CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 31, 2014

CUTI - BEKWOH NIKAH KAHWIN (1) : Along & Nami...



Setiap kali musim cuti sekolah, banyak sekali majlis kenduri kahwin atau bekwoh @ 'big work'.  

Majjange....

 bekas siso untuk ore blarok....


Beberapa majlis kenduri kahwin kerabat terdekat sudah menunggu kepulangan kami di kampung halaman. Ada yang sudah dimaklumkan, mungkin ada yang hanya diketahui setelah pulang ke kampung halaman tercinta.  Ada juga jemputan untuk 'berarak' @ menyertai rombongan bertandang ke rumah pengantin.... insyaAllah, jika tiada aral, akan kami penuhi undangan tersebut.



Bermula dengan majlis perkahwinan anak saudara perempuan sulung, pada 31 MEI 2014 bersamaan dengan hari SABTU bertemakan "RED DAY", majlis berlangsung dengan meriahnya.    Istimewanya, cucunda FARHAH HANNAN dan FALISHA SALSABILA turut memeriahkan majlis keluarga ini....
sempat berposing sebelum bertolak ke masjid


Mama & Mok Abe dengan cicit... FALISHA SALSABILA

FALISHA atas ribaan Tok Ayah....
 sebelum bertolak ke masjid...
Majlis bermula seawal 9.00 pagi dengan upacara akad nikah yang disempurnakan di Masjid Kota yang sedang dalam proses pengubahsuaian…. Dengan sekali lafaz sahaja, bermulalah fasa baru dalam kehidupan AINA ZAIREYNNA BT. MD ZAINUDDIN dengan SHAHRUL NAZMI….  


selesai sudah....

sementara menunggu bakal pengantin perempuan tiba....

Hannan dengan monopod Kaka....

berlatarbelakangkan masjid yang sedang dalam pengubahsuaian....

Cerita tentang musim bekwoh nikah kahwin ni, saya terpanggil untuk mencatat sesuatu tentang pernikahan dan perkahwinan...

Sebenarnya, pernikahan bukan sekadar menghalalkan yang haram tetapi ia lebih daripada itu.

"...Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan..."


Jika dahulu hanya fikir tentang diri sendiri, apabila berkahwin kena fikir sekali tentang pasangan/anak2/keluarga kedua2 belah pihak. Bukan sedikit pengorbanan daripada pihak suami, isteri dan apatah lagi anak-anak. Apabila sudah tinggal bersama, segala kekurangan diri akan terserlah. Carilah titik persamaan yang akan mengukuhkan lagi ikatan yang ada, bukan masing2 mencari alasan untuk saling menjauhkan diri.

Begitulah kehidupan berumahtangga, lengkap melengkapi dan saling memerlukan antara satu sama lain. Perkahwinan datang bersama dengan tanggungjawab yang mesti digalas di bahu.


Sebaik-baik contoh kehidupan berkeluarga ialah rumahtangga Rasulullah s.a.w. 


Baginda yang paling berlemah lembut pada keluarganya. Baginda menyayangi kanak-kanak dan tidak segan untuk mencium anak-anak dan cucu-cucu baginda. 


Sesungguhnya banyak lagi yang kita boleh pelajari dari buku-buku yang baik yang bercerita tentang Sirah Rasulullah s.a.w. untuk kita jadikan pedoman.

Pelbagai cerita yang kita baca dan ada yang kita lihat dengan mata sendiri tentang perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bersabda :

"... bukan dari kalangan umatnya sesiapa yang menentang perkahwinan. ... Jika seseorang itu berkahwin maka telah sempurna sebahagian dari agamanya. Besarnya nilai sesebuah perkahwinan...."


Malangnya apa yang kita lihat hari ini amat menggusarkan. Perkahwinan menjadi seperti permainan.  Apabila suka, ambil, tak suka, lemparkan ke mana-mana sahaja. Ada yang berkahwin umpama menukar baju, baik lelaki atau perempuan. Bukan sedikit seorang suami yang mengabaikan anak isteri hanya untuk mengejar wanita lain.

Kepada adik-adik yang akan berkahwin, selalu saya ingatkan. Kadang-kadang jadi seperti leteran kepada mereka ....

Cantik atau kacak bakal pasangan kita, bukan menjadi keutamaan bila telah sah ikatan perkahwinan. Apa guna pasangan yang cantik atau kacak jika masing-masing tidak menjalankan tanggungjawab? Mungkin sebelum bernikah, adik-adik hanya mendengar umpama angin lalu apa yang saya katakan, tapi selepas bernikah mereka akan mengakui dan berhadapan dengan realiti kehidupan. Tambah lagi, apabila telah ada cahaya mata, tanggung jawab menjadi semakin besar !


"....perkahwinan itu akan menjaga kehormatan dan pandangan....tetapi jika agama tidak dijadikan landasan dalam sesebuah perkahwinan, maka jadilah perkahwinwn itu umpama barang yang tiada nilai..."


Untuk  Along Aina dan Nami, kami sekeluarga mendoakan agar kalian dikurniakan zuriat yang soleh & solehah dan ikatan perkahwinan berkekalan hingga akhir hayat terus ke syurga Firdaus.... TAHNIAH.


0 comments: