Kesempatan
ini diambil untuk menitipkan doa kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang
telah dan yang akan berangkat ke Tanah Suci dalam masa yang terdekat ini.
Semoga kalian menjadi tetamu Allah s.w.t yang paling istimewa.
Kepada sepupuku DR. HANIAH YUSOF dan suami, telah selamat berangkat ke Tanah Suci dan untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga Kak Chik dan Zamani dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan memperoleh haji yang mabrur. Kak Chik merupakan jemaah KT03 yang berlepas pada petang 16 Ogos dari KLIA.
di Kompleks Haji Panji Kota Bharu |
11 minit selepas berlepas dari KLIA |
selamat mendarat di Madinah selepas 8 jam di udara.... |
hari pertama ... di Dataran Masjid Nabawi |
Ucapan yang sama juga ditujukan kepada
sahabatku yang pernah bersama-sama menimba ilmu di Lembah Pantai, WAN THUBIYAHANA yang kini bertugas di SMK Agama Chenor, yang
juga akan berangkat ke Tanah Suci, Buat Wan, selamat menjalani
ibadat haji, semoga memperoleh haji yang mabrur... dan selamat kembali
ke tanah air.
Semoga
selamat semuanya... Insya-Allah.
Saya
terpanggil untuk berkongsi 'Mutiara Bicara' dengan rakan-rakan yang singgah di
sini. Mutiara Bicara ini ditulis oleh Dr. Ridzwan Bakar dalam "HAJI
MUDA" (2008),... sekadar untuk mengingatkan diri saya sendiri.....
"Tawaf
dan Kaabah mengikat hati jemaah haji supaya terus mengingati kebesaran Allah.
Di sinilah titik tolak cabaran haji. Ia perlu direalisasikan dengan
melaksanakan amalan-amalan di Tanah Suci apabila kembali ke tanah air. Semoga
kita semua istiqamah dan berusaha mempertahankan amalan-amalan semasa haji
dalam kehidupan kita."
Kami tidak pernah jemu menunggu kad jemputan daripada-Nya sekali lagi.... semoga akan tiba saat yang membahagiakan itu....
No comments:
Post a Comment