Tarikh yang tetap akan dikenang.
Pada tarikh tersebut, aku menghadiri Majlis Konvokesyen bakal 'teman seiring jalan sepanjang hayat' yang berlangsung di DTC, Universiti Malaya. Saat itu belum 100% pasti! Setahun selepas itu, ia menjadi suatu kepastian yang nyata dan kekal hingga kini... dan setelah 29 tahun berlalu, ia menjadi semakin pasti...
26 OGOS 1985... |
Pada tarikh yang sama juga, lahir seorang lagi puteri dalam keluargaku. Dinamakan NADIA HANUM oleh ayahanda tercinta. Semasa kecil sangatlah lain daripada yang lain... terkena sawan tangis... menangis aje kerjanya... menangis dan berguling-guling sehingga berhenti sendiri. Papa & Mama tak mampu berbuat apa-apa semasa dia menangis... biarkan dan hanya tengok serta berdoa sahaja, setelah penat, berhentilah dia menangis....
Esok @ lusa akan berulang lagi... macam dalam filem AHMAD ALBAB pula !
26 OGOS 1984 - 18 SEPTEMBER 1985.... ketika berusia setahun lebih |
Jikalau bapa 'Mastura' menamakan anaknya yang kuat menangis itu dengan nama AHMAD ALBAB lalu terus hilang tangisannya, NADIA HANUM juga ada ceritanya yang tersendiri.
Setelah sawan tangisnya berlarutan dalam tempoh yang agak lama juga, lalu Papa & Mama terfikir untuk meletakkan gelaran 'WAN' dipangkal namanya = WAN NADIA HANUM... (mungkin juga ilham daripada Nenek Lijah, ni nak kena tanya Mama...) barulah hilang sawan tangisnya itu...! Nampaknya, dia nak juga gelaran WAN yang dibawa oleh moyang sebelah Mama, WAN JEMILAH BT. WAN SAID.
Inilah asal-usulnya adikku yang sorang ni yang lebih dikenali dengan 'WAN' dalam kalangan keluarga terdekat berbanding dengan namanya yang sebenar. Hilang nama asalnya, kecuali anak-anak buah aje memanggilnya 'CIK HA'. Itulah alkisahnya!
2010.... |
Pada tarikh yang sama juga, lahirlah HUFZAIDAH, puteri sulung dalam keluarga arwah Abang Aziz (abang ipar). Kini, dia serta 4 orang adiknya telah menjadi yatim piatu sejak beberapa tahun lepas.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30 Wan dan Adah....
Kenangan yang mewarnai hidup keluarga kami ini tetap kekal dalam ingatan ...
6 comments:
ishk2...
naseb fyfy nanges lu x smpat tukar2 name..
same ngan makcik dier la upenyeee
Fify nanges sbb x boleh berenggang dng umminya... Cik Ha nanges 'saja-saja' ikut 'mood' sawan dia... bukan stakat nanges... berguling-guling lg..he..he.. tak kiralah masuk bwh kerusi ke ape ke... walaupun ada beza dgn anak buahnya itu, tapi boleh masuk dlm kategori yg sama lah...kua...kua...kua !!!
hahahahah... best gak kalo name jd wan mutia anggerek heheh..tp pjgn sangat la cikgu nak tulis nama dlam buku kedatangan
kalo gtu letak wan aina zaireynna..xde la tetiap kali exam angka giliran 0001..
cuba bygkan nama fyfy dulu tambah wan.. Wan Ain Hafeeza Feytreynna.. huhu.. nasib baik i tak kena sawan nangis dulu...
tuan dia dah baca ke belum entri ni...? asik sibuk memanjang ... !
Post a Comment