Sebagaimana yang dijanjikan, saya akan paparkan secebis kisah yang dipetik daripada buku BRONTOK, yang ditulis oleh PN. HJH NORBI HUSIN (2008).
Sama-samalah kita hayati cerita ini ....
++++++
Petang ini saya didatangi sekumpulan tetamu. Saya membawa mereka semua ke Bilik Mesyuarat Kesidang yang tidak jauh dari pejabat saya agar kami mudah berbincang. Setelah mengambil tempat duduk masing-masing, Encik Harry (Setiausaha NUTP) memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa kesatuannya kepada saya. Walaupun saya memandang setiap ahli yang datang namun dalam kepala saya masih terus memikirkan mengapa mereka ini semua mahu berjumpa saya.
Sebelum saya menjawab soalan Encik Harry, saya mahu beliau dan rakan-rakannya itu menerangkan kepada saya, apa antara rungutan guru-guru yang mereka dengar. Daripada situ saya lebih mudah menjawab soalannya. Wah, banyak yang saya dapat tahu daripada mereka ini!
Sebaik sahaja mereka selesai memberikan komennya, saya meminta Encik Harry menjawab beberapa soalan saya secara jujur bukan kerana mahu mempertahankan pendapat rakan-rakan gurunya. Encik Harry tersenyum mendengar permintaan saya.
"Boleh beritahu saya mengapa ramai sangat yang hendak berjumpa saya ni ?" tanya saya sebaik-baik sesi perkenalan selesai. Dalam hati terus berdoa agar perbincangan yang bakal berlaku sebentar lagi akan berjalan lancar.
"Ini pasal headcount lah Puan Hajah," jawabnya.Sepantas kilat saya sudah dapat meneka mungkin headcount yang saya minta semua sekolah melaksanakannya tahun ini telah menimbulkan masalah kepada guru-guru sekolah. Pasti ramai yang membantahnya. Walau bagaimanapun, saya berazam akan terus mempertahankan sekiranya mereka berkeras membantahnya.
"Kenapa pula dengan headcount? Ada masalahkah?" tanya saya berpura-pura tidak mengetahui perasaan mereka.
"Beginilah Puan Hajah, sejak Puan Hajah meminta semua guru melaksanakan headcount, kami guru-guru berasa beban tugas kami sudah semakin bertambahlah! Banyak rungutan yang kesatuan terima. Kami mahu Puan Hajah jelaskan sedikit kepada siapa headcount ini hendak dijalankan, sebab lain pengetua lain penerangannya," katanya. Tersenyum saya mendengar kata-kata Encik Harry.Ahli yang lain nampaknya mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata rakannya itu.
"Oh, begitu!" saya terbayang muka beberapa orang pengetua ketika saya menyampaikan taklimat headcount kepada mereka di Hotel Blue Wave tempoh hari.Ada antara mereka sangat serius mendengarnya dan mencatat penerangan yang saya sampaikan tetapi ada segelintir yang sentiasa keluar masuk dewan, resah bagai ibu ayam yang sedang mengeram telur. Barangkali yang sering keluar masuk dewan inilah agaknya yang kurang faham, lalu apabila menerangkan kepada guru-guru mereka, penerangannya juga menjadi tidak jelas, fikir saya.
Sebelum saya menjawab soalan Encik Harry, saya mahu beliau dan rakan-rakannya itu menerangkan kepada saya, apa antara rungutan guru-guru yang mereka dengar. Daripada situ saya lebih mudah menjawab soalannya. Wah, banyak yang saya dapat tahu daripada mereka ini!
"Saya rasa apabila headcount ini diperkenalkan, beban tugas kami semakin bertambah. Sudahlah kami terpaksa menyediakan Buku Adab Belajar setiap pelajar, kami kena pula buat headcount! Bukankah itu menambah beban kami?" kata si A.
"Apa pentingnya kami buat headcount Puan Hajah? Selama ini pun kami mengajar dan menguji pelajar mengikut tajuk-tajuk pelajaran yang kami ajar!" kata pula si B.
Saya ni ketua panitia mata pelajaran Sejarah. Sudah bertahun-tahun saya memegang tugas itu. Kerja saya beres, habis kenapa kami kena buat headcount?" kata si C.
"Saya fikir headcount dibuat kepada pelajar kumpulan target sahaja. Tak perlu buat kepada semua pelajar. Mana guru ada masa hendak buat headcount, kerja yang sedia ada pun sukar hendak dihabiskan!" kata pula yang lain.Pendek kata hampir semua yang datang ini menyatakan rasa tidak senang mereka dengan projek saya ini. Saya membiarkan mereka bebas bercakap, setidak-tidaknya apa yang terbuku di hati mereka sudah dapat diluahkan. Sekiranya saya menutup pintu perbincangan, sudah tentu kesannya akan lebih buruk lagi. Lagipun bukankah negara kita ini mendukung demokrasi? Semua orang bebas memberi pendapat.
Sebaik sahaja mereka selesai memberikan komennya, saya meminta Encik Harry menjawab beberapa soalan saya secara jujur bukan kerana mahu mempertahankan pendapat rakan-rakan gurunya. Encik Harry tersenyum mendengar permintaan saya.
"Encik Harry mempunyai seorang anak yang belajar di darjah 2. Gurunya tidak pernah memarahi anak Encik Harry walaupun anak Encik Harry tidak membuat kerja sekolah yang diberi, atau tidak masuk ke kelas atau mencuri duit rakannya. Guru itu takut hendak menegur atau menasihati anak Encik Harry kerana Encik Harry orang kuat kesatuan. Apa pendapat Encik Harry kalau sikap guru seperti ini?" kata saya.
"Eh, tak bolehlah Puan Hajah. Gurunya tak bolehlah buat macam ni!" jawabnya selamba.
"Kalau anak Encik Harry lemah dalam sesuatu mata pelajaran dan markah ujian bulanannya juga sentiasa menurun tetapi guru tidak pernah mengambil tahu kelemahannya, jauh sekali melihat aspek mana yang anak Encik Harry itu lemah untuk dibuat pengukuhan, alasannya beliau tidak ada masa, sukakah Encik Harry dapat guru seperti ini?"
"Gurunya tak patut buat macam tu! Beliau patut ajar anak saya sampai faham! Tetapi kami semua bukan macam tu!" Saya tertawa mendengar jawapannya
"Okay, kalau Encik Harry tidak suka sikap guru seperti itu, maknanya Encik Harry dan rakan-rakan Encik Harry suka guru bertanggungjawab dan komited dengan tugasnya bukan! Tentu Encik Harry suka guru-guru yang mengenali murid-murid atau pelajarnya, tahu kelemahan pelajar mereka dan kemudian membantunya. Kalau Encik Harry suka guru seperti ini, inilah yang dimaksudkan guru ini membuat headcount ke atas murid-muridnya. Mereka bukan sahaja mengenali murid-muridnya, malah tahu kekuatan dan kelemahan muridnya dan membantu. Headcount ini bukan sesuatu yang baru. Datuk nenek kita dahulu pun kalau mereka menjadi guru, mereka sudah buat headcount ini. Mereka kenal anak-anak muridnya secara mendalam sehingga emak bapa dan datuk nenek muridnya pun mereka tahu ! Sebab itu mereka rapat dengan anak muridnya. Tidaklah anak muridnya jahat dan biadab dengan gurunya," jelas saya panjang lebar.
Encik Harry dan rakanrakannya terdiam, tetapi saya tahu mereka masih belum dapat menyokong projek saya ini kerana mungkin mereka bukan seperti guru yang mengajar anak Encik Harry. Saya harus terus mempengaruhi mereka ini.
Saya bersyukur, berkat kami berbincang secara jujurdan ikhlas ini, akhirnya mereka semua bersetuju menjayakan projek headcount yang sudah lama dipraktikkan oleh guru-guru pada zaman penjajah tatapi telah dilupakan pada zaman ini.
Itulah secebis coretan pengalaman seorang Ketua Sektor Pengurusan Akademik di JPN. Melaka) ... yang baik jadikan teladan.... berguru dengan buku....
"Saya tahu, mungkin Encik Harry dan rakan-rakan Encik Harry memang mengambil tahu setiap pelajar Encik Harry. Tetapi ramai guru di luar sana, tidak kisah pun hal tersebut. Bagi mereka, datang sekolah, tugasnya mengajar pelajar. Dapat atau tidak apa yang diajar, itu bukan tanggungjawabnya. Malah ada guru kita, nama pelajar pun mereka tidak tahu!" Kata saya.Saya kemudian memberi beberapa contoh yang kami temui semasa kami membuat penyeliaan dan pencerapan di sekolah. Saya nampak Encik Harry dan rakan-rakannya mula mengerti mengapa saya perkenalkan headcount ini ke sekolah-sekolah tahun ini.
"Okaylah Puan Hajah, sekarang saya fahamlah. Tetapi kerja kami sudah semakin bertambah. Banyak borang yang perlu diisi," jawabnya.
"Encik Harry, kerjaya guru ni satu kerjaya yang profesional, macam juga doktor. Kalau kita pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, tentulah doktor itu akan melihat rekod kesihatan kita dan kemudian memeriksa kita. Mereka tidak terus memberi ubat kepada kita tanpa melihat rekod kesihatan dan menjalankan pemeriksaan. Rekod kesihatan tu penting bagi membantunya melihat perkembangan penyakit kita. Macam tu jugalah guru. Mereka patut menyimpan rekod murid-muridnya. Setiap ujian, turun naik markah perlu direkodkan agar mereka tahu prestasi muridnya. Kalau mengikut rekod, markah markah murid itu sentiasa menunjukkan penurunan, guru harus siasat mengapa keadaan itu berlaku sebelum buat rawatan ke atas murid itu. Kalau guru tidak menyimpan rekod turun naik markah murid-muridnya, bolehkah guru itu ingat setiap prestasi anak muridnya?"Banyak lagi yang saya huraikan. Tujuan saya menghuraikan panjang lebar hal ini kerana saya mahu mereka semua sedar bahawa kerjaya guru ini ialah satu kerjaya yang profesional. Bukan jadi guru kerana tidak dapat kerja lain.
Saya bersyukur, berkat kami berbincang secara jujurdan ikhlas ini, akhirnya mereka semua bersetuju menjayakan projek headcount yang sudah lama dipraktikkan oleh guru-guru pada zaman penjajah tatapi telah dilupakan pada zaman ini.
Itulah secebis coretan pengalaman seorang Ketua Sektor Pengurusan Akademik di JPN. Melaka) ... yang baik jadikan teladan.... berguru dengan buku....
No comments:
Post a Comment