Tuesday, January 12, 2021

PKP 2021

11.1.2021

Pengumuman drp PM, Rabu 13.1.21 bermula PKP di 6 buah negeri sehingga 26.1.21...

Kelantan dan beberapa negeri lagi berstatus PKPB dan 2 negeri lagi iaitu Sarawak dan Perlis berstatus PKPP.

TIADA RENTAS NEGERI

Nampaknya kena tunggu hujung bulan nanti barulah boleh balik ke Kuantan skjb. 

Saturday, January 2, 2021

Bermulalah fasa baharu 2121



Hari ini, 2.1.21, secara rasmi tibalah saatnya.. Bermulalah fasa baharu sebagai pesara penjawat awam. 

Alhamdulillah, berakhir sudah perkhidmatan selama 34 tahun 7 bulan...

Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan, kesihatan yg baik serta  ilham yg tak pernah putus kepada hamba-Nya yg serba kekurangan ini dlm melunaskan tanggungjawab sebagai pendidik dlm tempoh tersebut.

Terima kasih yg tidak terhingga buat ahli keluarga terdekat yg sentiasa memberi sokongan, sabar walaupun sentiasa bekerja di luar waktu pejabat dan sentiasa ada di sisi dalam apa-apa jua keadaan sekalipun. 

Buat semua sahabat dan anak-anak didik, terima kasih dan setingi-tinggi penghargaan atas ucapan serta doa.  Kalian sentiasa dalam ingatan. Insya-Allah.

#I❤️SMKAhmad, Pekan

#I❤️SMKPuteri, KB

#I❤️SMKTaman Maluri, KL

#I❤️SMKJengka2, Maran

#I❤️SMKSultanIsmail, KB

#I❤️SMJKTanahPuteh, Kuantan

1986 - 2020 terpatri banyak kenangan indah. Syukur alhamdulillah, Ya Rabb.



 

Friday, January 1, 2021

TAHUN BAHARU 2021_FASA BAHARU

Tahun baharu 2021

Fasa baharu

Jumaat pertama 

 


Jalan-jalan cari makan, selepas sekian bulan bertapa...






Merakamkan kenangan pada hari pertama tahun 2021, sehari sebelum bergelar YB