CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 30, 2012

Lebih sebulan yang padat dan sarat....

Hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan APRIL 2012.  Esok fajar MEI menjelma pula.  MEI yang belum pasti warnanya. 

Dalam tempoh beberapa minggu yang lalu, sejak bermulanya bahagian kedua semester pertama ini rasanya setiap hari Sabtu dan hujung minggu padat dengan aktiviti.  Terasa lelah dan agak kepenatan pada usia 'di penghujung remaja' ini.  Itulah kehidupan.  Perlu diredah dan ditempuh demi kelangsungan hidup; demi kesejahteraan keluarga; demi mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu....!

ke KL usai AGM PIBG....  31/3 - 1/4

Merenung kembali minggu yang penuh terisi dan melelahkan ini kadang-kadang menjadikan diri tidak sempat untuk melayangkan ingatan ke tempat lain....  

Berikut ialah beberapa catatan perjalanan di sepanjang jalan pulang sebagai kenangan peribadi, aktiviti selain daripada tugas hakiki di dalam kelas sepanjang Mac - April yang telah berlalu.....


19.3.12
(Isnin)
Bermula bahagian ke-2 semester 1
Minggu-minggu seterusnya pasti sibuk dengan pelbagai program untuk ‘MENCERDIKKAN’ anak didik tercinta….

31.3.12 (Sabtu)
- Mesyuarat Agung PIBG & Hari Pelaporan Akademik
- Ke KL, usai AGM PIBG jumpa anak
-  beli ‘Apple’ di Plaza Low Yat untuk puteri bongsuku

1.4.12
(Ahad)
Dari KL – Ktn, sampai di rumah sudah agak lewat malam

6.4.12 – 8.4.12
(Jumaat – Ahad)
Larian Desa
-         bergegas balik KB usai acara Larian Desa kerana ayahanda sakit – naik bas pukul 1.30 tgh hari – bersendirian - sampai KB pukul 9.00 mlm
-          Ahad dari KB – Kuantan, perjalanan yang lama – sampai Ktn pukul 12.30 tengah malam
·         Terpaksa mengecualikan diri untuk LADAP Panitia BM pada 9.4.12 (Sabtu)

11.4.12
(Rabu)
Cuti umum sempena pertabalan YDP Agong
-          Ke KT kerana sudah lama tidak ke rumah besan, sejak September 2011.  Ada ruang sedikit untuk keluarga....

14.4.12
(Sabtu)
Perkongsian Ilmu dengan Munsyi Dewan di SMK Air Putih  (Ilmu Tatabahasa bersama Cikgu Ghalib Yunus)

15.4.12
(Ahad)
Spree Cleaning – mengemas stor – keluarkan treadmill yang sudah lama tidak ‘bekerja’ – menyiapkan beberapa kerja rumah yang telah lama tertangguh. Mengemas kini maklumat PERHALUS untuk ditaklimatkan kepada guru Isnin nanti...

21.4.12
(Sabtu)

Sekolah Ganti

22.4.12
(Ahad)
Ke KL – bertolak awal pagi untuk mengambil anakanda yang bercuti kerana belum sesuai naik bas selepas kemalangan 4 bulan yang lalu – sampai rumah hampir pukul 8.00 malam

28.4.12
(Sabtu)
Ke sekolah
-          Mesyuarat Panitia Sejarah & LADAP PBS Sejarah Tingkatan 1
-          LADAP PBS Bahasa Melayu Ting. 1

29.4.12
(Ahad)
Ke KL awal pagi hantar anakanda ke Shah Alam dan KL.  Agak terkilan kerana tidak sempat singgah di PWTC untuk memeriahkan PBAKL.... Tiba di rumah menjelang senja.

1.5.12
(SELASA)

ESOK : CUTI UMUM SEMPENA HARI PEKERJA
Rasanya, esok ingin berehat betul-betul.  Bersantai di rumah, menonton tv dan membelek majalah... boleh ke?  Rasanya seperti agak mustahil juga ; ada buku latihan murid yang perlu disemak ; kerja-kerja mengelip kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 belum selesai lagi… Inilah antara 'kerja rumah' yang menanti untuk disiapkan...
Kalau dah nama guru, memang tak sah kalau tidak buat 'kerja sekolah' di rumah.  Orang lain, saya tak tahulah.  Lain padang, lain pula belalangnya....



28.4.2012
SECUBIT LUAHAN RASA....


4.5.12 - 7.5.12

Sebenarnya sudah berminggu-minggu lamanya saya menunggu saat ini.  Menunggu saat untuk balik menjenguk kedua ibu bapa di kampung halaman.  Terasa agak terkilan kerana pada masa mereka memerlukan perhatian daripada kami anak-anaknya, masa kami begitu sendat dan padat dengan tugasan.  

Reda dan pasrah... dan hujung minggu inilah saat yang paling sesuai....cuti hujung minggu + cuti umum HARI HOL = 3 hari : SABTU - AHAD - ISNIN.   Tidak perlu mengambil CRK.  Tidak perlu menyusahkan kawan-kawan untuk ‘relief’.

Saya bercadang untuk bertolak balik ke KB selepas waktu pejabat pada hari Jumaat ini – balik untuk menjenguk Ayahanda yang masih belum pulih sepenuhnya.   Inilah sahaja kesempatan yang ada dalam masa beberapa minggu terakhir ini. 

Pagi tadi, selepas perhimpunan rasmi sekolah, kami dimaklumkan bahawa PEMBESAR NEGARAKOTAJAYA ingin bertemu muka beramah mesra dengan rakyat jelatanya.  Rakyat jelata warga pendidik dikerah hadir, katanya ada program senamrobik ala poco-poco bersama 'permaisuri pembesar Negarakotajaya' di TAMAN INDERALOKA… Ambo telah menerima "UNDANGAN" untuk hadir ke program paksarela itu…. ! 

Papa bersama anak dan cucu-cucunya....

 Ambo yang berasal dari negeri yang ‘miskin lagi hina’ ini tidak dapat untuk memenuhi "UNDANGAN ISTIMEWA" itu…. Ambo terpaksa pulang. Pulang untuk menjeguk dan 'berbakti' kepada ayahanda dan bonda sementara mereka masih berdaya menyedut udara nyaman di negeri tercinta TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA yang permai ini.  Itulah sahaja peluang yang ada.  Jangan pula ada yang terasa dan terkilan.  Merekakah yang terasa atau Ambo yang terkilan...?  

AMBO MOHON BERBANYAK-BANYAK MAAF.....


0 comments: