Monday, June 29, 2009

Permata Hatiku : Doa dan Harapan

Abe sudah kembali ke kolej semalam. Aku minta keluar awal dari stadium untuk hantar Abe di Terminal Darul Makmur. Hanya satu minggu Abe di rumah dan dia menghabiskan sepenuh masa bersama adik-adiknya, terutama dengan Emi. Entah mengapa rasa berat untuk melepaskan dia pergi kali ni. Mungkin kerana dalam masa satu minggu dia bercuti, tidak banyak masa dapat bersama dengannya. Hanya doa yang sering kutitipkan agar dia terus cemerlang dalam bidang yang diceburinya.

Mengingatkan Abe, kadang-kadang hati jadi sebak. Dalam usianya yang telah genap 23 tahun baru-baru ni, sepatutnya dia sudah habis belajar di peringkat IPT... Tapi apakan daya, dengan apa yang telah dilaluinya, perjalanan hidup menjadi agak berliku... Aku redha dan bersyukur kerana dia masih bersemangat untuk meneruskan pengajian walaupun agak terlewat... Semuanya ketentuan Ilahi.

Emi dan Adik ada satu minggu lagi untuk kembali ke kampus.

Emi akan mula masuk HTAA, Kuantan mulai sem ini. Semoga dia akan terus cemerlang dan cekal dengan pelbagai cabaran yang bakal dihadapi. Perlu lebih tekun dan teliti...

Adik pula akan meneruskan Part 5. Harap-harap dia akan terus berada dalam Dean List sebagaimana 4 sem yang lepas. Untuk Adik, walaupun sibuk sebagai MPP, tugas hakiki jangan diabaikan. Yang lebih penting lagi, dekatkan diri kepada-NYA.

CUTI PERISTIWA

Salam semua,

Agak lama tak update blog. Minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk. Ilham tak kunjung tiba untuk dicoretkan.... Walau apa pun, menjenguk blog favourite tetap tidak ditinggalkan untuk mengikuti perkembangan. Rutin harian yang banyak memberi inspirasi.

Hari ni Cuti Peristiwa sempena Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-40 yang diadakan semalam di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Sebenarnya, sukan tahunan sekolah tahun ni dah beberapa kali tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...

Minggu lepas penuh 7 hari bertugas di sekolah. Sabtu merupakan hari persekolahan ganti - Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, June 18, 2009

Di Masjid Nabawi (1)




Pengalaman pertama di masjid Nabawi. Sesampainya di dataran masjid, aku lihat ramai jemaah di sana. Dalam hati mengatakan, mungkin di dalam masjid sudah penuh. Aku menarik tangan adik untuk pergi lebih dekat dengan masjid. Aku lihat di muka pintu masjid jemaah berpusu-pusu dan bertolak-tolak. Anggapanku kuat mengatakan bahawa, keadaan di dalam masjid sudah penuh. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan, aku telah mencari ruang di muka pintu masjid untuk membentangkan sejadah kerana azan sudah berkumandang. Hari pertama, walaupun aku solat di muka pintu masjid...terasa sayu dan syahdu kerana aku diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Masjid Nabawi. Jauh di sudut hati ada sedikit rasa terkilan...mungkin ini ujian untukku.

(Semasa pergi untuk solat zohor, barulah terjawab, yang bersesak-sesak di muka pintu itu rupa-rupanya jemaah berebut-rebut untuk melalui 'pemeriksaan' oleh pengawal pintu masjid. Di dalam masjid sebenarnya masih banyak tempat yang kosong. Selepas itu, aku sentiasa mencari saf di hadapan.)


Kawalan di Masjid Nabawi agak ketat. Jemaah tidak dibenarkan membawa masuk kamera atau telefon berkamera. Yang nak bawa masuk juga tu, pandai-pandailah... Aku nampak pengawal pintu masjid melayan jemaah dari Malaysia dengan penuh sopan. Mereka selalu sebut "Ibu...ibu..." atau "Hajah...hajah..."

Masuk sahaja ke dalam, berderet-deret tong air zam-zam. Aku memilih untuk minum air zam zam 'not cold' agar boleh merasai keasliannya.

Rak al-Quran tersusun kemas di tiang-tiang masjid.

Di bumi Anbia'







Rombongan kami seramai 32 orang (16 + 16) termasuk 2 orang mutawif (Ustaz Mad Lati dan Hj. Mustapha Bunut Payong) selamat sampai di Jeddah pada 31 MEI 2009 (Ahad) lebih kurang pukul 6.00 petang waktu tempatan. Matahari masih memancar dan cuaca agak panas. Selepas selesai urusan di airport, kami terus bertolak ke Madinah.

Perjalanan kami ke Madinah bermula jam 6.30 petang. Lebih kurang pukul 8.30 malam, bas berhenti di masjid R&R untuk solat Isyak dan makan malam. Kami sampai di Madinah lebih kurang pukul 12.00 malam...cuaca agak panas .kami sampai di Hotel Al-Fairoz pukul 12.30 malam.

Jarak tempat penginanapan kami dengan dataran Masjid Nabawi tak sampai pun 50m.

Aku, Adik, Ustazah (Kak Lah) dan Cik Dah ditempatkan di bilik 901. Hubby, Emi, Cikgu Mad dan anaknya Hafizi di bilik 601. Ustaz Mad, Abang Long, Cikgu Hadi & En. Nizam di bilik 903. Manakala 3 orang anak Cikgu Mad dan isterinya - Kak Nik di bilik 604.

Kami hanya merehatkan badan buat seketika kerana tidak sabar untuk ke Masjid Nabawi untuk melihat keindahan dan keistimewaannya seterusnya untuk menunaikan solat di sana.

Selamat kembali




Tepat 2.00 petang waktu tempatan 14 hb Jun 2009, rombongan kami selamat tiba di KLIA. Abe, adik-adikku (Noni, Mutia, Nadia & Idayu) serta anak-anak buah (Along Aina, Tasha, Najwa, Ika, Afiq & Baby Balqis) Lie, setia menanti sejak pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih.

Syukur kepada Ilahi kerana memberi peluang menjadi tetamu-Nya. Banyak pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Yang pasti, ia memantapkan lagi keimanan dan rasa syukur terhadap KEESAAN-NYA serta memperkasakan lagi kefahaman tentang apa yang didengar atau dibaca sebelum ini berkenaan dua kota suci itu.

Agak lewat memulakan coretan ini kerana diri masih terkenang dan termangu-mangu akan keistimewaan Tanah Haram. Sehingga kini, setiap saat, waima dalam tidur, masih termimpi-mimpi berada di sana.

Bersyukur juga kerana setiap urusan di sana dipermudahkan. Kesihatan langsung tidak terganggu walaupun persekitaran agak berdebu dan panas - ada ketika suhu menjangkau 45 darjah celcius. Alhamdulillah.

Cuma, selepas sehari tiba di tanah air, akibat kekurangan minum air semasa dalam penerbangan, penyakit tonsilitis yang memang sejak sekian lama ada, mula menunjukkan 'garang'....