CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 27, 2009

LIPAN BARA

Kali ni, aku ingin bercerita tentang lipan. Terdapat beberapa jenis spesis lipan, salah satunya ialah lipan bara. Warna lipan bara kemerah-merahan seperti bara. Aku sendiripun jarang lihat lipan bara. Lipan yang 'kurus' berwarna hitam tu biasalah juga 'terserempak', tapi spesis yang agak kecil. Anak lipan.

Bisa gigitan lipan boleh membawa maut kepada manusia, terutama jika mangsa gagal mendapat rawatan segera. Bisa lipan jenis tertentu juga boleh menyebabkan mangsa koma dan meninggal dunia jika berlaku kejutan 'anaphylaxis', iaitu alahan atau 'sepsis' iaitu jangkitan kuman serius dalam darah tetapi ia boleh dikesan secara klinikal dan diubati jika segera dirawat. Bagaimanapun, jarang berlaku kes kematian akibat bisa lipan.

Masa cuti sekolah yang lepas, aku nyaris disengat oleh lipan bara. Masa tu aku di rumah ibu mertuaku. Malam tu aku rasa sungguh mengantuk dan tertidur depan TV. Di luar hujan turun, walaupun tidak lebat. Mek suruh aku masuk tidur kerana katanya tak elok tidur di ruang tamu masa hujan-hujan begitu.... Hubby masih menonton TV. Agak-agak pukul 12.30 malam, hubby padamkan lampu untuk tidur. Aku bangun untuk ke bilik air. Semasa aku kembali semula untuk tidur, aku terasa seperti ada sesuatu atas kaki aku. Mula aku ingat lipas, tapi tak mungkin sebab 'kaki' nya banyak dan seperti melekat atas 'tempurung' kakiku. Aku menjerit sambil merentapkan kakiku. Terkejut besar. Terus aku nyalakan lampu. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat seekor lipan bara yang agak besar. Hubby terus ambil batang penyapu untuk 'kerjakan' lipan bara itu.

Hubby beritahu aku selepas itu, semasa dia kerjakan lipan itu, dia terfikir, jika aku disengat lipan bara itu, sekarang tentu dia dalam perjalanan ke hospital. Aku juga terfikir begitu.

Syukur alhamdulillah, Allah s.w.t telah melindungi aku daripada kemalangan itu.

1 comments:

puddinggurl said...

nyaris disengat??
dan menjerit??
tak dapat bayangkan la...
boleh demonstrasi??
haha...