Pagi Ahad yang mendamaikan. Kami tidak
ke mana-mana hari ni, hanya menghabiskan masa di rumah. Buat apa-apa yang
patut sambil rehat minda.
Pada pagi yang santai ini, saya membuka semula Brontok setelah sekian lama tersusun di rak buku.... 'Brontok : Virus yang merosakkan sebuah pentadbiran' - sebuah buku motivasi tulisan Norbi Husin. Banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dalam menjalani tugas harian.
Dua buah buku Puan Norbi, yang pernah saya baca dalam beberapa tahun ke belakangan ini ialah 'Asam Pedas Gula Melaka' dan 'Gurukah Aku Atau ...'. Buku 'Asam Pedas....' menceritakan pengalaman pengarang semasa memegang jawatan pengetua sekolah. Dalam buku 'Gurukah Aku...' pula, pengarang merakamkan pengalamannya semasa menjadi pelajar kemudiannya menjadi guru. Kedua-dua buku ini banyak memberi manfaat kepada saya sebagai seorang guru. Pagi ini sebagai terapi minda, saya telah membaca beberapa tajuk dalam buku Brontok ini sekali lagi.
Brontok merakamkan pengalaman pengarang semasa bertugas sebagai Ketua Sektor Pengurusan di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. (Pengarang berasal dari Melaka.) Brontok ditulis dalam bentuk cerita pendek atau episod yang dipetik daripada sesuatu peristiwa yang dilihat. Semua cerita dan episod yang ditulis, disusun mengikut kronologi dan ada kaitan antara satu sama lain. Cerita-cerita yang yang dipaparkan boleh menyuntik semangat pembaca dan boleh dijadikan ikhtibar.
Memetik kata-kata beliau : "Satu perjalanan yang jauh dan lama seharusnya menempuh pelbagai dugaan dan untuk sampai ke garisan penamat, kita haruslah kuat dan tabah menghadapinya."
Membaca Memperkaya Minda...

No comments:
Post a Comment