Pagi tadi, tapi tidaklah pagi sangat... dah hampir pukul 10.00 pagi hubby ke pasar basah di atas bukit IM2. Dia kata nak cari ikan segar, nak masak singgang. Lama dah tak makan ikan singgang, katanya.
Tapi apabila sampai di rumah, katanya tak ada ikan yang 'segar' kerana sudah agak lewat.... Dia beli ikan cencaru, ayam, sedikit daging, (katanya untuk digoreng dengan mihun malam nanti) dan ketam. Nak gulai lemak cili padi padi, katanya.
Selepas selesai membasuh ikan, ayam dan menyimpan ketam serta daging ke dalam peti ais, kami mengambil sarapan walaupun sudah melewati pukul 11.00 pagi. Sarapan dengan air kopi panas dan roti fiber gardenia bakar yang disapu dengan sedikit marjerin + kaya. Sambil-sambil tu sempatlah ber'fb' dan membuka emel....
Pukul 1.00 tengah hari, kami masuk ke dapur. Tugas saya hanya menyediakan bahan-bahan untuk menggulai ketam lemak cili padi. Bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit ditumbuk menggunakan lesung batu. Selebihnya hubby yang selesaikan.
Ikan cencaru yang agak besar dilumur garam kunyit dan digoreng biasa. Daging pula digoreng kicap campur dengan ubi kentang goreng yang dibelah bersegi lima atau empat.
Inilah juadah makan tengah hari dan malam untuk kami bertiga hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi atas rezeki yang diberi....
1 comment:
sedapnya nampak ketam masak cili padi tu..:)
Post a Comment