Hujung tahun, bermakna
musim bah akan tiba. Mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda
banjir @ bah pasti akan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi
kemungkinan banjir. Yang tidak pasti adalah sama ada bah itu besar atau
kecil..!
Stadium Muhammad ke-IV pada 26 Dis 2014 |
Boleh dikatakan saban tahun pasti berlaku bah, tetapi bah besar tidak semestinya berlaku pada setiap tahun.
SMK Manik Urai yang ditenggelami banjir pada 23 Disember 2014 |
Bandar Kuala Krai pada 23 Disember 2014 |
Sebenarnya, ada bah besar, ada bah kecil. Ada bah disebabkan air hujan yang bertangkung kerana sistem saliran yang tidak baik. Ada bah disebabkan oleh limpahan air sungai yang banyak. Bah air hujan cepat surut. Apabila hujan reda, bah pun akan surut.
Bah air sungai akan berlaku
setelah isipadu air sungai bertambah akibat hujan lebat
berterusan di kawasan hulu. Air sungai berbeza dengan air
hujan... lebih sejuk hingga ke tulang hitam dan warna juga lain. Keadaan akan menjadi lebih gawat
apabila angin monsun bertiup kencang menyebabkan aliran air ke muara
menjadi sebak. Akibatnya, tempat yang rendah akan ditenggelami air dalam
tempoh masa yang lama...
Begitulah
yang terjadi pada 24 DISEMBER 2014 di Kota Bharu... Hujan yang sudah berlanjutan beberapa hari
turun dengan lebat tanpa henti di kawasan Hulu Kelantan telah menyebabkan berlakunya banjir. Kawasan yang mula-mula terjejas adalah di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai seawal 19 Disember 2014.
Di
Kota Bharu, khususnya di Kg Kota air mula melimpah sejak pagi 25hb Dis 2014 dan terus meningkat serta menenggelamkan
kawasan di sekitar tersebut. Ramai penduduk di kawasan yang terjejas terpaksa
meninggalkan rumah masing-masing untuk ke pusat pemindahan banjir. Air
yang deras naik secara mendadak membuatkan sebahagian mangsa banjir yang
terlibat tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa kecuali nyawa...
Hubungan terputus, bekalan elektrik dan air terhenti. (kisah banjir di rumah Bonda akan diceritakan dalam entri yang lain)
Tambatan Diraja, air mula melimpah... pagi 24 Disember 2014 |
Restoran Terapung TESCO... pagi 24 Disember 2014 |
Stesen Bas SKMK... pukul 6 petang 24 Disember 2014 |
Medan Tuan Padang, Kota Bharu pada 26 Disember 2014 |
Kota Darul Naim juga tenggelam... 26 Disember 2014 |
Ramai yang
terkepung dan terkandas. Pelbagai cerita sedih dan menyayat hati
berlaku. Biarlah kisah sedih ini menjadi ikhtibar kepada semua pihak. Banyak harta benda musnah. Ramai kehilangan tempat tinggal terutama sekali di kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Dabung. Kawasan yang ditenggelami banjir penuh lumpur tebal selepas air bah surut.
Tidak dapat dibayangkan perasaan nasib mangsa yang terlibat; berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Banjir di Kelantan pada tahun ini dianggap yang terburuk dalam tempoh lebih 8 dekad, kali terakhir terburuk adalah pada tahun 1929 walaupun pada masa itu air bah tidak menjejaskan penduduk di Kg Kota.
Tidak dapat dibayangkan perasaan nasib mangsa yang terlibat; berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Banjir di Kelantan pada tahun ini dianggap yang terburuk dalam tempoh lebih 8 dekad, kali terakhir terburuk adalah pada tahun 1929 walaupun pada masa itu air bah tidak menjejaskan penduduk di Kg Kota.
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang terselindung di sebaliknya. Semuanya merupakan perancangan daripada Allah s.w.t dan ini merupakan antara ujian serta peringatan Allah kepada kita. Banjir menguji kesabaran dan sejauhmana kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Segala yang kita miliki ini hanyalah pinjaman daripada Yang Maha Esa, bila-bila masa akan diambil-Nya kembali. Mungkin Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi.