Rindu yang tersimpan beberapa minggu terlerai sudah...
Tengah hari semalam Hannan balik 'kampung' bersama Abah & Mummynya... kebetulan anakanda Fahmi off 3 hari....
Gelagatnya yang semakin keletah membuatkan hati kami terhibur. Sudah pandai posing....Hannan suka sangat tengok kamera.
Hannan hadiahkan kek hari jadi untuk Tok Ayahnya....
Walaupun hanya satu malam, tetapi cukup untuk mengubat kerinduan kami.
Pagi 19.12.12, saya ke sekolah kerana keputusan PMR akan diumumkan. Masa tu Hannan baru bangun dari tidur. Hannan dibawa oleh Abah dan Mummynya ke ECM. Cik Dya juga ikut sekali. Katanya nak pergi cari baju Hannan untuk majlis Paklong Ayiehnya nanti....tapi tak ada. Nantilah, Tok Ayah belikan untuk Hannan....
Sekembalinya Hannan dari ECM, lebih kurang pukul 3.00 petang kami sama-sama berkonvoi ke KT.....
Syukur alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment