Friday, May 18, 2018

HARI GURU 2018

Catatan pada malam penghulu hari yang nyaman....


Dua hari lepas, 16 MEI 2018, seluruh warga pendidik telah menyambut Hari Guru 2018. Sedar tak sedar, tahun ini merupakan kali ke-33 saya menyambut Hari Guru setelah bergelar Cikgu.




SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar guru... yang pernah dipanggil cikgu, teacher, sir, ustaz, ustazah dan sebagainya oleh anak didik mereka.... 
Teristimewa ucapan ini ditujukan khas buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku tanpa jemu dan penuh ikhlas... cikgu-cikgu di SRJK (I) Kota, KB (1969 - 1974), di SM Kota, KB (1975 - 1977) dan di Maktab Sultan Ismail (SIC), KB (1978 - 1981).

Tidak lupa, ucapan ini juga ditujukan kepada semua insan yang telah menjadi tempat untuk saya berguru dan mendapatkan tunjuk ajar di sepanjang jalan pulang... sama ada yang berlaku secara langsung ataupun tidak langsung.

Jasamu akan kukenang selagi hayat dikandung badan....terima kasih, Cikgu. Terima kasih, semua.


Selamat Hari Guru juga saya tujukan khas buat Kakanda saya CIKGU ROSLENA BT.JUSOH dan adinda saya, CIKGU NORBANILAWATEY BT. JUSOH; sanak saudara yang bergelar guru, semua rakan seperjuangan di seluruh pelosok tanah air, tidak kira sama ada yang bertugas di bandar ataupun nun jauh di pedalaman Gua Musang atau di Sabah dan Sarawak....!

Nostalgia Hari Guru beberapa tanun lepas...


Hari Guru 2013...
Pasti saban tahun akan ada getar di jiwa kita setiap kali melafazkan ikrar dan ketika menghayati bait-bait lirik lagu 'GURU MALAYSIA'.
"...amanat yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan... tunai tetap kami tunaikan..."
Di SMKTP, sambutan Hari Guru di peringkat sekolah adakan awal sehari, iaitu pada 15 MEI 2018 kerana bimbang bertembung dengan tarikh bermulanya 1 Ramadan. 

Atur acaranya tetap sama sebagaimana tahun-tahun lepas.... membaca perutusan, ucapan, persembahan, penyampaian cenderamata dan makan-makan, kemudian diikuti dengan sukaneka.   



Selamat Hari Guru 2018.


semoga masih diberi kesempatan untuk menyambutnya pada tahun-tahun yang mendatang....

Sunday, April 1, 2018

Klinik Salsabila & Farmasi Hannan






April yang permai ini bakal bermulalah fasa baharu buat anakanda Mohd Fahmi dan Nurul Aina.

Semoga segala impian anakanda berdua menjadi kenyataan.



Boleh singgah di sini untuk ikuti perkembangan Klinik Salsabila. 

https://mommyhannanbella.blogspot.my/

Saturday, March 31, 2018

ZIARAH POKTEH DI MELAKA

Kesempatan yang ada, kami merancang utk menziarah Pok Teh yang uzur di rumahnya di Hospital Melaka.  Kami berlima dan si kecik Mikhail bertolak dari Kuantan, manakala anakanda Fahmi, Aina serta HannanBella bertolak dari Bangi.







Semoga Pok Teh tabah dengan ujian ini dan diberi kesembuhan oleh-Nya. 

Friday, March 30, 2018

Kembara Di Bumi Sirikit [2]

Hari Pertama - 17 MAC 2018

Perjalanan kami menuju ke Hat Yai diteruskan selepas kami turun dari ETS.  Kami melalui prosedur mengecap Buku Merah di Imigresen Padang Besar sebelum menuju ke Hat Yai dengan bas pesiaran yang sudah menunggu kami di tepi jalan luar pagar imigresen.

Berbaris di tengah panas.... jika guna kaunter dalam bangunan, makan masa yang lebih panjang untuk selesaikan urusan ini.



Nama Hat Yai berasal dari perkataan Mahat Yai yang bermaksud Pokok Besar Mahat (spesis Nangka). Terletak di bahagian paling selatan Thailand, di dalam daerah Songkhla dan bersempadan dengan Malaysia. 

Perjalanan kami dari Padang Besar menuju ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.  Pemandangan di kiri kanan sepanjang perjalanan kami tidak jauh bezanya dengan pemandangan di negara kita. 

Sesampainya kami di Hat Yai, destinasi pertama yang dituju ialah di 'Floating Market'.  Hari sudah hampir senja ketika kami sampai di situ.  Kelihatan banyak bas rombongan dari Malaysia.  Tidak terasa kami berada di negara Gajah Putih kerana rata-rata pengunjung adalah dari Malaysia.


Foating Market di sini tidaklah sebesar floating market di Bangkok.


Meriah tempat ni.  Makanan, pakaian dan souvenir banyak jual kat sini.  Steady je tengok peniaga-peniaga tu sediakan makanan atas sampan.  Cuma air sungainya hitam legam.  











Kami belilah juga nak rasa rojak dan aiskrim mereka. Mereka akan hulurkan makanan itu kepada kita dengan meletakkan makanan tersebut ke dalam bakul yang diikat dengan kayu.  Kita juga akan meletakkan duit bayaran ke dalam bakul yang sama kepada kita
Pada masa yang sama terdapat pertunjukan persembahan tradisional Thai.


Floating Market ni pendek sahaja kerana di sini terdapat juga gerai jualan di atas darat.   Di seberang jambatan ada jualan lagi.   Saya sempat membeli jagung albino satu.  Nak tahu rasa jagung ni...Rasanya biasa-biasa sahaja.   

Majoriti peniaga di atas perahu ialah Muslimah yang memakai tudung, jadi pengunjung dari Malaysia tidak perlu ragu-ragu akan status Halal. Ini kata Tour Guide Bas kami, seorang Muslimah dari Patani yang fasih berbahasa Melayu.
Kami membeli makanan buat bekalan untuk makan di hotel pada malam itu.  Dari Floating Market, kami terus balik ke hotel dan tiba di hotel lebih kurang pukul 10 malam waktu tempatan.  
Kami menginap di Hotel Asean yang terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai.
Setelah urusan daftar masuk selesai, kami habiskan masa di bilik hotel untuk berehat kerana pada pagi esok kami akan bertolak awal dari hotel.  Makanan yang dibeli tidak termakan kerana mengantuk.   
Kawan-kawan yang lain ada yang keluar cari makan dan meninjau pasar malam berdekatan dengan hotel.



Sunday, March 25, 2018

PERIGI DAN KEREK TELAGA

Perigi ATAU telaga ialah lubang dalam tanah yang dikorek atau digali untuk mendapatkan air di tanah.  Air ini didapati dalam lekuk-lekuk yang terbentuk daripada tanah liat atau beberapa jenis batu batan, atau mungkin sebatang sungai yang mengalir jauh ke dalam tanah.  

Selepas sesebuah lubang telah dikorekkan, kerek yang diperbuat daripada simen akan dimasukkan sebagai dinding telaga, bagi menahan tanah daripada runtuh.... atau sebatang paip diturunkan sehingga sampai kepada air itu.  






Air boleh dibawa naik dengan menggunakan timba atau pam, bergantung kepada cara telaga itu berfungsi.



Kenangan di Songkhla Mac lepas... telaga yang masih dijaga sebagai warisan tamadun...


Thursday, March 22, 2018

Kembara Di Bumi Sirikit (1)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kulalui pengalaman menaiki kereta api.  Bukannya kereta api Senandung Malam atau Senandung Timur, tetapi ETS.... Rehat minda sambil menikmati pemandangan yang indah permai di sepanjang laluan dari KL Sentral ke Padang Besar.


Sebenarnya, impian ni menjadi kenyataan apabila aku dipelawa mengikuti rombongan SMKPang5 ke Hat Yai dan Songkhla melalui pakej KTMB Holiday.  Kembara seramai 30 orang termasuk bekas rakan kerja di SMKTP, Mega dan Chah ini bermula pada 17 - 20 Mac lepas.

Kami bertolak dari Kuantan Sentral pada pukul 1.15 pagi 17 Mac menggunakan khidmat bas ekspres ETIKA menuju ke TBS.  Kami tiba di TBS lebih kurang pukul 4.45 pagi.  Dari TBS kami bergerak ke KL Sentral menggunakan perkhidmatan Komuter.


bersama Chah dan Mega di TBS sebelum menaiki komuter untuk ke Stesen KL Sentral
Kami diperkenalkan dengan Staf KTMB Holiday, salah seorangnya ialah Encik Jefri @ MatJepp Ghani.  Beliau lah yang bersama rombongan kami dari mula sehingga kami tiba semua di stesen KL Sentral pada 20 Mac.









Tepat pukul 9.15 ETS bergerak menuju ke utara tanah air.  Selepas lebih kurang 6 jam perjalanan, kami tiba di stesen Padang Besar.


MatJep yang menemani kami sepanjang kembara rehat minda ini....


Tuesday, February 13, 2018

Bella Oh Bella...

9 FEB 2018 - lengan Bella patah lagi.

Ini cerita daripada Mommy Bella...

Sabtu - 10 FEB 2018

Walaupun bella muka penuh redha dan macam takde apa-apa berlaku, Mommy yang berdebar debar dan sedih sampai rasa tak boleh buat apa-apa selain mata tengok Bella setiap saat.

Bella terjatuh sewaktu berlari di rumah. Doktor kata tulang patah agak serius. 

Waktu ni, mulut tak pernah putus baca ayat2 syifa' supaya Bella tak rasa sakit.   Pertolongan Allah itu dekat dengan hamba-Nya.

Bella memang langsung tak menangis sepanjang prosedur.  Mula-mula  Bella jumpa doktor di Annur Specialist Hospital.   Lepas doktor dah siap tengok dan ambik history, Bella kena masuk bilik radiologist untuk x-ray tangan. Diorang puji Bella sebab "budak kecik je tapi hati cekal dan muka confident" haha.

Bila result x-ray keluar, kami naik ke tingkat 2 hospital untuk jumpa ortho surgeon.   Doktor kata patah agak serius jadi Bella kena lalui satu prosedur untuk betulkan dulu tulang sebelum pasang fiber.   Tapi Annur hospital masih kekurangan peralatan. Doktor cadangkan kami ke KPJ atau Columbia Asia memandangkan kat sana ada ramai ortho surgeon. Sebelum keluar, doktor pakaikan anduh untuk elak pergerakan besar. Sekali lagi Bella dapat pujian sebab buat "muka penuh redha macam orang dewasa" hihi. 

Akhirnya Bella ke Sunway Medical Centre memandangkan wad kanak2 di hospital2 lain yang dihubungi semuanya penuh.

Kami sampai di Sunway dah dekat magrib. Bella kena berpuasa selama 6 jam sebelum prosedur.   Mula2 Mommy risau jugak sebab Bella jenis yang wajib makan nasi waktu malam.  Alhamdulillah dimudahkan semuanya dan Bella masuk OT pukul 10 malam.   Prosedur siap 20 minit kemudian.. 

Keluar saje OT, Bella minta nak minum air sejuk dan makan KFC. Memang berselera makan macam biasa. Siap gelak2 bercerita macam-macam.

Bella tak ajar diri sendiri untuk bermanja-manja. Kuat semangat dan ceria setiap masa walaupun terpaksa pakai anduh yang agak berat ni.  Bila duduk saje2, Bella selalu baca doa untuk ibu bapa tapi dalam bentuk nasyeed. Mommy yang touching:)



Tuesday, February 6, 2018

CintaHati MakTok dan TokAyah


FARHAH HANNAN BT. MOHD FAHMI
30 JULAI 2012

FALISHA SALSABILA BT. MOHD FAHMI
6 FEBRUARI 2014
MUHAMMAD FALIQ MIKHAIL B. MOHD FARIS
15 MAC 2017




Tripple 'F'

Tuesday, January 2, 2018

SMJKTP Pada Hari Pertama Sesi Persekolahan 2018

2 JANUARI 2018.... SELAMAT PAGI SMJK TANAH PUTEH....
Ingatan kepada diri...


Pagi ini saya menapak ke sekolah dalam hujan renyai-renyai dan sekali-sekala agak lebat.  Seperti biasa, dalam remang pagi saya sudah sampai di pekarangan SMJKTP.  Keadaan persekitaran masih gelap. 



Hujan mencurah lebat tatkala warga SMKJTP berkumpul di dewan untuk perhimpunan rasmi yang pertama bagi sesi persekolahan 2018.   

Hujan yang turun seolah-olah menandakan Kuantan akan dilanda banjir....






sumber : "Gurukah Aku Atau..." - Pn. Norbi Husin
Biarlah kita mulakan hari pertama dan seterusnya dengan ikhlas.  Semua perkara akan menjadi susah sekiranya kita tidak melakukannya dengan ikhlas Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, setiap perkara yang dianggap sukar oleh orang lain, tetap mudah bagi kita.  Sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, kita pasti akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat. Oleh itu dahulukan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.

Tahun ini merupakan tahun yang ke-32 saya bergelar pendidik dan masuk tahun ke- 12 saya di SMJKTP.   Semoga SMJKTP akan terus meninggalkan kenangan indah dalam perjalanan kerjaya saya....

Kelas yang saya masuk pada hari pertama sesi 2018 ini ialah 3K10 dan 3K2. Daripada 'pandangan pertama' saya pagi tadi, mereka nampak ok....Harap-harap ini berterusan sehingga akhir tahun.



Monday, January 1, 2018

Hari Pertama 2018 Bersama-sama

Masa cepat sungguh berlalu.  2017 baru sahaja meninggalkan kita.



Mаѕа lаlu аdаlаh kеnаngаn… mаѕа kіnі аdаlаh kеnуаtааn, mаѕа dераn аdаlаh hаrараn, ѕеlаmаt tаhun bаru 2018, ѕеlаmаt tіnggаl kеnаngаn. ѕеlаmаt dаtаng hаrараn, dаn ѕеmоgа wuјudkаn іmріаn.

Kenangan indah tahun baharu 2018, anak menantu cucu bertandang di Kuantan.





























Tiada kata yang seindah lantunan syair. Tiada mutiara yang secantik bidadari. Tapi hari ini melebihi hari-hari sebelumnya, kerana tak lama lagi kita akan melewati, detik pergantian yang banyak di tunggu jutaan manusia di dunia. Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata Selamat Tahun Baru 2018. sukses selalu.

Detik berlalu, dan hari pun selalu berganti…Fajar senantiasa menyingsing dari ufuk timur…Jejak-jejak langkah menghiasi kehidupan…Tangis serta tawa, bergulung bersama…Ada yang disebut, ada pula yang kian terlupakan…Satu lahir, maka yang lain pun pergi meninggalkan dunia fana ini…Cerita dan kesan, telah terukir abadi dalam memori tiap insan…Langkah kaki terus melangkah…Menyongsong indah dan terangnya matahari…Berharap akan dapat bertemu, dengan wujud harapan.  Semoga setiap impian dan cita akan tercapai.  


Selamat Tahun Baharu 2018.