Pada 6 FEB 2019 pula, sebelum adinda Noni dan keluarga terbang pulang ke KL penamat cuti sempena CNY, kami berkonvoi membawa Papa dan Mama berkunjung ke Masjid Ar Rahman, Pulau Gajah, Sabak. Kami sempat solat Asar berjemaah di masjid tersebut.
Kami bertolak dari rumah Mama lebih kurang pukul 3 petang. Perjalanan ke Pulau Gajah mengambil masa lebih kurang 25 minit.
TERPEGUN seketika
tatkala kereta menghampiri tempat letak kenderaan di Masjid ar Rahman di
Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Apa tidaknya, keindahanan seni binanya yang indah memukau mata yang
memandang!
Terletak kira-kira tujuh kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra, masjid yang baru dibuka tahun lalu ini kian menjadi sebutan dan menjadi
tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Seolah-olah berada di tengah-tengah pulau, masjid ini sebenarnya dibina
di atas tanah paya bakau oleh seorang penderma yang mewakafkan tanah miliknya,
dibeli sejak 25 tahun lalu.
Menurut penduduk tempatan yang kebetulan kami temui usai solat Asar berjemaah memberitahu bahawa penderma yang menanggung kos pembinaan masjid ini ada dalam masjid semasa solat Asar berjemaah tadi. Penderma itu sendiri bertanggungjawab sepenuhnya dalam rekaan masjid itu.
Masjid ini adalah gabungan seni bina Melayu Kelantan, nusantara
terutama Indonesia, ada sedikit sentuhan Turki dan Yaman.
Malah ukiran ayat al Quran daripada kayu yang memenuhi bahagian
atas masjid menggunakan kepakaran pengukir dari Japara, Indonesia. Bukan itu saja, banyak juga hiasan dalaman dalam masjid ini yang
diperoleh dari negara luar misalnya dua batang pokok tamar diimport dari Timur
Tengah menyerikan lagi kawasan mimbar.
Kayu
cengal jadi pilihan
10 batang kayu cengal dari kawasan hutan Hulu Kelantan juga menjadi penyeri
dalam pembinaan masjid ini. Lima batang kayu sebesar pemeluk yang didirikan di
ruang solat dalam masjid mewakili Rukun Islam, lima perkara.
Setiap arca atau hiasan dalaman masjid ini mempunyai maksud yang
tersirat. Ini termasuk batu yang diukir dengan ayat suci al Quran, menjadi
hiasan di tepi masjid juga adalah diilhamkan dari Batu Bersurat Terengganu.
Beduk dan ketuk-ketuk di luar masjid juga adalah yang asli dibeli dari
negara jiran.
Walaupun beduk tersebut tidak digunakan, tetapi warisannya boleh dilihat oleh
generasi muda, bagaimana di zaman dahulu tanpa pembesar suara, kita menggunakan
kedua alat itu untuk menandakan waktu solat masuk.
Guna tenaga hijau
Pandangan dari luaran masjid ini lebih nampak
tradisional dengan diinspirasikan Masjid Kampung Laut, masjid tertua di
Malaysia tetapi pihaknya tetap menerapkan ciri teknologi hijau dalam memastikan binaannya mesra alam.
Tanpa menggunakan penghawa dingin, masjid ini agak sejuk di bahagian
dalam kerana binaan tingkap dari atas ke bawah di sekeliling bangunan ini
secara tidak langsung membuka laluan angin.
Nah, apa lagi, jika ke Kota Bharu, singgah-singgahlah ke Masjid ar
Rahman Kampung Pulau Gajah, kerana pastinya anda juga terpegun dengan seni
binanya seperti penulis juga.
Kami meninggalkan perkarangan masjid dengan rasa puas kerana dapat membawa Papa dan Mama ke sini melihat warisan seni bina Islam yang sungguh indah. Kami singgah di restoran WAU dalam perjalanan pulang ke rumah.
1 comment:
numpang share ya min ^^
buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Post a Comment