CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 2, 2012

Seminar Bakal Pesara....

Semua kakitangan awam akan bersara.  Mereka semua bakal pesara, termasuklah saya.  Bangat atau lambat.

Hari ini kami bakal pesara di bawah JPNP dijemput untuk menghadiri Seminar Bakal Pesara Warga JPNP.  

Eh, rasanya lambat lagi saya akan bersara... 8 @ 10 tahun lagi.  Takkan dah dipanggil untuk mengikuti seminar....!  

Saya menumpang Kak Wan Bahiah untuk ke  Kolej Matrikulasi Gambang.  Singgah ambil Ha di rumahnya di Cenderawasih.  Kemudian, singgah ambil Noraisah dan Sepinah di hentian bas Taman Guru, Kuantan.  Kami tiba di KMP lebih kurang pada pukul 7.45 pagi.  Kelihatan sudah ramai rakan bakal pesara yang tiba dan sedang menuju ke Dewan Dato' Mat Kilau.... 

Objektif seminar ialah :
1) Memberi pendedahan kepada peserta membuat perancangan kewangan dan persiapan untuk bersara.
2)  Memberi pengetahuan mengenai pengurusan faedah persaraan.
3)   Membantu bakal pesara membuat persediaan dari segi psikologi dan mental untuk menghadapi alam persaraan.

beratur menuju meja pendaftaran....
Semasa sesi pendaftaran, tahulah kami bahawa seminar siri ke-3 ini melibatkan PPD Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin. 

Keadaan di dalam dewan agak sesak.  Kerusi disusun rapat-rapat.  Tempat duduk terlalu dekat sehingga sukar untuk keluar masuk.  Terasa seperti tidak cukup peredaran udara.

Mengikut atur cara, seminar akan bermula pada pukul 8.45 pagi, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah / wakil Pengarah JPNP.  Walau bagaimanapun, pada pukul 9.00 pagi urusan pendaftaran peserta seminar masih berjalan dengan rancaknya.  Jadi, seminar bermula agak lewatlah juga.

Slot pertama bermula pada pukul 9.10 pagi.  Ceramah yang bertajuk "Skim Pencen, Faedah Terbitan Kematian & Faedah Perubatan" disampaikan oleh wakil dari JPA, Tn. Hj Hussin b. Yasin.

Beliau menggunakan white board wpun sebenarnya sudah disediakan 4 buah skrin untuk LCD.  Alamak, pasti kami tak nampak kerana kami berada di sisi sebelah kanan dewan.  Sistem alat siaraya pula kurang berkesan pada peringkat awalnya.  Kami yang berada di sebelah kanan dewan tidak nampak white board kerana terhalang oleh tiang besar yang terdapat di dalam dewan tersebut.  Nasib baiklah suara Encik Hussin agak jelas dan cara penyampaiannya tidak membosankan.

Mr. Chan & Mr. See sebelum slot ke-2 bermula....
Kami berhenti untuk kudapan pada pukul 10.55 pagi, yang sepatutnya pada pukul 10.30 - 11.00 pagi.  Kudapan dengan mi dan mihun goreng + teh 'o' panas.  Berpusu-pusu peserta menyerbu meja makanan.... macam biasalah.   Dalam usia di ambang persaraan ini, kami memang kena makan awal, nanti masuk angin, susah....!

Slot kedua bermula pada pukul 11.30 pagi (yang sepatutnya bermula pada pukul 11.00 pagi)  sehingga pukul 1.00 ptg.  Ceramah yang bertajuk "Pengurusan dan Pelaburan Kewangan Persaraan" disampaikan oleh Encik Awang (A$) Musran b. Tawil.  

Kami berhenti rehat pada pukul 1 ptg dan dikehendaki  berkumpul semula untuk slot ke-3 pada pukul 2.30 ptg.  Ramai yang keluar dari kawasan kolej untuk makan tengah hari kerana peserta tidak disediakan makan tengah hari...!

Slot ketiga yang dijangka bermula pada pukul 2.30 petang berkaitan dengan "Pengurusan Emosi Alam Persaraan"....

Tetap setia berkhidmat sehingga tiba terikh bersara pada...18 Sept 20....?



0 comments: