Hari ini, 1 MEI, RABU - cuti umum sempena Hari Pekerja. Kami tidak merancang untuk ke mana-mana.... Santai dan berehat di rumah sambil menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Kami keluar ke COWBOY dan JAKEL sekejab untuk membeli sedikit barangan sebagai persiapan majlis kesyukuran keluarga yang akan diadakan sebulan dari sekarang.
Hari Pekerja atau Hari Buruh merupakan satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei).
Hari ini juga disebut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang diraikan bagi memperingati kejayaan pergerakan buruh melalui mogok umum dan Mogok Haymarket pada tahun 1886 yang menuntut lapan-jam waktu bekerja di Amerika Syarikat.
Mogok Haymarket 1886 di Chicago, Illinois |
Hari ini juga disebut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang diraikan bagi memperingati kejayaan pergerakan buruh melalui mogok umum dan Mogok Haymarket pada tahun 1886 yang menuntut lapan-jam waktu bekerja di Amerika Syarikat.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.... bekerjalah dengan ikhlas dan jujur, ganjarannya besar di dunia dan akhirat.
sumber : Wiki
No comments:
Post a Comment