Saturday, October 13, 2018

13 OKTOBER (2) Aktiviti Sukan Negara di SMJKTP







Hari Sukan Negara dijalankan di seluruh negara pada tarikh 13 OKTOBER 2018, sama ada di peringkat sekolah, negeri atau pun di peringkat nasional.









Beberapa aktiviti dirancang dan dilaksanakan pagi tadi.   
Antara aktiviti sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ialah :
1) Senamrobik
2) Perlawanan Bola Tampar
3) Perlawanan Futsal



 Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

Oleh hal yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada setiap tahun di seluruh negara, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelosok tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.  


Pihak penganjur di bawah pimpinan ENCIK TAN KA KEONG (GPK Koku) dan AJK pertandingan telah menetapkan kombinasi peserta dalam setiap pasukan yang bertanding hendaklah terdiri daripada mereka yang berkemahiran tinggi dan biasa, dan daripada pelbagai kaum.  Satu usaha yang murni demi mengukuhkan integrasi dalam kalangan murid SMJKTP.  Tahniah. 




Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Berikut merupakan objektif Hari Sukan Negara
  • Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  • Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
  • Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  • Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi
Semoga program seumpama ini terus berkembang di SMJKTP demi kemaslahatan warganya. 



No comments: