Tuesday, March 31, 2009

Julia


Lama tak jumpa Julia. Kebetulan dia ada mesyuarat di Kuantan mulai 30 Mac - 1 April, jadi saya ambil kesempatan bertemunya. Petang tadi selepas hubby balik office, kami jemput Julia di Grand Continental Hotel, terus ke Restoran Sate Zul, Jalan Teluk Sisek.

Bertanya khabar dan bertukar cerita tentang kawan-kawan di Jengka.

Julia yang berkongsi tarikh lahir dengan hubby sudah seperti saudara sendiri, apatah lagi dengan statusnya yang masih 'single'. Masa sama-sama mengajar di SMKJ2, jika ada Family Day atau program yang perlu bermalam, Julia akan ikut kami dengan satu kereta.

Semoga Ju akan bertemu kebahagiaan yang abadi...

Monday, March 30, 2009

Haji

Ibadat Haji dituntut kepada semua umat Muhammad s.a.w.

Tidak terkecuali dengan diri saya. Sebagai insan kerdil, saya juga sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. Kini, saya sedang memantapkan diri dengan merujuk individu tertentu serta membaca buku berkait dengan Haji. Buku-buku seperti THMSI, TDMHE dan Haji Muda banyak memberi motivasi kepada saya. Saya juga ada merujuk E-Book Panduan Haji dan Umrah dan beberapa buah buku lagi, antaranya 'Yang OK dan KO dalam Ibadah Haji & Umrah','501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah', dan 'Rahsia Kaabah & Masjid Nabawi'.

Saya sentiasa berdoa agar diberi kesempatan dan 'diangkat' ke sana lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan.

Menyusul nanti ... kenangan kali pertama hantar orang pergi haji...

Sunday, March 29, 2009

Mercu View Resort


Hari Sabtu lepas, selesai program di sekolah, lebih kurang pukul 1.15 tengah hari aku dengan hubby terus ke Jengka. Sudah janji dengan Adik untuk ke sana. Sampai lebih kurang pukul 3.00 ptg, terus check in di Mercu Resort. Pukul 4.30 ptg baru ambil Adik di Kompleks Siswi (sebenarnya dia ada program), terus ke Pasar Malam di Bandar Jengka.

Setiap kali bertemu, sejak dulu lagi, Adik tidak berhenti bercerita, ada sahaja cerita yang hendak dikongsi. Antaranya ... "Mak, kalaulah di tempat Adik belajar ni pihak pengurusan boleh buat seperti yang Pengarah UiTM Johor buat, alangkah eloknya. Ramai kawan-kawan Adik kata begitu..." Saya hanya senyum mendengar celotehnya.

Malam, dalam pukul 8.00, hantar Adik ke UiTM kerana ada program sempena 'Earth Hour'. Semua lampu dipadam selama 1 jam mulai 8.30 malam. Students dikumpulkan di dewan dengan program yang telah disusun.

Pagi tadi, terus ke Klinik Fadzillah Jengka. Adik perlu dapatkan suntikan meningitis (ACY 135), untuk urusan Visa Umrah akhir Mei nanti. Selesai urusan di klinik, bawa Adik breakfast di Restoran Sukaramai dan hantar dia balik ke kampus (katanya ada mesyuarat MPP). Lepas tu, lebih kurang pukul 11.00 pg aku dan hubby terus balik ke Kuantan.

Sebenarnya, pertama kali kami menjejakkan kaki ke Jengka pada Februari 1990 - cuti umum sempena Cuti Tahun Baru Cina. Masa tu kami menetap di KL, saja singgah ke Bandar Pusat Jengka selepas pergi ke majlis kenduri di Jengka 18, dan sebelum itu bermalam di rumah Abg Mi di Felda Sebertak (Gugusan Bera). Ketika itu, Adik baru berusia 7 bulan; Emi 2 tahun lebih dan Abe 3 tahun lebih.

Lihat foto yang diambil pada tahun 1990 di depan Mercu View Resort.

Kisah keluarga kami di Jengka akan disambung nanti ...

Friday, March 27, 2009

SERIK-SERIK DALAM GHOK @ ROK


Kali ni aku ingin berkongsi kenangan zaman kanak-kanakku di kampung. Aku agak lasak juga sebagai kanak-kanak kampung. Aku dibesarkan di sebuah kampung yang tidaklah begitu jauh dari bandar Kota Bharu. Pada akhir tahun 60-an dan awal 70-an, bilangan rumah belum banyak. 

buah mata ayam

Berhampiran rumah kami, ada kawasan semak atau 'ghok' di sana-sini (mini jungle). Masih kuingat lagi, the bushes was my playground. Bersama-sama seorang kakak (setahun lebih tua) dan seorang adik (dua tahun lebih muda) kami meneroka,,'dderak serik-serik' setiap inci 'kawasan ghok' itu. Ada tumbuhan tertentu yang jadi 'makanan ringan' kami. 

buah setol

Dulu, di tapak rumah Pok Muda Leh sekarang, ada pokok pisang, pokok setol dan pokok keriat. Dekat jalan raya ada 'ghok' (bushes). Dalam 'ghok' tu ada pepohon renek seperti pohon buah cenerai/ kenerai, (buah yang kecil berwarna hijau, kadang-kadang dijadikan peluru for our bamboo gun), pohon mata ayam (ardisia crispa) dan pokok kandis (garcinia spp.). Kami selalu kutip pucuk kandis. Setelah dipetik, terus kami masukkan ke dalam mulut dan kunyah. Yarghh... its really sour untill you can feel the pulling effect at your jaw. Macam kunyah a bubble gum... you suck the liquid and spit out the hampas. One thing i really don't like about this pucuk kandis is, it will give you a bitter taste that last for quite sometime. 

buah cenerai - buat ubat bedil

Buah mata ayam dan buah kerian juga biasa kami makan. Buah mata ayam warnanya merah. Kalau tak silap, rasanya agak manis kelat-kelat sikit. Ingat-ingat lupa... (Pucuknya boleh juga dibuat ulam untuk nasi kerabu campur dengan daun samak) Pokok buah kerian pula ada di tepi jalan raya depan rumah Pok Long (sebelah rumah nenek), dekat juga dengan rumah kami. Bentuk buah kerian bulat dan saiznya kecil aje, warna hijau kemerahan masa putik, dan bertukar menjadi warna hitam bila dah masak ranum. Bila makan, gigi jadi merah kehitam-hitaman.
buah keriang

Tak tahulah apa istimewanya buah-buah itu, tapi itulah dunia kami semasa kanak-kanak. (Makanan ringan /junk-food seperti hari ni belum banyak dalam pasaran. Sebab itulah orang dulu-dulu susah jatuh sakit; tahan lama...) Kini, semuanya dah tak ada. Kalau ada pun, kanak-kanak pada zaman serba moden ni dah tak pandang lagi buah yang suatu ketika dulu jadi 'makanan ringan' kami.

Cukup dulu, I'll talk more about my kampung life next time ... till then... bye...


LIPAN BARA

Kali ni, aku ingin bercerita tentang lipan. Terdapat beberapa jenis spesis lipan, salah satunya ialah lipan bara. Warna lipan bara kemerah-merahan seperti bara. Aku sendiripun jarang lihat lipan bara. Lipan yang 'kurus' berwarna hitam tu biasalah juga 'terserempak', tapi spesis yang agak kecil. Anak lipan.

Bisa gigitan lipan boleh membawa maut kepada manusia, terutama jika mangsa gagal mendapat rawatan segera. Bisa lipan jenis tertentu juga boleh menyebabkan mangsa koma dan meninggal dunia jika berlaku kejutan 'anaphylaxis', iaitu alahan atau 'sepsis' iaitu jangkitan kuman serius dalam darah tetapi ia boleh dikesan secara klinikal dan diubati jika segera dirawat. Bagaimanapun, jarang berlaku kes kematian akibat bisa lipan.

Masa cuti sekolah yang lepas, aku nyaris disengat oleh lipan bara. Masa tu aku di rumah ibu mertuaku. Malam tu aku rasa sungguh mengantuk dan tertidur depan TV. Di luar hujan turun, walaupun tidak lebat. Mek suruh aku masuk tidur kerana katanya tak elok tidur di ruang tamu masa hujan-hujan begitu.... Hubby masih menonton TV. Agak-agak pukul 12.30 malam, hubby padamkan lampu untuk tidur. Aku bangun untuk ke bilik air. Semasa aku kembali semula untuk tidur, aku terasa seperti ada sesuatu atas kaki aku. Mula aku ingat lipas, tapi tak mungkin sebab 'kaki' nya banyak dan seperti melekat atas 'tempurung' kakiku. Aku menjerit sambil merentapkan kakiku. Terkejut besar. Terus aku nyalakan lampu. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat seekor lipan bara yang agak besar. Hubby terus ambil batang penyapu untuk 'kerjakan' lipan bara itu.

Hubby beritahu aku selepas itu, semasa dia kerjakan lipan itu, dia terfikir, jika aku disengat lipan bara itu, sekarang tentu dia dalam perjalanan ke hospital. Aku juga terfikir begitu.

Syukur alhamdulillah, Allah s.w.t telah melindungi aku daripada kemalangan itu.

Thursday, March 26, 2009

HRMIS

Hari Selasa lepas rakan-rakan sibuk melengkapkan Borang Maklumat Diri. Aku buat tak kisah aje, ingatkan borang itu untuk guru-guru PPSMI. Kemudian barulah aku dapat tahu semua kakitangan awam dikehendaki mengisi borang HRMIS (Human Management Information System). Sebahagian maklumat adalah untuk tujuan elektronik GL dan Faedah Pencen.

Ambil borang hari Rabu, kena hantar hari Jumaat. Sampai kini belum lengkap. Ada 6 muka surat. Banyak juga maklumat yang perlu dilengkapkan. Maklumat lain semua dah ada kecuali no.I/C serta tarikh lahir Papa dan Mama. Tengah hari tadi telefon Papa untuk dapatkan no. I/Cnya. Nombornya ialah 430201-03-5171. Tinggal lagi no. I/C Mama. Tadi tak boleh hubungi Mama kerana dia dalam perjalanan ke KL. Malam ni nak tel Ya @ Wan untuk dapat no. I/C Mama.

Harap-harap esok boleh hantar borang yang telah lengkap diisi.

Sunday, March 22, 2009

imbasan


Kenangan Papa dan Mama bersama-sama Kakak, Ya, Wan, Ayu. Turut serta cucu-cucu Papa & Mama : Abe, Emi, Along & Adik. Foto dirakamkan pada tahun 1992.

Adik-adikku, lebih 15 tahun yang lalu, kalian masih kanak-kanak.
Ketika itu, perjalanan hidup masih telalu jauh. Asam garam dunia belum begitu banyak dirasai. Kalau adapun semuanya manis-manis belaka.


Kini...

Melisa Kamelia - Menjadi semakin dewasa dengan perjalanan hidup yang ditempuh ;

Mutia Anggerek - Sedang membina kerjaya yang semakin menguji kemampuan diri ;

Nadia Hanum - Tidak pernah jemu meningkatkan prestasi diri, teruskan berusaha ;

Ratna Idayu - Perjuangan hidup sudah bermula. perlu tabah dan kuatkan semangat. Dik, hidup ini tidak mudah sebagaimana yang kita jangka. Ilusi dan angan-angan tidak seindah realiti.

Adik-adikku, hidup ini sarat dengan pejuangan dan pengorbanan. Jika kita berani berjuang, dan rela berkorban, kita pasti berjaya...sesungguhnya, tidak sempurna hidup seorang insan tanpa ujian dan dugaan.

Ingatlah, jangan lupa berdoa dan mengadu kepada-NYA.DIA-lah yang berkuasa menentukan segala-galanya...

Jumpa lagi.

LRT & monorel



Jumpa lagi...

Pagi tadi buat pertama kalinya aku guna monorel untuk ke Plaza Low Yatt dengan hubby. Dari Sentul, naik LRT hingga ke stesen Titiwangsa dan sambung dengan monorel terus ke stesen jalan Imbi.

Sejak pindah dari KL tahun 2000, baru nilah aku naik LRT. Dulu aku selalu guna LRT kalau nak gi ronda-ronda KL dengan Cikgu Norly selepas waktu sekolah. (dengar-dengar Norly dah pindah ke Shah Alam). Dari SMK Taman Maluri, parking kereta di Pandan Indah, turun di Stesen Pudu Plaza, dan terus ke Petaling Street. Norly memang pakar bab2 memilih kain. Dia memang tahu nama/ jenis kain... Kalau dari rumah di Ampang, aku akan guna stesen di Bandar Ampang.

Pada tahun 1998, aku bawa anak-anak, Abe, Emi & Adik (yang masih di sekolah rendah masa tu) ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan Sukan Komanwel yang buat julung kalinya diadakan di negara kita dengan menaiki LRT. Train penuh sesak. Dari Ampang, transit di stesen Sungai Besi, sambung dengan train ke Seri Petaling, untuk ke Bukit Jalil.

10 tahun yang lalu, LRT ke Sentul & Sentul Timur belum ada lagi. Track / rail untuk monorail pun belum lagi dibina. Sebenarnya, binaan track untuk laluan monorail merupakan projek terbengkalai suatu ketika dulu, masa ekonomi negara meleset. Bertahun-tahun juga lamanya...(kini, ekonomi negara kembali meleset - perlu berhemah bila berbelanja...)

Sekali-sekala balik KL seronok juga guna train, tak perlu fikir pasal traffic-jam.

Sebut pasal naik LRT & kedai kain di Petaling Street, teringat pula pada Norly...

Foto : (i) Norly (bertopi) bersama Adik dan anak En. Jamaluddin semasa gotong-royong di SMKTM. Turut sama Asiah, Rohana & Hamimah. Di mana anda semua bertugas sekarang? (ii) Aku bersama Norly (duduk paling kanan)dan barisan pentadbir SMK Taman Maluri. Kenangan pada awal tahun 2000, sebelum aku berpindah dari KL...

mesin & CTkus

KL menggamit kedatangan kami. Bertolak dari Kuantan pada hari Jumaat sebelah petang. Sampai Sentul lebih kurang 8.15 malam, singgah di Sentul Inn ambil Abe dan Wan terus gi makan di restoran dekat Taman Dato' Senu (betul ke...?)

Wan beritahu washing machine tak boleh guna/ rosak. Kami syak ini angkara CTkus, sebab beberapa hari lepas ada yang terlepas masuk ke dalam rumah. Spesis CTkus bandar ni besar-besar....tp yang masuk ke rumah ni taklah besar mana. Bila balik selepas dinner, didapati satu paket serunding & roti gardenia 'terusik'... siapa lagi yang punya angkara... tentulah CTkus. Malam, sebelum tidur, kami pasang perangkap dan umpannya ialah serunding daging!

Sabtu, pagi-pagi lagi pergi hantar Abe ke kolej PUSRAWI. Kami breakfast di restoran sebelah kolejnya. Lepas tu terus ke Post Office - renew lesen memandu Abe. Sebelum keluar rumah, saya periksa perangkap yang dipasang, tidak mengena. Saya pindahkan perangkap itu dan letakkan di dalam bilik tempat CTkus menyorok. Sebenarnya, CTkus tak dapat keluar rumah kerana semua pintu/ tingkap/ lubang tertutup.

Balik rumah, hubby check apa yang rosak pada mesin basuh tu. Ada wire yang putus, ada yang hancur terus... ini angkara CTkus. Daripada hipotesis kami, CTkus ni terperangkap dan tak boleh keluar. Dalam cubaan itu, mulalah dia 'mengerjakan' apa-apa yang patut sehingga dapat meloloskan diri. Akibatnya, terbentuklah lubang sebesar saiz CTkus pada pelapik plastik di bahagian bawah mesin basuh itu.

Selepas periksa semua kerosakan, hubby terus ke kedai hardware untuk beli benda benda yang diperlukan. Antara yang dibelinya ialah wire, jejaring besi, gunting untuk potong besi, dan beberapa lagi.

Lepas tu, hubby terus mengerjakan mesin itu. Hampir pukul 12.40, berhenti sekejab untuk pergi ambil Abe di kolej. Lepas lunch, sambung lagi hingga petang barulah semua beres. Akhirnya, mesin basuh boleh beroperasi semula.

Lewat petang, sambil saya melayan bahan bacaan dalam LTop, ternampak kelibatnya yang rupanya keluar untuk cari jalan melepaskan diri daripada 'kurungan' rumah ini. Tetapi tak ada jalan keluar. Jadi CTkus itu masuk semula ke dalam bilik dan agaknya dalam tergesa-gesa, CTkus tersalah masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak malam tadi. Kesian, tapi biarlah, siapa suruh dia masuk ke dalam rumah. Bukannya ada makanan pun dalam rumah ni. Lepas tu, hubby 'menguruskannya' dan dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

Jumpa lagi...

Thursday, March 19, 2009

Bola Kaki Tiga

Hari Jumaat lepas, usai waktu sekolah, ada mesyuarat J/K RIMUP. Kami membincangkan aktiviti untuk tahun 2009. Untuk permainan dicadangkan permainan Titian RIMUP dan Menara RIMUP.

Permainan Menara RIMUP mengingatkan saya dengan permainan Bola Kaki Tiga masa zaman sekolah rendah dulu. Cara mainannya hampir sama. Setiap hari pada waktu petang, lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah, kami tiga beradik akan bermain permainan Bola Kaki Tiga dengan rakan-rakan sekampung.


Permainan ini memerlukan sebiji bola kecil atau bola 'kaduk' (agak keras sikit) dan 3 belah selipar (satu pasang setengah) getah. Ada dua kumpulan. Satu kumpulan akan membaling bola jauh-jauh. Satu kumpulan lagi akan menyambut bola itu atau membaling semula ke arah 3 belah selipar itu. Ahli kumpulan yang sama akan membina 'kaki tiga' daripada selipar getah itu sebelum bola yang baling dikutip semula. Kumpulan yang dapat membina kaki tiga dengan banyak akan dikira sebagai pemenang.

Ingat-ingat lupa ... lebih kurang macam Menara RIMUP lah...


Wednesday, March 18, 2009

Dalam Kenangan ... Al-fatihah


Ayahanda Che Abe kembali ke rahmatullah, lebih kurang pada pukul 1.00 tengah hari - Hari Isnin 16 MAC 2009. Banyak kenangan semasa zaman kanak-kanak bersama Che Abe...

Masih ku ingat ... Che Abe ada sebuah basikal tua. Banyak jasa dan kenangan basikal tua ini.

Arwah Che Abe bersama cucu saudara.... Abe & Emi....
Masa darjah 2, kadang-kadang aku pergi ke sekolah membonceng (bergendong) basikal dengan Che Abe dalam perjalanannya ke tempat kerja di Stor MPKB di Kampung Putih, KB. Masa tu dia guna basikal 'tua' yang mempunyai 'carrier' yang besar di belakang. Kadang-kadang aku duduk atas galang di depan, Abe Yie atas 'carrier'. Basikal tu kemudiannya jadi 'kenderaan' untuk punggah padi dari bendang semasa musim menuai untuk disimpan dalam baluh (rumah padi). Ini tugas Papa selepas balik dari pejabat waktu petang.

Dengan basikal tua inilah juga aku mengajar Noni menunggang basikal masa aku dalam darjah 4 dan Noni pula darjah 2. Aku sendiri pun sebenarnya belum pandai menonggang basikal pada masa tu. Noni terseliuh siku/ lengan kerana jatuh semasa cuba-cuba menonggang basikal yang berat ini. Agak teruk juga, tp nasib baik atuk (Che Daud)merupakan tukang urut tersohor semasa hanyatnya. Rahsia ini tersimpan antara aku dan Noni untuk beberapa tahun lamanya...

Masa aku dalam djh 5, Che Abe guna basikal baru, dan aku 'ditumpangkan' setiap pagi untuk pergi ke sekolah. Kalau tidak dengan Che Abe, aku membonceng dengan Pok Nik Dir... Jasa kedua-dua orang Bapa Saudara dan Atuk Saudaraku ini akan kukenang sampai bla-bila. Kini mereka sudah kembali ke rahmatullah. (Semasa Drj 4 aku sekolah petang, tak boleh tumpang, jadi aku berjalan kaki ke sekolah... aku naik teksi/ trishaw hanya semasa darjah 1,2 dan 3).

Kenangan yang lain, aku dan Noni (serta sepupu lelaki) sering 'mengekori' / mengikut Che Abe pada waktu petang terutama masa cuti sekolah, pergi menangguk udang / ikan di tali air... Alangkah indahnya zaman kanak-kanak.

Satu lagi yang istimewa tentang Che Abe, beliau merupakan tukang jahit pro di Kg. Kota pada tahun-tahun 60-an - awal 70-an (mungkin lebih awal daripada itu). Masa tu belum banyak pakaian 'ready made' terutama untuk lelaki (dewasa dan kanak-kanak). Kalau ada pun tentu mahal harganya. Semua orang pergi upah jahit seluar panjang atau pendek (utk kerja / uniform sekolah) dan kemeja serta baju Melayu di rumahnya. Aku masih ingat ada 2 mesin jahit yang digunakan untuk tujuan itu. Biasanya Che Abe melakukan aktiviti menjahit selepas balik kerja / hujung minggu...


Sesungguhnya, beliau merupakan seorang bapa saudara yang peramah, penyayang dan sentiasa senyum... tak pernah tengok dia marah...

Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Daripada-NYA kita datang, kepada-NYA kita akan kembali. Al Fatihah...

Cuti 1 Minggu

Jumaat - hari akhir sekolah sebelum cuti bermula. Balik agak lewat kerana ada mesyuarat J/K RIMUP.

Lepas waktu pejabat kami bertolak balik KB. Singgah makan malam di sebuah restoran di Padang Luas Jertih sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Mek di Bt. 8. Sampai dalam pukul 10 malam.

Sabtu - ke Tanah Merah hantar borang permohonan penilaian tanah. Lepas tu ke Machang, kedai Mariani - hantar baju. Setelah 2 malam di Bt. 8, kami balik ke rumah Mama pula di Kota. Banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Ahad, hujan turun dari pagi tanpa henti. Singgah di Gua untuk uruskan bayaran 'cuci' tanah yang baru kami beli. Lepas tu ke Restoran Hover di KB bersama Papa. Masih hujan. Balik rumah, rehat sekejab. Mama bagitahu Sani ada balik dengan kawannya dan tunang.

Lepas sembahyang Asar, kami ke Pengkalan Kubur. Hubby melawat projek Jeti Marin di sana. Hujan makin lebat. Sebelum balik, kami ke Jalan Pekeliling untuk beli Sate Baung sebagai juadah makan malam. Dah tahu dah, memang Mama tak sediakan makan malam... Jadi, malam tu Sani dan tetamu makan sate + nasi impit + roti. Kami memang jarang makan nasi malam, jd tak kisahlah.

Isnin, awal pagi kami keluar. Niat hati nak gi breakfast di 'White House' tapi tutup. Jadi kami sarapan aje di Gerai Makan Pasar MPKB. Lepas tu, kami terus ke Pasar Siti Khadijah. Beli sedikit buah tangan untuk anak2.

Tengah hari, hubby ke Pengkalan Chepa atas urusan kerja, dan saya singgah di KB Mall, beli kasut. Balik dari KB, terus ke rumah Pok Weil, jamuan kesyukuran sempena menyambut menantu. Isteri Rizal. Mak Usu dan keluarga sudah berangkat ke KL, untuk memulakan hidup baru di sana...

Balik rumah, dapat berita 'Che Abe' kembali ke rahmatullah. Terus ke rumah Mak Abe, ziarah. Sekejab aje kerana lepas tu perlu ke Lati, rumah Ustaz Mad - urusan Umrah. Balik hampir maghrib.

Selasa, hari terakhir di KB. Dalam perjalanan ke KT, singgah di Gua - majlis cukur jambul dan kenduri Aqiqah anak saudara baru - cucu Papa. Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Besut, singgah sekejab di rumah Za di Bkt Tiu untuk ambil baju adik. Hampir pukul 3, sampai di Taman Ilmu, Bukit Keluang, Besut. Selepas lebih satu jam di sana, kami meneruskan perjalanan ke KT.

Di K.Terengganu, kami check in di Hotel Seri Malaysia. Malam, keluar makan di Restoran Payang Serai, di tepi sungai yang letaknya lebih kurang 500 meter dari hotel. Kami berjalan kaki ke sana. Dari restoran kami dapat melihat panorama malam dan jambatan Sultan Mahmud yang merentangi sungai itu.

Rabu - selepas breakfast, hubby ke tapak projek. Pukul 12.30 kami check out dan terus pulang ke Kuantan. Sampai di Kuantan lebih kurang 4.00 petang. Hujan mulai turun.

Esok, Khamis - siapkan tugasan, kemas rumah dll...

Lusa, Jumaat - lepas pejabat bercadang ke KL dan pulang semula ke Kuantan pada hari Ahad.

Habislah cuti satu minggu .... Jumpa lagi...

Wednesday, March 4, 2009

leluhur






Nenenda Tersayang ...

Mok Lijah (Lijah Bt. Hassan) + Che' Yusof (Che Yusof B. Daud) = CHE HALIMAH BT. CHE YUSOF

Mok Mek Ngo (Membunga Bt. Daud) + Che' Daud (Daud B. Taib) = JUSOH B. DAUD

AKAR BUDI JATI DIRI KITA .... kenangilah mereka.

out station


Balik sekolah tadi, rehat sekejab, sembahyang dan ZZZZ..ZZZZ... Lepas bangun tidur, buat kopi red guara mengadap lap top, buka internet, sambil menonton TV. Petang ni tak tunggu siapa-siapa sebab hubby tak ada di Kuantan hari ni. Biasanya petang-petang gini tunggu dia balik dari office.

Hari ni hubby out station. Pagi tadi ke Temerloh urusan kerja dan selepas singgah di Jengka sekejab, dia terus ke KL kerana pagi esok ada meeting di HQ. Bermalam di 'Sentul Inn'. Bolehlah jumpa Abe, Anggerek & Neddy. Petang esok baru balik dan singgah ambil Adik di kolej. Hari Jumaat adik dapat pelepasan daripada lecturernya - urusan buat pasport.

Emi tak balik. Dia sibuk sangat sekarang. Persiapan untuk final x-m Mei nanti. Semalam pun dia singgah sekejab saja untuk tukar kereta. Lepas habiskan nasi lemak sebungkus, terus balik ke asrama. Refill ink printer yang dia pesan suruh beli pun tertinggal atas meja. Nak cepat sangat macam lipas kudung !!!

Malam ni duduklah sorang-sorang ...Dinner pun mungkin roti gardenia + sardin - malas nak keluar. Kalau rajin, periksa kerja/ latihan anak murid, atau melayari internet cari bahan untuk kerja kursus mereka, atau baca buku yang banyak lagi belum terbaca...Jupa lagi.

ada lagi ...





dulu, kini dan selamanya ...tetap sama

Tuesday, March 3, 2009

masih sama





betul, kan?

sama & sedondon





Indahnya zaman kanak-kanak.

Masa tu, kami tiga beradik sebaya dan sentiasa sedondon. Baju sama, berfesyen. Di kampung tu, kami antara kumpulan kecil kanak-kanak yang agak 'fasionable'. Macam-macam style. Tahun-tahun 60-an dan awal 70-an, kami dah pakai baju yang ada labuci, sekuin, manik, renda, 'smocking', dll. Sarung kaki 'net' pun kami dah pakai. Satu kampung kenal kami yang sentiasa 'berfesyen'. Kebanyakannya baju mini/ dress pendek. Masa tu, belum ada baju 'ready made' seperti hari ni. Semuanya mama yang jahit. Mama pandai menjahit.... ambil upah sikit-sikit, dapatlah tambah duit belanja dapur. Tapi sayang sekali anak-anak tak ada bakat macam mama.

Kini, walaupun semuanya sudah berubah - memori ini akan tetap kekal dalam ingatan.

Che Ngah

Malam tadi Papa telefon. Kata Papa, Che Ngah boleh tolong uruskan proses buat loan... dan aku terus isi borang dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk disahkan oleh Ketua Jabatan. Tengah hari tadi bank-in 30K ke akaun Cik Yah - tuan tanah. Baki, tunggu loan lulus..he..he... Lepas tu courier dokumen utk diuruskan oleh Che Ngah. Harap-harap semuanya berjalan lancar... Allah Maha Mengetahui bila setiap kali selepas solat aku mengadu kepada-NYA, dan DIA telah menolong aku mempermudahkan urusan ini.. Syukur alhamdulillah.

Monday, March 2, 2009

Tanah tapak rumah

Kita merancang pelbagai perkara. Ada yang menjadi kenyataan; ada yang tinggal harapan. Ada perkara yang kita tidak terfikir mampu melaksanakan, tetapi dapat melaksanakannya dengan sempurna. Begitulah sebuah kehidupan. Semuanya Allah s.w.t yang menentukan. Jika Dia menghendakkan sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia... kun fayakun...

Ada beberapa perkara yang tersenarai dalam kotak fikiran sepanjang jalan pulang menuju destinasi yang entah bila akan sampai. Impian dan harapan itu kadang-kadang surut; kadang-kadang pasang. Bergantung kepada masa dan keadaan. Saya percaya Allah akan sentiasa memakbulkan doa seseorang hamba-Nya. Kita perlu sentiasa memohon kepada-Nya agar memberi yang terbaik, kebaikan yang kita boleh nampak dan kebaikan yang kita tidak boleh nampak. Kita jangan jemu memohon pertolongan daripada-Nya. Dialah yang Maha Penyayang dan Maha Berkuasa menentukan segalanya.

Dalam masa terdekat ini beberapa perkara 'berlaku' dalam perjalanan hidupku. Semuanya berlaku secara spontan. Saya percaya, semua ini datangnya daripada Allah - yang menjadi sebab dan akibat...

Sejak kami mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah bulan Jun ini, hasrat untuk membeli tanah bagi tapak rumah di kampung sudah tidak menjadi keutamaan lagi, sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ini. Walau bagaimanapun, pada malam hari Isnin lepas, saya saja-saja melayari web 'jualan' di Kelantan. Tengok jugalah tanah untuk dijual kat area rumah Mama - bandingkan harga. Ada di Mulong, Pintu Geng, Pasir Tumbuh, Padang Enggang dll. Harga boleh tahan juga mahal. Tiba-tiba saya tertarik dengan satu lot tanah (380 depa) di Kg Surau Salor. Harganya RM48K, kira mampu belilah... Keesokan harinya saya menelefon Abg Li - broker tanah itu, dan dia memberitahu bahawa tanah tu tak berapa elok, tanah sawah, kena tambun. Dia bagitahu ada satu lot tanah lagi di Kg Seberang Pasir Mas, tapi agak kecil (229 depa) dan tak perlu tambun, harga RM120K, boleh nego. Terus telefon Papa suruh Papa pergi tengok tanah tu. Then, Papa bagitahu lebih baik beli tanah di Salor dekat rumah dia, agak luas (550 depa - 1/2 ekar lebih) harga RM135K - tanah Cik Yah, kerabat Pakcik Hj Mamat (sepupu late father in-law), warih juga jauh-jauh. Papa kata tanah tu 'cantik'. Nampaknya kenalah cari duit, bukannya ada duit sebanyak tu. Kini, dalam usaha untuk proses loan kerajaan...

Sesungguhnya Dia telah menemukan tapak yang sesuai untuk kami dirikan rumah buat bekalan hari tua - tak jauh daripada rumah Mama dan Papa juga boleh tengok-tengokkan. Sebenarnya, tidak ada dalam perancangan sebelum ini. Kita merancang Dia yang menentukan. Harap-harap ini menjadi kenyataan.