Wednesday, March 2, 2011

Wajah Leluhur



Sementara Papa masih ada, kami masih boleh mendengar 'bari' daripada Papa berkaitan dengan leluhur kami. Yang lebih arif lagi dengan asal keturunan kami ialah satu-satunya saudara kandung Papa seibu sebapa, iaitu Pok Weil...

Kebetulannya hujung minggu lepas saya balik kg bertemu ayahanda bonda. Biasanya, apabila berkumpul ramai-ramai sambil minum petang, kami akan mendengar cerita lama tentang nenek moyang kami. Petang Sabtu lepas, Kak Roslena yang ada bersama-sama kami bertanyakan Papa tentang moyang kami yang dikatakan berasal daripada kaum Cina, Papa kata 'Cina benua', iaitu orang Cina dari Tanah Besar China... Itu keturunan di sebelah Papa.

Menurut Papa lagi, susur galur di sebelah Mama juga ada kaitannya dengan keturunan Cina. Sebenarnya, adalah bukan perkara yang luar biasa jika kita mengetahui tentang sejarah perkembangan penduduk di Kepulauan Melayu ini...

Saya masih ingat lagi beberapa orang moyang kami berkulit putih dan bermata sepet. Nenek Salamah, bonda kepada Atuk Papa iaitu Che We Taib dikatakan berketurunan cina benua.


Foto : 1) Atuk Che Daud 2) Adinda Melisa Kamelia 3) Papa dan Afiq....

1 comment:

Granny Hani said...

Sama lah kita, Kak hani dari keturunan Hainan dan mother in law kak hani pun keturunan cina. itu pasal lah anak2 masih ada iras cina.