CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 9, 2011

Perjalanan Terakhir....

Kakanda NIK NA'AMIAH BT. MAMAT telah kembali ke rahmatullah, menyahut panggilan Ilahi pada lewat petang hari Raya Aidil Adha yang kedua 7.11.11 bersamaan 11 Zulhijjah 1432 di rumah Bonda Nik Zakiah di Kg Batang Merbau, Tanah Merah Kelantan.

Arwah pergi meninggalkan seorang puteri, HUSMAIZAN dan seorang putera, HARIDI yang sudah menginjak usia dewasa....



Semoga roh Kak Mah @ Che Long dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman serta yang beramal soleh.

Untuk Pira dan Idi, kuatkan semangat dan kalian perlu tabah menghadapi ujian ini. Allah Maha Mengetahui apa-apa yang terbaik untuk arwah Ma.... Walaupun apa yang berlaku, kami masih ada di sisi untuk berkongsi susah senang dalam mengharungi perjalanan hidup kalian yang masih jauh ini.

Biarlah arwah
meneruskan perjalanan terakhir ini dengan aman. Kita semua perlu redha dengan ketentuan Ilahi.


Alfatihah.





Foto atas sekali : kenangan terakhir arwah Che Long bersama Bonda Nik Zakiah dan satu-satunya puteri arwah, Pira pada Syawal lepas....

0 comments: