minggu akhir Ramadan jatuh pada cuti sekolah Penggal Pertama. Seperti biasa, minggu pertama Syawal disambut bersama-sama keluarga di kampung halaman tercinta.
1 Syawal @ 15 JUN 2018 bersamaan hari Jumaat. Pagi raya kami hanya bertiga di rumah. Anak lelaki akan beraya di rumah keluarga isteri terlebih dahulu.
Rutin setiap hari lebaran, usai solat sunat hari raya, kami sekeluarga akan ke teratak Papa Mama... lepas tu balik ke Kg Batang Merbau TM, ziarah sanak saudara sebelah MIL / FIL.
Syawal ke-2, siri menziarah rumah Bonda dan Ayahanda saudara sebelah Mama... Mok Abe dan PokMuda Leh. Ini diikuti siri menjelajah sanak saudara sebelah Mama di Kg Surau Kota / Pasir Kota dan sanak saudara sebelah Papa di Kg Pendek.
Syawal ke-3, acara rutin, berkumpul di rumah Kakanda sulung di kediamannya di Lorong Tok Mandur Daud. Sesi bergambar dan bervideo kenangan berlangsung seperti biasa.
Pada sebelah petang Syawal ke-3, kami dikunjungi oleh anak-anak saudara yang balik beraya di kampung... anak-anak Allahyarham BIL dan Allahyarhamah SIL.
Semoga kami diberi kesempatan untuk berkumpul lagi pada Syawal yang akan datang.
Sunday, June 3, 2018
Pensel @ Kalam dan Kehidupan

Rasanya sudah beberapa minggu aku tidak meninggalkan catatan di sini. Bukannya terlalu sibuk, cuma ruang waktu kebelakangan ini tidak begitu mengizinkan... ada perkara lain yang perlu diberi keutamaan....
Aku baru sahaja selesai memeriksa kertas ujian 2. Aku dapati masih ramai murid T3 yang menggunakan pensel untuk menjawab soalan subjektif. Terdetik di hati untuk mencoretkan sesuatu berkait dengan PENSEL. Murid-muridku selalu berkata "takut salah dan susah untuk dipadamkan jika guna pen". Itulah jawapan mereka setiap kali apabila disuruh menggunakan pen.... Berbeza dengan zaman kita bersekolah pada zaman 70-an dahulu... kita sangat teruja untuk 'naik' sekolah menengah, kerana di sekolah menengah nanti barulah kita boleh menggunakan pen sepenuhnya untuk membuat nota atau semasa menjawab soalan....
Sebenarnya, di sepanjang jalan pulang, kita banyak bergantung kepada kebolehupayaan kita melihat sesuatu. Dalam kehidupan ini kalau kita boleh meneladani 5 kualiti yang ada pada PENSEL, kita akan sentiasa berdamai dengan diri, hidup harmoni di dunia dan berjaya mencapai banyak kejayaan dalam kehidupan.
Kualiti pertama : kita berupaya untuk mencapai banyak kejayaan besar dalam kehidupan. Dalam pada itu, jangan sesekali kita lupa akan 'Tuhan' yang membimbing takdir kehidupan kita. Tuhan sentiasa ada untuk membimbing kita dengan rahmat dan kasih sayangNya. Kita boleh merancang perjalanan dalam kehidupan tetapi setiap kali kaki kita melangkah tentu saja dengan keizinanNya. "SEUMPAMA PENSEL, YANG AKAN HANYA MENULIS JIKALAU ADA TANGAN YANG MENGGERAKKANNYA..."
Kualiti kedua : Kini dan pada bila-bila masa pun, sebaik sahaja mata PENSEL tumpul, pensel perlu dipertajamkan dengan menggunakan "sharpener". Kebolehan pensel 'menahan sakit' tatkala sedang ditajamkan, akan menjadikan pensel lebih tajam dan elok penulisannya. Sama seperti perjalanan hidup kita, kebolehan mengharungi dugaan dan cubaan dalam kehidupan akan menjadikan kita seorang insan yang sentiasa lebih baik pada masa hadapan.
Kualiti ketiga : PENSEL sentiasa ada kawan kedua, iaitu "eraser". Eraser akan bertindak segera memadamkan kesalahan yang ada. Hakikatnya, kehidupan ini penuh liku dan simpang. Memperbetulkan keadaan dan memadam kesilapan, bukanlah suatu kesalahan. Semua ini akan memudahkan kita mencari jalan yang lebih lurus dalam kehidupan.
Kualiti keempat : Apa-apa yang menjadikan PENSEL berguna bukanlah kayu luaran yang membentuk rupa wajah pensel, sebaliknya graphite di dalam pensel yang menentukan kualiti tulisan kita sama ada jelas atau tidak untuk dibaca. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memberi tumpuan kepada isian dalaman diri kita. Itulah hakikat yang asas dan paling utama dalam kehidupan.
Akhirnya, kualiti kelima : PENSEL sentiasa meninggalkan catatan terindah yang akan terus kekal untuk dibaca. Begitu juga kehidupan kita nanti... setiap perkara yang kita lakukan pasti meninggalkan bekas dan ingatan. Oleh itu, jadilah insan cemerlang yang meninggalkan tapak gemilang dalam kehidupan yang akan dikenang sampai bila-bila....
...inilah hakikat kehidupan... sekadar mengingatkan diri sendiri.....

Friday, May 18, 2018
HARI GURU 2018
Catatan pada malam penghulu hari yang nyaman....
Dua hari lepas, 16 MEI 2018, seluruh warga pendidik telah menyambut Hari Guru 2018. Sedar tak sedar, tahun ini merupakan kali ke-33 saya menyambut Hari Guru setelah bergelar Cikgu.
Dua hari lepas, 16 MEI 2018, seluruh warga pendidik telah menyambut Hari Guru 2018. Sedar tak sedar, tahun ini merupakan kali ke-33 saya menyambut Hari Guru setelah bergelar Cikgu.
SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar guru... yang pernah dipanggil cikgu, teacher, sir, ustaz, ustazah dan sebagainya oleh anak didik mereka....
Tidak lupa, ucapan ini juga ditujukan kepada semua insan yang telah menjadi tempat untuk saya berguru dan mendapatkan tunjuk ajar di sepanjang jalan pulang... sama ada yang berlaku secara langsung ataupun tidak langsung.
Jasamu akan kukenang selagi hayat dikandung badan....terima kasih, Cikgu. Terima kasih, semua.
Selamat Hari Guru juga saya tujukan khas buat Kakanda saya CIKGU ROSLENA BT.JUSOH dan adinda saya, CIKGU NORBANILAWATEY BT. JUSOH; sanak saudara yang bergelar guru, semua rakan seperjuangan di seluruh pelosok tanah air, tidak kira sama ada yang bertugas di bandar ataupun nun jauh di pedalaman Gua Musang atau di Sabah dan Sarawak....!
![]() | ||
| Nostalgia Hari Guru beberapa tanun lepas... |
![]() |
| Hari Guru 2013... |
"...amanat yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan... tunai tetap kami tunaikan..."Di SMKTP, sambutan Hari Guru di peringkat sekolah adakan awal sehari, iaitu pada 15 MEI 2018 kerana bimbang bertembung dengan tarikh bermulanya 1 Ramadan.
Atur acaranya tetap sama sebagaimana tahun-tahun lepas.... membaca perutusan, ucapan, persembahan, penyampaian cenderamata dan makan-makan, kemudian diikuti dengan sukaneka.
Selamat Hari Guru 2018.
semoga masih diberi kesempatan untuk menyambutnya pada tahun-tahun yang mendatang....
Sunday, April 1, 2018
Klinik Salsabila & Farmasi Hannan
April yang permai ini bakal bermulalah fasa baharu buat anakanda Mohd Fahmi dan Nurul Aina.
Semoga segala impian anakanda berdua menjadi kenyataan.
Boleh singgah di sini untuk ikuti perkembangan Klinik Salsabila.
https://mommyhannanbella.blogspot.my/
Subscribe to:
Posts (Atom)