Terkenang lagu "Ingatan Manis di Bulan September"" yang dinyanyikan oleh biduanita Sharifah Aini sekitar awal 1970-an:
"Kumasih ingat
perkenalanku
di bulan,
September...
September...."
Sesungguhnya, SEPTEMBER merupakan bulan merayakan beberapa hari istimewa dalam keluargaku.
2 September 2018, genap TUJUH tahun perkahwinan anakanda kami MOHD FAHMI NAIN dan NURUL AINA AWANG yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Syawal 1432H, bersamaan 2 September 2011 dan cahaya mata mereka yang pertama FARHAH HANNAN sudah genap 6 TAHUN pada akhir JULAI lepas dan adindanya FALISHA SALSABILA genap 4 tahun pada 6 FEBRUARI lepas.

Semoga Along Tasha akan terus melakar kecemerlangan dalam kerjaya yang diceburi.... Doa Cik La agar Along Tasha akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia dan akhirat, bertanggungjawab dan lebih matang menghadapi segala dugaan hidup...

Tambah manis lagi, pada 19 September ini bertambah lagi usiaku - melewati setengah abad...! Begitu juga dengan adik iparku, NIK ARIF pasangan hidup adinda MUTIA AGGEREK berkongsi tarikh lahir yang sama denganku.

21 September pula adik bongsu kami, RATNA IDAYU BT. JUSOH akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 tahun. Dilahirkan 2 hari selepas Papa dan Mama 'bekwah' kahwinkan anak perempuan keduanya, yang julung kali dalam keluarga kami pada tahun 1985. Tahun ini tentu sekali lebih bermakna kepada Adinda Ratna kerana dapat menyambut hari bahagia ini berempat.
23 September, adik iparku yang ke-3, JAILANI B. ABDUL MANAF pasangan kepada adindaku MELISA KAMELIA akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-41 tahun.
SEPTEMBER yang sentiasa bertamu tanpa jemu, banyak merakamkan saat manis yang sangat indah untuk dikenang.... yang diraikan bersama keluarga....
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment