Sekali lagi perjumpaan antara ibu bapa - guru - Murid Elit diadakan. Kali pertama pada 6 APRIL 2018 dan kali ke-2 pada HARI PELAPORAN AKADEMIK PPT 2018.
Perjumpaan kali ketiga melalui Program Cakna Ibu Bapa ini berlangsung dengan lebih bermakna lagi, terutama sekali penampilan ulung Pn. Lai selaku GPK1 SMKTP yang baharu menyampaikan taklimat berupa nasihat, bimbingan serta panduan kepada ibu bapa dan murid. Perjumpaan kali ini juga menjadi wahana perbincangan atau sesi berdialog antara guru - murid dan ibu bapa secara lebih terancang.
Sesungguhnya, kejayaan pendidikan murid-murid merupakan kayu ukur kepada kejayaan mereka pada masa hadapan.
Program Cakna Ibu Bapa ini merupakan
kesinambungan daripada perjumpaan yang telah dibuat sebelum ini atas kesedaran
bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa / penjaga dalam meningkatkan motivasi
murid ELIT untuk belajar dengan lebih proaktif demi memperoleh keputusan
cemerlang, iaitu semua ‘A’ dalam SPM.
Perjumpaan kali ketiga melalui Program Cakna Ibu Bapa ini berlangsung dengan lebih bermakna lagi, terutama sekali penampilan ulung Pn. Lai selaku GPK1 SMKTP yang baharu menyampaikan taklimat berupa nasihat, bimbingan serta panduan kepada ibu bapa dan murid. Perjumpaan kali ini juga menjadi wahana perbincangan atau sesi berdialog antara guru - murid dan ibu bapa secara lebih terancang.
Sesungguhnya, kejayaan pendidikan murid-murid merupakan kayu ukur kepada kejayaan mereka pada masa hadapan.
Pesanan dan amanat yang sangat bermakna daripada Puan Lai, GPK1 |
Kejayaan dalam
bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan
sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa
/ penjaga seseorang murid serta guru-guru yang bertanggungjwab mendidik murid
ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Adalah menjadi harapan warga SMJKTP agar kolaborasi ibu bapa / penjaga dengan guru-guru melalui
Program Cakna ini akan membuahkan hasil
yang lebih cemerlang.
Antara visi program ini adalah untuk mengeratkan hubungan warga pendidik dengan ibu bapa
/ penjaga dan murid, selain bersama-sama berkongsi pendapat serta menggembleng
tenaga demi kecemerlangan akademik
anak-anak mereka.
Antara objektif program ini adalah untuk :
* Menilai kekuatan dan kelemahan murid ELIT dalam persiapan menghadapi peperiksaan SPM melalui sesi perbincangan bersama-sama guru mata pelajaran seterusnya membaiki kelemahan yang ada.
* Menyedarkan ibu bapa / penjaga tentang peranan mereka dan bekerjasama dengan pihak sekolah demi kecemerlangan sahsiah dan akademik anak-anak.
* Membolehkan ibu bapa berbincang dari hati ke hati tentang pencapaian akademik anak-anak mereka.
* Memastikan program Sarana Ibu Bapa dapat dijalankan dan bergerak aktif seterusnya mewujudkan hubungan harmonis antara pihak sekolah / guru-guru dengan ibu bapa.

Perkongsian 'parenting skill' daripada Pn. Lai amat mempersona dan menyentuh jiwa pendengar |
Sesi dialog guru - murid - ibu bapa / penjaga |

Menikmati juadah pengalas perut usai taklimat awal daripada Pn. Lai sebelum bermula sesi dialog |
Majlis cakna ini berakhir hampir pukul 12.30 tengah hari.
Semoga segala hasrat dan harapan semua pihak dapat direalisasikan.
No comments:
Post a Comment