Sunday, August 16, 2009

Hujung Minggu yang Padat


Selama lebih sebulan, hujung minggu kami padat dan agak memenatkan...

Bermula pada 8 Julai 2009 - Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik & Hari Pelaporan di sekolah. Lepas tu terus ke Jengka, jumpa adik dan bermalam di Mercu View Resort.

Petang Rabu (22/ 7- 26/7/2009) ke KL kerana Abe dimasukkan ke PUSRAWI. Habiskan hujung minggu bersama Abe di KL. Minggu berikutnya, 1/8/2009 ke KL lagi kerana Abe masih di PUSRAWI dan dia dibenarkan keluar pd 2/8/2009, terus bawa Abe balik ke Kuantan .

Sabtu berikutnya, 8/8/2009 bawa Abe sekali lagi ke PUSRAWI untuk rawatan susulan. Terus balik pada hari yg sama. Kebetulan Emi balik ke Kuantan kerana pd hari Jumaat dia ada lecture di HTAA. Adik pula bersama MPP UiTM Pahang ada program Khidmat Masyarakat di surau Indera Mahkota 5, Kuantan. Jadi, kami ambil keputusan utk tidak bermalam di KL, terus balik ke Kuantan utk bersama Emi & jumpa Adik . Keesokan harinya, pergi jumpa adik di surau IM5.

Adik ajak ke PC Fair, katanya nak beli notebook cool pad. Pada mula kami agak keberatan utk pergi memandangkan situasi H1N1 di Kuantan akhir-akhir ini agak membimbangkan! Tetapi demi memenuhi permintaannya, kami pergi jg dengan agak berhati-hati....

Sampai di PC Fair Mega Mall, bukan Notebook cool pad saja yang dia nak, tapi beberapa benda lain lagi. Bila tel tanya Abe apa yang dia nak, dia kata nak notebook cool pad jg. Emi pula bila ditanya, nak notebook cool pad dan pen drive (dia kata 4GB pn tak apa...!). Saya sendiri pula ambil kesempatan utk beli external (sebenarnya dah lama nak beli, ttp tertangguh...) Nak simpan fail kerja2 sekolah sebagai back-up ! Jadi hari tu, daripada nak beli 1 notebook cool pad, dah jadi 3 + pen drive + ear phone + mouse + external 250GB. Fening...fening....!!!!

Apabila bawa balik ke rumah, rupa-rupa ada miscomunication - Emi kata dia ada beritahu via phone bahawa Abe nak external baru. Yang dia ada sekarang hanya 80GB, jadi dia nak yang lebih besar. Tak perasan pula bila masa Emi beritahu ketika menelefon dia. Jadi, terpaksalah bagi yg baru tu kpd Abe, dan yang 'antik' tu tu saya ambil. (sebenarnya pd asalnya, Adik yg punya, bila dia dibeli yang baru, yg itu diberi kpd Abe...)

Hujung minggu ini 15/8/2009, sekali lagi kami ke KL bawa Abe utk follow -up di PUSRAWI. Kami bertolak awal pagi selepas singgah di sekolah sekejab. Sabtu baru ni merupakan hari persekolahan ganti untuk cuti Deepavali. Selepas selesai semua urusan, kami terus balik, dptlah rehat di rumah sepuas-puasnya hari ini! Next appointment dengan doktor ialah pada 12 Sept 2009, seminggu sebelum raya. Harap-harap masa tu Abe dah pulih 100%. Bolehlah dia jadi driver utk auntie & cousin dia yg nak balik beraya di kg...he..he..

Minggu depan, hari Jumaat 21/8/2009 hari akhir persekolahan pertengahan semester kedua. Lepas sekolah hajat hati nak balik KB, jengok kedua-dua orang tuaku termasuk ibu mertuaku. Dah lama tertangguh kerana terpaksa berulang-alik ke KL. Minggu depan juga bermula bulan Ramadhan. Jadi sempatlah berpuasa dengan Papa, Mama & Mek Kiah sehari dua. Tak boleh balik lama walaupun cuti sekolah 1 minggu sebab hubby kena reserve cuti utk hari raya. Lagipun, minggu depan Emi tidak akan ke Hospital Temerloh, dia akan menjalani praktikal di HTAA utk satu minggu. Kenalah bersama dia, bolehlah kami bersahur & berbuka bersama...!

Hujung bulan bersambung cuti hujung minggu + Hari Kebangsaan, mungkin Adik balik ke Kuantan. Mungkin dia balik dengan kawan baik dia Che Wan Fatin. Jadi, dapatlah bersahur & berbuka bersama Adik 2 @ 3 hari tanpa perlu ke Jengka & bermalam di Mercu View !

Foto : Papa, Mama & Mek Kiah

3 comments:

Unknown said...

sgtla tidak bleh balik masa cuti merdeka... huhuhu..ada program kena handle.. =( tp tgkla dulu cmne nak lari or nak stay... but if kena stay mak ngn ayah kena dtg berbuka kat mercu.. hehehehe

roshanilawatey said...

ok,kalau tak boleh balik bg tahu awal... nampaknya abe kena ikut skalilah !

roshanilawatey said...

kalau adik tak boleh balik, mak pergi sanalah. mungkin abe tak ikut, emi ada di rumah masa tu. Hari ni pun abe tak ikut balik kg. Dia nak rehat di rumah... kalau balik, dia rasa tak selesa!