CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 27, 2013

TEMASYA KALI YANG KE-44...

Hari ini, 27 JUN 2013, selesailah sudah temasya Kejohanan Padang dan Balapan Tahunan SMK Tanah Putih kali yang ke-44.  Tahun ini merupakan kali kedua temasya ini dilangsungkan di Kompleks Sukan UIAM, Kuantan.  Sebelum ini, kejohanan yang sama diadakan di Stadium Darul Makmur.
 

Seperti mana tahun lepas, pada tahun ini saya masih ditugaskan di meja JURUHEBOH..... 

Pada tahun ini, upacara pembukaan perasmian dijalankan tanpa perbarisan lintas hormat Pasukan Unit Beruniform dan Pasukan Rumah Sukan yang bertanding.   Ini bertujuan untuk memendekkan masa berada di tempat terbuka kerana jerebu yang masih belum 'pergi' sepenuhnya.  Jadi, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk 'meringkaskan' upacara pembukaan.   



Walau bagaimanapun, kemeriahan dan kehangatan temasya tetap dirasai oleh warga SMK Tanah Putih.  Pasukan pancaragam sekolah dengan uniformnya yang baru terus segak memainkan muzik mengiringi lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.

ucapan perasmian temasya oleh YH Dato' Seri Peter Cheah...

Seperti biasa, temasya pada kali ini juga dirasmikan oleh YH Dato' Seri Peter Cheah, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah.  Upacara melafazkan ikrar kejohanan pada tahun ini disempurnakan oleh SAUDARA TAY VILLON dari Tingkatan 5M2 yang kemudiannya muncul sebagai Olahragawan Harapan Kategori A di akhir temasya Kejohanan Padang dan Balapan tahun ini.

Acara pertama pada pagi ini, iaitu acara 100 meter akhir Lelaki dan Perempuan Kategori A, B dan C dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi.  Matahari yang memancar terik seawal pukul 8.30 pagi memaksa kami meneruskan acara tanpa berhenti rehat untuk membolehkan temasya bersurai lebih awal.    Acara terakhir iaitu acara 4 x 400 meter Lelaki A tamat lebih kurang pada pukul 11.20 pagi.    
ucapan penutupan oleh YDP PIBG SMK Tanah Putih....

Ucapan penutupan temasya kejohanan Padang dan Balapan SMKTP kali ke-44 ini disampaikan oleh Yang Berbahagia ENCIK CHIANG SEE HON, YDP PIBG SMK Tanah Putih.  Beliau seterusnya menyempurnakan upacara penyampaian hadiah khas kejohanan.  



Hadiah untuk acara larian yang dilangsungkan pagi tadi dan juga acara padang yang diadakan sebelum ini akan diadakan di dewan sekolah semasa perhimpunan pada minggu hadapan bagi mengelakkan para atlet dan pelajar berjemur lebih lama di bawah panahan terik matahari.


Berikut ialah senarai pemenang hadiah utama kejohanan :

1) OLAHRAGAWAN HARAPAN  - KATEGORI C - Mohamad Amirul Hazwan (Hijau)
2) OLAHRAGAWATI HARAPAN - KATEGORI C - Chong Chuo Tong (Hijau)
3) OLAHRAGAWAN HARAPAN - KATEGORI B - Hoe Man Teck (Merah)
4) OLAHRAGAWATI HARAPAN - KATEGORI B - Vinashini a/p Bhaskaran (Biru)
5) OLAHRAGAWAN HARAPAN - KATEGORI A - Tay Villon (Merah)
6) OLAHRAWAWATI HARAPAN - KATEGORI A - Wee Pei Voon (Biru)
7) OLAHRAGAWAN SMKTP 2013 - Sritharan (Biru)
8) OLAHRAGAWATI SMKTP 2013 - Choi Yi Ling (Merah)
 
KEPUTUSAN KESELURUHAN :

JOHAN - RUMAH BIRU (216)
NAIB JOHAN - RUMAH MERAH (199)
TEMPAT KETIGA - RUMAH HIJAU (173)
TEMPAT KEEMPAT - RUMAH KUNING (138)


Sekalung tahniah diucapkan kepada semua atlet yang bertanding.  Walaupun tidak banyak latihan dijalankan oleh para atlet, namun begitu pada kejohanan kali ke-44 ini banyak rekod baru sekolah tercipta.  Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan temasya Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-44 ini.

Selesailah sudah satu babak....ada beberapa babak lagi yang menanti.....


 

Sunday, June 16, 2013

setiap hari - HARI BAPA.....



Hari ini, 16 JUN 2013 - hari minggu yang ke-3 bagi bulan Jun - HARI BAPA diraikan di seluruh dunia. Sebenarnya, kita tidak perlu menunggu tarikh tersebut untuk meraikannya... ibu dan bapa perlu diraikan pada setiap masa sementara masih ada ruang waktu...

Peranan dan tanggungjawab seorang insan yang bergelar bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Walaupun bapa tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghargai dan memberikan kebahagiaan kepada bapa yang dikasihi.


Insan yang bergelar bapa ini, TN. HJ JUSOH B. HJ DAUD telah membesarkan kami dengan limpahan kasih sayang walaupun kehidupan kami sekeluarga agak sederhana...segala pengorbanannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..! TERIMA KASIH, PAPA. 

Selamat Hari Bapa juga ditujukan istimewa untuk AYAHANDA kepada putera puteriku, NAIN B. MAMAT.  Seorang AYAH yang sentiasa prihatin dengan keperluan anak-anak dan kaya dengan kasih sayang. Terima kasih kerana menjadikan kami sangat bermakna dalam hidupmu. 



Tidak lupa, ucapan Hari Bapa juga untuk anakanda MOHD FAHMI NAIN yang telah menjadi Abah kepada cucunda sulung kami FARHAH HANNAN BT MOHD FAHMI lebih 10 bulan yang lalu....


Oleh itu, pada kesempatan sambutan HARI BAPA yang diraikan di seluruh dunia, anak-anak yang masih berpeluang menghargai BAPA mereka, jadikan hari istimewa ini antara hari yang membahagiakannya sepanjang hayat beliau... hargailah bapa kita pada setiap masa... 
 



Monday, June 10, 2013

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAKANDA....

Dulu, semasa anak-anak masih kecil, mereka sentiasa teruja untuk meraikan hari jadi. Setiap tahun, pasti kena beli kek b'day. Tak buat majlis pun tak apa. Kek mesti ada. Kalau tak, pasti ada yang 'mogok'!!! B'day Boy & B'day Girl sama saja.

Apabila usia dah meningkat remaja, semuanya menjadi kenangan yang kadang-kadang mencuit hati. Hanya gambar yang dapat menceritakan segala-galanya...

Hari ini 10 JUN 2013, genaplah 26 tahun usia anakanda MOHD FAHMI NAIN...

"SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR, Emi "


Betapa pantasnya masa berlalu.   FARHAH HANNAH hadir lebih 10 bulan yang lalu mengeratkan ikatan kasih anakanda Emi & Nurul Aina.    



Doa kami agar rumahtangga anakanda Emi dan Aina sentiasa diberi keberkatan dan akan menjadi seorang anak yang soleh, berjaya mengejar cita-cita di dunia dan di akhirat.  Semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang terbaik untuk kami dan dipermudahkan segala urusan....


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN....

Sunday, June 2, 2013

MAJLIS KESYUKURAN KELUARGA.....


Alhamdulillah, majlis kesyukuran sempena menyambut menantu kami yang kedua, SITI NUR AISYAH BT. ISMAIL, isteri kepada putera sulung kami MOHD FARIS selamat diadakan pada hari Sabtu, 1 JUN 2013. Majlis ini juga diadakan sebagai tanda kesyukuran 'naik' rumah baru kami, tanda kesyukuran atas rezeki yang Allah s.w.t pinjamkan kepada kami.

Abe & Echah

orang yang paling sibuk....

Majlis kesyukuran yang yang diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama dan sumbangan tenaga serta buah fikiran daripada seluruh ahli keluarga.   Jasa kalian tidak terungkap dengan kata-kata dan tidak terbalas rasanya.... 

juadah untuk tetamu.... terima kasih, Lyn.




Walaupun tidak semua ahli keluarga dapat berkumpul pada majlis kali ini, namun begitu matlamat kami untuk menemukan sanak saudara yang telah lama tidak berkumpul dan berjumpa dapat direalisasikan.  


selamat datang dan selamat menjamu selera....
keluarga dari Kg Kota
keluarga Chik & Che Yah'....
keluarga dari Bt. 8, Batang Merbau....

Majlis ini juga berjaya menemukan kami dengan teman-teman lama yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.  Terima kasih diucapkan kepada Azmi Awang, Nasturiyah, Rosli Salleh, Nab @ Norhayati Abdullah dan ramai lagi....  tidak tertulis nama kalian di ruang yang terhad ini..... 
menyambut sahabat yang sudah lama tidak bertemu, Azmi Awang.....
Semoga keluarga besar kita ini dapat berkumpul lagi dalam suasana yang harmoni... InsyaAllah....
 
tetap meriah walaupun tak cukup korum....

kesempatan Papa bersama menantu & cucu....
Terima kasih semua kerana dapat meluangkan masa untuk memeriahkan majlis kesyukuran kami ini....



Syukur alhamdulillah.