Tuesday, November 6, 2018

Gulai Bekwoh Sambil Main Hujan

Sempena cuti Deepavali baru-baru ini, saya ambil kesempatan balik ke D'LAVENDER.  Sudah beberapa bulan tidak kujenguk teratak cinta ini.   Ada ketenangan di sini.  Rehat minda sambil merenung diri.... 


Pada kesempatan cuti beberapa hari ini, sempatlah saya hadir di majlis kenduri sambut menantu sepupu,  ROSDI YUSOF di Kg Wakaf Sena, Kota pada 5 NOVEMBER 2018 bersamaan hari ISNIN.  Majlis berlangsung penuh meriah walaupun hujan yang turun sejak beberapa hari sebelum itu mencurah-curah membasahi bumi.  Tanda-tanda awal tengkujuh bertamu di Pantai Timur.  Berpayung berpimpin tangan menuju ke rumah Mok Abe mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ketika bermain hujan musim tengkujuh....








Tahniah diucapkan kepada Abe Die dan Kak Yam atas kurniaan menantu pertama dalam keluarga.  

Kesempatan di majlis keluarga begini membolehkan kami bertemu mata bersua muka beramah mesra dengan sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.   Semoga ukhuwah antara kami sentiasa kukuh menyambung silaturahim leluhur terdahulu.


No comments: