CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 30, 2013

30 Julai...

FARHAH HANNAN : setahun sudah usia cucunda....

30.7.12   -  30.7.13

 RAMADAN 1433 Hijriah

yang penuh makna
hati berbunga-bunga
gembira tidak terhingga....

tiba jua saat itu
setelah berhari-hari berlalu
menunggu tanpa jemu



30 JULAI 2012
yang tertulis
10 RAMADAN 1433 
yang terpilih
dia hadir dalam tenang malam
tika umat Islam saling bersalam
usai terawih di masjid dan di madrasah.



Kini, setahun sudah berlalu
genap sudah 12 purnama usiamu
gelagat dan gaya HANNAN buat kami rindu 
penghibur hati tatkala bertamu
bilakah pula dapat kita bertemu....?



SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, HANNAN.... 



Saturday, July 13, 2013

ULANG TAHUN & BERITA GEMBIRA....

Hari ini, 13 JULAI 2013 merupakan hari ulang tahun kelahiran anakanda NURUL AINA AWANG.... Mummy kepada cucunda sulung kami FARHAH HANNAN, dan isteri kepada anakanda kami MOHD FAHMI NAIN.

6 OKTOBER 2012....

Hari ini genap 26 usia anakanda Aina.  Semoga anakanda Aina sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan kasih sayang-Nya setiap masa. 

Hari ini, anakanda Aina, Mohd Fahmi dan cucunda Hannan balik berbuka puasa di Kuantan.... 

Yang lebih manis lagi, hari ini anakanda Aina membawa berita gembira untuk keluarga besar kami, hadiah ulang tahunnya yang sangat bermakna.  

InsyaAllah, Hannan akan menjadi kakak dalam masa beberapa bulan lagi....

Alhamdulillah.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadan Datang Lagi....

Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan.

InsyaAllah, esok seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan al Mubarak.

Ramadan menjanjikan kerahmatan, keampunan dan pembebasan daripada api neraka kepada mereka yang berpuasa. Berpuasa dengan erti kata yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dituntut oleh syarak; bukannya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga pada siang hari, sedangkan dosa-dosa lazim masih diteruskan....!

Kita seharusnya berasa bangga dan amat beruntung menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w kerana dianugerahkan kesempatan menebus diri dengan kedatangan tetamu agung saban tahun ; bulan Ramadan yang dinanti-nantikan oleh setiap Mukmin yang cinta akan Allah s.w.t.

Semasa zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diusik dengan kata-kata orang tua : "Sesiapa yang tak puasa, tak boleh beraya..." Itulah kata-kata motivasi untuk kita berpuasa. Kita dilatih berpuasa sejak usia kanak-kanak lagi.

Hari raya adalah motivasi utama utama untuk anak-anak berpuasa. Hari raya bagi anak-anak samalah maksudnya dengan baju raya, kuih raya, duit raya dan lain-lain. Kita takut, kalau tak berpuasa, kita tidak berpeluang menikmati semua itu....

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, semoga berjaya memperoleh kejayaan....

Sumber Ilustrasi : Solusi Isu no. 34