Sunday, November 25, 2018

Mikahil Balik Kampung (2)

Mikhail balik kampung lagi.

Kali ini lebih lama.

Sementara tunggu TokAyah solat





















Kami bergerak dari IM8 lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.   Kami berhenti solat di RnR Paka.  Sementara menunggu MakTok solat, Mikhail 'pancing' TokAyah utk bawa Mikhail ke 'play ground' yang ada di R & R itu.   Seronoklah Mikhail. 



Kami tiba di LAVENDER lebih kurang pukul 6 petang.    Mikhail bermalam bersama MakTok selama 2 malam  dan selebihnya di rumah TokMa di RP.


Mikhail dapat menikmati pengalaman hidup seorang kanak-kanak di kampung yang penuh kehijauan.



Berlari-lari di laman LAVENDER tanpa halangan.



















Mikhail akan bercuti di kampung ulang alik KB - Ktn sehingga 20 DISEMBER 2018.







Friday, November 23, 2018

Minggu-minggu Terakhir Sesi Persekolahan 2018

Akhirnya, sesi persekolahan 2018 sampai ke penghujungnya.  

Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan.  Dalam kesibukan melunaskan tugasan akhir tahun, pelbagai program telah dirancang untuk memastikan kemenjadian murid berjalan seperti biasa.





































23 NOVEMBER 2018 merupakan hari terakhir PUAN SITI SARA  di SMKTPsetelah berkhidmat di TP berbelas-belas tahun lamanya.  Semasa saya mula bertugas di TP, Siti Sara sedang bercuti tanpa gaji mengikuti suami yang sambung belajar di UK.







Walaupun sekolah sudah mula bercuti, tugasan yang diamanahkan sebagai persiapan sesi baharu 2019 perlu dilunaskan.  Begitulah ketentuannya, berulang alik Kuantan - KB - Kuantan dalam masa beberapa minggu ini.   

Semoga dalam beberapa tahun terakhir ini sebagai penjawat awam, aku dapat menyumbang bakti terbaik buat semua.  Insya-Allah.


Sunday, November 11, 2018

Coretan Rindu Buat Hannan Bella

Rindu MakTok tidak pernah lekang di jiwa.  Rindu akan Hannan, Bella, Abah dan Mommy.  Kerja kadang-kadang membataskan MakTok untuk kerap bertemu, lebih-lebih lagi sekarang MakTok dan TokAyah berjauhan. 


Pulang dari sekolah lepas JUMAAT dua hari lepas, sambil mengadap juadah tengah hari MakTok membuka cerita untuk jalan-jalan ke Kuala Terengganu hujung minggu nanti.  Cadangan MakTok  disambut dengan senyum oleh TokAyah.  Kebetulannya Ummi masih bercuti, AyahLong tak kerja dan CikDya pun tak ada kelas.  Bolehlah bawa Mikhail berjalan-jalan. 

Sebenarnya, kami bercadang untuk bertolak awal pagi.  Singgah sarapan di mana-mana dan terus ke KT.   Kereta yang dihantar untuk 'disolek' hanya siap pukul 10 pagi.  Jangkaan sebelum ni akan siap paling lewat semalam, tetapi cuaca yg tidak menentu selalu hujan menyebabkan kerja-kerja 'menyolek kereta' lambat sedikit. 

Sabtu, lebih kurang 11 pagi VAN6209 bergerak perlahan meninggalkan IM8.  MakTok bersama-sama TokAyah, Ayah Long, CikDya, Ummi dan Mikhail tak sabar-sabar lagi untuk bertemu Hannan dan Bella.  

Kami tiba di pekarangan Klinik SihatSokmo melewati waktu Zuhur kerana MakTok singgah sekejab di CantikSekali. 












Terlerai sudah rindu MakTok dan TokAyah.  Mikhail juga sangat gembira bertemu Kakak Hannan dan Kak Bella....


Tuesday, November 6, 2018

Gulai Bekwoh Sambil Main Hujan

Sempena cuti Deepavali baru-baru ini, saya ambil kesempatan balik ke D'LAVENDER.  Sudah beberapa bulan tidak kujenguk teratak cinta ini.   Ada ketenangan di sini.  Rehat minda sambil merenung diri.... 


Pada kesempatan cuti beberapa hari ini, sempatlah saya hadir di majlis kenduri sambut menantu sepupu,  ROSDI YUSOF di Kg Wakaf Sena, Kota pada 5 NOVEMBER 2018 bersamaan hari ISNIN.  Majlis berlangsung penuh meriah walaupun hujan yang turun sejak beberapa hari sebelum itu mencurah-curah membasahi bumi.  Tanda-tanda awal tengkujuh bertamu di Pantai Timur.  Berpayung berpimpin tangan menuju ke rumah Mok Abe mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ketika bermain hujan musim tengkujuh....








Tahniah diucapkan kepada Abe Die dan Kak Yam atas kurniaan menantu pertama dalam keluarga.  

Kesempatan di majlis keluarga begini membolehkan kami bertemu mata bersua muka beramah mesra dengan sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.   Semoga ukhuwah antara kami sentiasa kukuh menyambung silaturahim leluhur terdahulu.


Sunday, November 4, 2018

Mikhail Balik Kampung (1)


Cuti beberapa hari sempena DEEPAVALI.  Bercadang balik menjenguk D'LAvender yang kutinggalkan lebih 2 purnama lamanya.  Rindunya....


Mikhail balik ke kampung.  Tanpa Abi.  Tanpa Ummi.  Mikhail balik bersama MakTok dan Tok Ayah.  Pertama kali....

Pagi minggu yang dingin, seperti biasa Mikhail bangun bersiap-siap seperti akan dihantar ke rumah Mama Pengasuhnya.  Ceria wajah cucuanda setelah memasuki VAN6209, mengambil tempat di ribaan MakTok.   

Kami bertolak seawal pukul 7 pagi.  




Thursday, November 1, 2018

Tengkujuh Mula Bertamu

Kelmarin, semalam hingga ke hari ini hujan berterusan, sekejab lebat, sekejab renyai-renyai. Merupakan satu medley ala marathon.

Pagi tadi aku bangun awal seperti biasa bersiap-siap untuk
 ke sekolah. Sejuknya menggetarkan dagu. Bayu pagi yang menghembus nipis menikam hingga ke tulang som-som. Beburung tidak bersiul pagi ini.
Sayup-sayup kedengaran azan Subuh dari masjid dan surau berdekatan diselang-seli dengan bunyi deraian air hujan....Biji-biji manik hujan menitis entah berapa billion trillion jumlahnya. Segala lopak dipenuhi air. 




Hujan masih menitis terjun ke bumi.
Gaya nak rentinya belum pasti. 

hujan akan turun lagi dan lagi...

Musim hujan banyak meninggalka
n kenangan....

Musim hujan @ bah
semua urusan menjadi sukar
dan lambat.

Syukur, kita masih lagi diberi peluang
melihat titisan hujan
dan men
dengar titisan hujan
jatuh ke bumi......