Sebenarnya hari ini 19 SEPTEMBER 2010 ialah hari ulang tahun perkahwinanku yang ke-25.
Dalam tempoh itu, pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuh dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah, yang mendidik anak-anak demi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia dunia dan akhirat. Semoga jodoh pertemuan kami berkekalan dan diberkati oleh ALLAH s.w.t hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di syurga Firdaus….
Setelah 25 tahun membina mahligai bahagia, perjalanan yang perlu kami tempuh masih jauh di hadapan. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Di samping merenung masa depan, sesekali aku menoleh ke belakang mengamati pengalaman 25 tahun silam.
19 September 1985 – 19 September 2010 .
Selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke-25. Syukur kepada Tuhan kerana masih memelihara rumah tangga ini.
Kepada suamiku, terima kasih kerana masih menerima diriku sebagaimana hari pertama aku bergelar isteri. Terima kasih yang tidak terhingga kerana membuatkan diriku sentiasa istimewa di sisimu, sentiasa sabar dengan diriku dan anak-anak. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang paling akrab, kekasih yang sentiasa dirindui dan suami yang terus setia bersama dalam susah atau senang....terima kasih atas segala-galanya....
Mengimbau kembali majlis ‘merisik @ pertunangan’ kami dulu (sebenarnya tak bertunangpun…), semuanya ringkas. Suami datang bersama kedua ibu bapanya dan ahli keluarga terdekat. Papa juga simple orangnya. Papa tidak menyebut pun tentang wang hantaran. (Semua adik-beradik yang lainpun sama, Papa tak sebut juga…). Perbincangan hanya tentang tarikh majlis akan berlangsung. Saya juga tak tahu berapa wang hantaran dan bilangan @ jenis hantaran yang akan 'dihadiahkan' oleh bakal suami kepadaku...!
Semasa majlis ‘berunding’ dijalankan, aku berada nun jauh di Lembah Pantai… Semuanya Papa & Mama serta keluarga sebelah suami yang uruskan, termasuk tarikh perkahwinan kami. Aku terima sahaja keputusan yang diambil… akhirnya aku dapat tahu bahawa tarikh pernikahan ditetapkan pada 19-09-1985 – sama dengan tarikh ulang tahun kelahiranku yang ke-23 tahun... Papa & Mama akan menerima menantu pertama dalam keluarga...
Majlis pernikahan diadakan pada sebelah malam dan pada keesokan harinya kenduri kesyukuran @ bekwah. Kami masing-masing tidak tahu jenis barang hantaran yang akan kami terima. Yang kami tahu ialah bilangan barang hantarannya sahaja. Semuanya hanya diketahui pada malam majlis akad nikah diadakan.....
Wang hantaran semuanya saya serahkan pada Mama & Papa untuk majlis kenduri. Saya akur dengan kesederhanaan hidup keluarga kami pada masa itu. Tambahan pula ketika itu tanggungan Papa masih banyak. Adik-adik ada yang masih kecil. Aku sendiripun masih belajar ketika itu. Majlis diadakan semasa cuti semester pertama, maknanya masih ada satu semester untuk aku menamatkan kursus Diploma Pendidikan di Lembah Pantai....Niat asal memang nak kerja dulu, baru kahwin. Tapi apakan daya… jodoh sampai lebih awal… atau bakal suami bimbang aku akan terlepas ke tangan orang.....! Walau apapun, aku bersyukur dengan ketentuan ini.
Pada awalnya, aku tidak mahu bersanding, tetapi Kak Long (kakak sulung suami) hendak sangat adik lelakinya ini bersanding memandangkan abang & adik lelakinya yang lain semua bersanding di atas pelamin yang dihias indah. Untuk tidak menghampakan hajat Kak Long, aku bersetuju untuk bersanding tanpa pelamin. Hanya ‘bersanding’ di bilik pengantin…. Bagi pihak keluarga kami berdua, majlis perkahwinan kamilah yang paling simple. Semuanya atas kehendak kami yang tidak mahu berlebih-lebih sehingga berlaku pembaziran.
Untuk majlis bekwah sempena perkahwinanku, tidak ramai tetamu yang diundang, hanya kalangan ahli keluarga terdekat sebelah Papa dan Mama serta beberapa orang rakan akrab....tetapi rombongan daripada pihak suami memang ramai betul….
Papa & Mama selalu berpesan...

Segalanya bermula tanpa diduga. Segalanya ALLAH s.w.t yang tentukan, kita hanya merancang dan berdoa... Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta. Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang. Pautan ini berasal dari angan atas nama rindu. Sesungguhnya ini adalah cinta, sayang dan rindu yang akhirnya menyatukan kami berdua...Sejarah awal pertemuan dan seterusnya membawa kami ke alam perkahwinan sangat ringkas. Biarlah sejarah itu menjadi kenangan kami berdua dan akan tetap diingati setiap saat, tidak hanya pada hari ulang tahun perkahwinan…. Kampus biru menjadi saksi dua hati berbicara dalam rahsia....
Mengimbau kembali majlis ‘merisik @ pertunangan’ kami dulu (sebenarnya tak bertunangpun…), semuanya ringkas. Suami datang bersama kedua ibu bapanya dan ahli keluarga terdekat. Papa juga simple orangnya. Papa tidak menyebut pun tentang wang hantaran. (Semua adik-beradik yang lainpun sama, Papa tak sebut juga…). Perbincangan hanya tentang tarikh majlis akan berlangsung. Saya juga tak tahu berapa wang hantaran dan bilangan @ jenis hantaran yang akan 'dihadiahkan' oleh bakal suami kepadaku...!
Semasa majlis ‘berunding’ dijalankan, aku berada nun jauh di Lembah Pantai… Semuanya Papa & Mama serta keluarga sebelah suami yang uruskan, termasuk tarikh perkahwinan kami. Aku terima sahaja keputusan yang diambil… akhirnya aku dapat tahu bahawa tarikh pernikahan ditetapkan pada 19-09-1985 – sama dengan tarikh ulang tahun kelahiranku yang ke-23 tahun... Papa & Mama akan menerima menantu pertama dalam keluarga...
Majlis pernikahan diadakan pada sebelah malam dan pada keesokan harinya kenduri kesyukuran @ bekwah. Kami masing-masing tidak tahu jenis barang hantaran yang akan kami terima. Yang kami tahu ialah bilangan barang hantarannya sahaja. Semuanya hanya diketahui pada malam majlis akad nikah diadakan.....
Wang hantaran semuanya saya serahkan pada Mama & Papa untuk majlis kenduri. Saya akur dengan kesederhanaan hidup keluarga kami pada masa itu. Tambahan pula ketika itu tanggungan Papa masih banyak. Adik-adik ada yang masih kecil. Aku sendiripun masih belajar ketika itu. Majlis diadakan semasa cuti semester pertama, maknanya masih ada satu semester untuk aku menamatkan kursus Diploma Pendidikan di Lembah Pantai....Niat asal memang nak kerja dulu, baru kahwin. Tapi apakan daya… jodoh sampai lebih awal… atau bakal suami bimbang aku akan terlepas ke tangan orang.....! Walau apapun, aku bersyukur dengan ketentuan ini.
Pada awalnya, aku tidak mahu bersanding, tetapi Kak Long (kakak sulung suami) hendak sangat adik lelakinya ini bersanding memandangkan abang & adik lelakinya yang lain semua bersanding di atas pelamin yang dihias indah. Untuk tidak menghampakan hajat Kak Long, aku bersetuju untuk bersanding tanpa pelamin. Hanya ‘bersanding’ di bilik pengantin…. Bagi pihak keluarga kami berdua, majlis perkahwinan kamilah yang paling simple. Semuanya atas kehendak kami yang tidak mahu berlebih-lebih sehingga berlaku pembaziran.
Untuk majlis bekwah sempena perkahwinanku, tidak ramai tetamu yang diundang, hanya kalangan ahli keluarga terdekat sebelah Papa dan Mama serta beberapa orang rakan akrab....tetapi rombongan daripada pihak suami memang ramai betul….
Papa & Mama selalu berpesan...
"Kita mesti utamakan tetamu & rombongan pengantin yang hadir, biarlah belanja lebih untuk jamuan; biarlah mereka dijamu dengan hidangan yang istimewa. Kata Mama lagi, biar tetamu yang hadir balik ke rumah dengan hati yang puas dan akan diingati sampai bila-bila. Semoga mereka akan terus berdoa untuk kesejahteraan dan kerukunan rumah tangga yang baru dibina…."Kami sedar, berkahwin dalam usia muda banyak cabarannya. Sesungguhnya, apa yang penting dalam perkahwinan ialah bagaimana suami isteri itu akan melayari bahtera kehidupan berkeluarga. Ia bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Kedua-duanya ada peranan masing-masing. Anak-anak merupakan buah dari cinta dan kasih sayang sepasang suami isteri yang datang bersama amanah yang terpikul di bahu.
Sedar tak sedar, kini sudah 25 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri; dikelilingi oleh 3 orang permata hati, MOHD FARIS, MOHD FAHMI & SITI NADIAH yang telah melengkapkan hidup kami sekeluarga.…Ya Allah, berkatilah kehidupan kami. Tunjukkan kami jalan yang lurus dan jalan yang KAU redhai. Amin.
3 comments:
cik la kawen umo 23???
wahhhh...
kagum..terbayang andai diri skrang kawen d usia yg same...tahunn ni lew mknanye..haru biruu le jwbnye..
Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 25 ros...semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat..:)
terima kasih, Mega...
Post a Comment