CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 22, 2009

LRT & monorel



Jumpa lagi...

Pagi tadi buat pertama kalinya aku guna monorel untuk ke Plaza Low Yatt dengan hubby. Dari Sentul, naik LRT hingga ke stesen Titiwangsa dan sambung dengan monorel terus ke stesen jalan Imbi.

Sejak pindah dari KL tahun 2000, baru nilah aku naik LRT. Dulu aku selalu guna LRT kalau nak gi ronda-ronda KL dengan Cikgu Norly selepas waktu sekolah. (dengar-dengar Norly dah pindah ke Shah Alam). Dari SMK Taman Maluri, parking kereta di Pandan Indah, turun di Stesen Pudu Plaza, dan terus ke Petaling Street. Norly memang pakar bab2 memilih kain. Dia memang tahu nama/ jenis kain... Kalau dari rumah di Ampang, aku akan guna stesen di Bandar Ampang.

Pada tahun 1998, aku bawa anak-anak, Abe, Emi & Adik (yang masih di sekolah rendah masa tu) ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan Sukan Komanwel yang buat julung kalinya diadakan di negara kita dengan menaiki LRT. Train penuh sesak. Dari Ampang, transit di stesen Sungai Besi, sambung dengan train ke Seri Petaling, untuk ke Bukit Jalil.

10 tahun yang lalu, LRT ke Sentul & Sentul Timur belum ada lagi. Track / rail untuk monorail pun belum lagi dibina. Sebenarnya, binaan track untuk laluan monorail merupakan projek terbengkalai suatu ketika dulu, masa ekonomi negara meleset. Bertahun-tahun juga lamanya...(kini, ekonomi negara kembali meleset - perlu berhemah bila berbelanja...)

Sekali-sekala balik KL seronok juga guna train, tak perlu fikir pasal traffic-jam.

Sebut pasal naik LRT & kedai kain di Petaling Street, teringat pula pada Norly...

Foto : (i) Norly (bertopi) bersama Adik dan anak En. Jamaluddin semasa gotong-royong di SMKTM. Turut sama Asiah, Rohana & Hamimah. Di mana anda semua bertugas sekarang? (ii) Aku bersama Norly (duduk paling kanan)dan barisan pentadbir SMK Taman Maluri. Kenangan pada awal tahun 2000, sebelum aku berpindah dari KL...

0 comments: