Saturday, October 13, 2018

13 OKTOBER (1) Rekreasi Rehat Minda Elit


Pelbagai aktiviti dijalankan pada setiap Sabtu di SMJKTP

Hari ini, 13 OKTOBER 2018 beberapa aktiviti dijalankan oleh warga SMJKTP. 



sumber : foto via tele sekolah
Aktiviti pertama ialah program Rekreasi Rehat Minda Elit  Bukit Pelindung dan di Sungai Lembing.  Aktiviti rekreasi rehat minda menapak anak-anak tangga ke puncak Bukit Pelindung (pada asalnya mendaki Bukit Panorama - mungkin atas faktor cuaca bertukar lokasi) ini diilhamkan oleh Puan Lai, GPK1 SMJKTP yang baharu.  

Selain Puan Lai dan Pengetua SMJKTP, MR. CHAN KOK WAI, rombongan ini turut disertai oleh ENCIK JOHARI, GPK HEM, PUAN HARLYANA, PUAN YEOW, PUAN THEYVI, dan juga kaunselor sekolah.   

sumber : foto via tele sekolah

Program ini pasti akan memberi pengalaman baharu yang sangat berharga kepada kumpulan murid ELIT ini yang pasti akan diingati sampai bila-bila.  









sumber : foto via tele sekolah

 sumber : foto via tele sekolah














sumber : foto via tele sekolah

Bukit Pelindung merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi oleh penduduk di sekitar Kuantan untuk tujuan rekreasi.   

Seterusnya, kumpulan ELIT ini juga dibawa berjalan-jalan meninjau kedamaian pekan Sungai Lembing ala-ala pekan cowboy dan tinggalan sejarah yang terdapat di situ.

Pekan Sungai Lembing itu sendiri banyak meninggalkan kesan sejarah yang patut diketahui oleh generasi muda.   https://en.m.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing   
Program rehat minda ini pasti memberi pengalaman baharu kepada murid-murid ELIT.  


SUMBER : Foto daripada Pn Lai

Beberapa tahun lepas, Persatuan Sejarah dan BM pernah membawa murid ke Sg Lembing melalui Program Lawatan Sambil Belajar untuk melawat dan menghayati kesan sejarah di Sungai Lembing dengan menelusuri terowong lombong bijih besi yang dikatakan terdalam di dunia pada suatu ketika dahulu.






Pekan Sungai Lembing pernah diibaratkan El-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sini terletaknya sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Kegiatan perlombongan telah mewujudkan sebuah bandar sejak 100 tahun dahulu dan membuatkan pekan ini terkenal kerana lombong bijih timah bawah tanahnya adalah yang terdalam di dunia. Kedalamannya adalah antara 1,800 hingga 2,000 kaki di dalam perut bumi.


Walaupun Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan yang terpencil, namun ia bertukar menjadi sebuah bandar yang berkembang maju hasil daripada kekayaan mineral yang bernilai tinggi. Kegiatan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing bermula pada tahun 1906. Aktiviti ini di lakukan secara besar-besaran sebaik sahaja pengurusan perlombongan diambil alih oleh sebuah Syarikat British iaitu The Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).



Seketika mengimbau kesan sejarah di Muzium Sg Lembing dan terowong lombong bijih bawah tanah bersama-sama dengan anak didik SMKTP, terkesan di hati.... betapa kayanya bumi pusaka tercinta ini sehingga menjadi rebutan banyak pihak.....


Semoga aktiviti rekreasi rehat minda ELIT ini memberi impak yang bermakna kepada mereka dan dapat mencapai impian membuahkan kecemerlangan dalam SPM yang bakal ditempuh tidak lama lagi....


No comments: