Sunday, September 30, 2018

MENJELANG PT3_2018

Tinggal beberapa jam lagi, dengan lebih tepat lagi 1 OKTOBER 2018, iaitu hari ISNIN,  esok, peperiksaan PT3 2018 akan berlangsung.

Hari-hari terakhir sebelum PT3, suasana di sekolah agak sibuk.  Agenda penting menjelangnya PT3 ialah  Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat, Taklimat Akhir PT3 dan penyusunan dewan / bilik peperiksaan.    

Khamis lepas, 27 SEPTEMBER, tepat pukul 7.30 pagi bertempat di Dewan Wawasan, bermulalah Majlis Restu Ilmu untuk  calon PT3 2018. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid yang terlibat memohon restu daripada guru dan ibu bapa / penjaga agar mendoakan kejayaan mereka.   


Usai ucapan oleh wakil murid dan GPK HEM, majlis diakhiri dengan setiap calon peperiksaan PT3 menemui setiap guru yang mengajar Ting 3 untuk memohon restu agar mereka memperoleh keberkatan daripada-Nya dan saling bermaaf-maafan. Semua murid Ting. 3 beratur untuk bersalaman dan memohon restu daripada guru-guru. Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru, semua murid akan dapat menduduki peperiksaan pada 1hb ini dengan penuh yakin dan tenang, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.

LAFAZ RESTU DARI GURU
"Kami berdoa dan merestui serta gunakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan untuk mencapai kecemerlangan. Kami ikhlas mendidikmu. kami rela melepaskanmu untuk pergi berjuang berbekalkan ilmu yng telah dicurahkan. Gunakanlah sebaik-biknya. Jawapan ada ditanganmu..buatlah yang terbaik..kerana anda adalah yang terbaik bagi kami...selamat berjuang"

Kami berharap agar semua calon PT3 bersedia bukan sahaja dari segi ilmu, malah persediaan mental, emosi dan fizikal juga sangat penting. Ibu bapa perlu memainkan peranan memberi sokongan kepada mereka agar terus bermotivasi dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan ini. Kami sedar, tekanan dan sasaran bukanlah jalan terbaik untuk memberi kata-kata semangat. 

Sesungguhnya kami warga SMJKTP sentiasa mendoakan agar calon-calon PT3 tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya memperoleh kejayaan yang cemerlang kelak. Insya-Allah.
 

Pada pagi Jumaat, 28 SEPTEMBER 2018 Program Bina Insan, Majlis Solat Hajat yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua guru Muslim telah diadakan di Dewan Prestasi. 





Antara objektif Majlis Solat Hajat ini adalah untuk :
1) Mendidik murid agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam semua urusan hidup.
2) Merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMKTP dan ibu bapa. 
3)     3) Menjalankan aplikasi solat Hajat secara praktikal kepada calon-calon PT3 dan SPM.

4)    4) Memohon kepada Allah agar memberikan ketenangan dan kejayaan cemerlang kepada semua calon PT3 dan SPM 2018.





Antara pengisian Program Bina Insan semalam, selain mendirikan solat hajat, kami juga melaksanakan solat sunat Dhuha beramai-ramai yang dipimpin oleh CIKGU ZAIDAN HUSIN, diikuti bacaan Yaasin,  amanat terakhir daripada Tuan Pengetua SMJKTP iaitu ENCIK CHAN KOK WAI, dan diakhiri dengan tazkirah daripada GPK HEM, ENCIK JOHARI BUDIN.   




Kami telah menyediakan sedikit jamuan untuk semua murid yang terlibat dengan solat hajat ini hasil sumbangan ikhlas daripada guru-guru Islam SMJKTP.   

Selepas rehat, lebih kurang pada pukul 10.20 pagi, kerja-kerja penyediaan bilik dan dewan peperiksaan.  SMJKTP yang tidak mempunyai dewan tertutup terpaksa 'membuka' 4 buah kelas untuk dijadikan dewan peperiksaan dan menggunakan 10 buah bilik darjah untuk menempatkan lebih kurang 370 calon PT3, pusat peperiksaan CK025.... Urusan penyediaan dewan / bilik peperiksaan dimulakan sebaik sahaja waktu rehat berakhir.  Penyusunan dewan dan bilik peperiksaan dapat diselesaikan dalam masa lebih kurang 1 jam sebagaimana yang telah ditetapkan dengan kerjasama daripada semua guru dan murid.



Nampaknya penantian dan perjuangan murid menengah rendah selama tiga tahun sudah hampir sampai ke matlamatnya.   Sudah tentu guru, ibu bapa, pihak PPD malah JPNP sekalipun sedang memfokuskan kepada PT3 yang akan dijalankan pada 1 - 4 OKTOBER 2018 nanti.
   

Bagaimana pula untung nasib calon-calon PT3 SMKTP, khususnya anak-anak didikku... 3K10 dan 3K4 ?  Bagaimanakah agaknya hasil yang dituai daripada kumpulan pertama Kelas Millenium ?




SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI....

No comments: